Follow Viruspadu

Saturday, September 18, 2010

ADV: Enjoy Your Moment With CRES WELLNESS

[Ini Sponsered Post. Sticky Post Untuk 48 Jam. Terima Kasih]

Penat tak badan korang?

Letih tak?

Perempuan Wanita Isteri Ibu, kita ni hebat sangat kan! takpe la puji diri sendiri hebat! sebab nak suruh orang lain atau dengan kata lain "lelaki" atau dengan lebih mudah paham "pasangan" kita nak cakap kita hebat jauh sekali, :p jarang-jarang dapat la, kalau ada pun, mungkin 5 tahun sekali hahaha.

Cuba bayangkan kita celik je mata di pagi hari. Tugas kita pun bermula lah. Dari kerja sekecik-kecik kuman sampai la ke besar gajah. Kita yang dikatakan insan yang lemah ni ok, yang buat semua kerja. Terer tak, terer tak!

Ok bayangkan lagi, bangun pagi kemas bilik gosok baju solat (yang islam) mandi bikin sarapan siap-siapkan anak hantar anak pegi sekolah pegi kerja masak kemas rumah basuh kain cuci rumah bla bla bla bla. Kalau nak senarai satu-satu boleh bayangkan entry saya dah macam buku yellow pages tebal dia hahaha. Tu belum masukkan point nak basuh toilet, lap lantai anak tumpahkan air lagi tu. (fuh! sambil lap peluh)

Jadi sila bayangkan badan kita ni macam mana kita kerah dia bekerja siang dan malam. of koz siang dan malam hahaha. Bukan senang jadi isteri. chewah tetiba!

Dengan tido lambat bangun awal di bulan puasa ni kan.

Kesian betul badan kita kan kan kan. Badan ni dah la nak pakai lama uols. Bukan nak pakai setahun dua ok. Kita kerah hari-hari buat kerja macam-macam. Pernah tak kita terfikir nak manjakan diri. Nak rilexkan diri. Hari-hari kerja keras cari duit, tapi tak pernah terfikir untuk diri sendiri pun kan. Jangan la buat perkara yang menyedihkan untuk badan yang kita sayangi ni.

Apa salahnya kan, kalau dapat sebulan sekali manjakan diri , seperti pegi SPA, facial dan sebagainya. Tak dapat sebulan sekali, atlis dua bulan sekali. Tak dapat jugak? Jangan la macam tu.

Puasa... Raya... Tak Puasa... Tak raya pun memang penat. Sape tak penat memang lah dia. Koma ke apa hahaha.


ehem

ehem


Saya dah manjakan diri saya dahhhhhhhhhhhh -_____________- *kelip-kelip mata laju-laju

Korang, sila la jelessssssssss. Jeles kan! Saya tahu :p lalalala

Masa register


Kat mana lagi kalau bukan di CRES WELLNESS


Ini CRES WELLNESS di Jusco Seremban 2. Ini bukan pengalaman kali pertama ok. Pernah pegi sebelum ni (rasanya dulu pernah buat entry :p). Pengalaman pertama tersangat la best sampai habis saya promote dekat kawan-kawan HAHA



Tengok CRES WELLNESS ni dari luar je dah dapat bayangkan betapa syioknya apa yang ada dekat dalam. Mesti sangat exclusive kan. :)

Proses biasa kalau anda nak pegi buat treatment :) Jawab la beberapa soalan dulu. Ini penting. Sebab mereka perlu tahu background kita dulu, macam kita ada elegik ke, mengandung ke, ada penyakit lain ke. Jadi Beberapa pencegahan boleh lah dia buat dan diorg elakkan. kang tak pasal-pasal je kan.





Lepas tu saya ditanya beberapa soalan pasal penjagaan muka dan badan la. Dan beautician CRES WELLNESS juga akan beritahu kulit muka kita jenis macam mana. Macam saya sendiri adalah muka berminyak di bahagian T zone. Jadi memang jerawat suka muncul dekat situ. Masalahnya saya tak suka dengan kau lah jerawat hahaha. Nyah kau!


CRES WELLNESS menggunakan product Cellnique



ok. treatment saya pada hari itu adalah:-

1) Facial
2) Sliming (untuk perut ku yang moncet)
3) Body Massage

atau dengan kata saintifik dia (bahasa CRES) :-

1) Hydro Pearl Whitening Therapy
2) Body Sculpting Program (Full Body)
3) Lymphatic Therapy


Semua treatment ni akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. (mungkin lebih) :) 3 jam yang sangat rilex. 3 jam yang memberi makna bagi seorang perempuan, wanita, isteri dan ibu kepada 3 orang anak ini :p

Keadaan bilik yang menenangkan. Inilah bilik untuk facial. Nice kan. Ini bahagian untuk facial dan beberapa treatment lain dia. bilik ni besar jugak sebab tepi ada bahagian menunggu. Bilik dia ada beberapa lagi kat luar. Ini salah satu bilik saja :)





Ini bahagian tepi sudut bilik. Tempat menunggu. Romantik Mode hoh!

Suka!


Ada majalah, ada muzik instrumental dimainkan yang membuatkan saya yang stress terus jadi tenang. Dengan aroma wangian yang senang sekali. Cahaya suram kesuraman. Romantik :)

Kalau suasana macam ni dekat office. Mesti kita dapat buat kerja dengan damai sekali kan :p


Jadi sementara menunggu staff menyiapkan peralatan, saya lepak-lepak la dulu. Kalau best macam ni. Lepak lama pun tak terasa hehehe.

Baiklah tukar pakaian sekarang. BERTUKARRRRRRR!! hahaha. Kena la pakai uniform kang basah pulak baju. Sebab facial ni ada urutan di bahagian bahu sekali. oh indahnyaaaaaa.

Tada... saya dah ready dah.

Seronoknya facial kat CRES WELLNESS ni sebab apa yang dia buat dia akan maklumkan pada saya. Jadi saya tak la terkejut bila tiba-tiba dia sentuh mata, tiba-tiba dia sentuh bibir.

Muka saya yang masih berbedak nipis dan berlipbam nipis. Memang nampak berminyak kan.

"baiklah sekarang saya akan cuci bulu mata ye"
"baiklah sekarang saya akan cucikan lipstik ye"
"tutup mata, saya akan spray bla bla"

gitu!

Oh ye. kat CRES WELLNESS ni. Masa awal register tu. Kat borang tu. Kita boleh thick siap-siap, bahasa apa yang kita selesa untuk berkomunikasi. Jadi macam biasa saya akan thick Bahasa Malaysia lah. Sebab itu yang saya paling selesa sekali. BEST kan. Sebab ada jugak term-term bahasa facial ni yang saya tak berapa nak faham. Daripada saya main angguk2 je kang, padahal tak paham. takpelah cakap bahaso nogori pun den tak kisah dooooo hahaha

Wangian yang mendamaikan. Saya suka bau dia.


Boleh lihat dengan jelas jerawat saya. Jadi anda takyahlah kira ok. Nanti I kecik hati HAHA

Oh dan juga, abaikan kening yang bersepah serabai itu ye :p

Enjoy Your Moment. Yes, I am





Part yang terpaling penting dalam proses facial. Picit Jerawat lol



To tell you the truth, part ni paling sakit HAHA. Betul. Tertahan2 air mata saya dari mengalir, sebab part yang lain sangat la bestnya sampai leka nak tertido dia punya syok tak hengat. Yelah picit jerawat memang la sakit kan. Bayangkan picit sendiri kat rumah macam mana dia punya sakit. Lagi power. Tapi kat sini kurang la. sebab treatment yang dia dah buat. ada wap muka segala. So jerawat pun dah mudahlah nak di picit dah.

Last proses facial. Kalau tak salah saya, ini untuk firmkan muka. Rasa dia tak sakit pun. Tak sakit langsung pun. Cuma rasa ada tekanan dekat muka. Tu je.



Hasil wajah ku selepas facial yang super duper best! SEGAR!

Macam bulan hahaha. Takpe itu sementara :)

Baru lepas facial memang la macam ni. Takkan asik nak bajet letak muka licin je dalam belog kan HAHA. Sape kata muka saya licin. Anda tertipu dengan teknik photoshop. chewah!

Effective skin lightening therapies inhibit tyrosinase to interface with pigment production
and improve skin discoloration. Miraculously help to promote radiance and whitening of the epidermis layers whilst increasing the moisture in the dermis layers. Repair sun-induced skin damage, brighten the dullest skin and dark spots. Leaving skin well moisturized, rosy and crystal
clear. ~ CRES WELLNESS


Baiklah macam mana pengalaman saya facial?
Pengalaman dia adalah sangat selesa, daripada awal saya disuruh menunggu, tukar uniform, baring sehingga la proses last iaitu cuci muka dan urut bahu. Bukan pengalaman kali ni je macam tu. Pengalaman kali pertama dulu pun macam ni juga. Memang best. Dengan suasana bilik yang romantik, bau bauan yang wangi, muzik yang enak. Apa lagi yang saya harapkan. Apa lagi yang saya minta! PERFECT! memang waktu merehatkan badan paling terbaik. BADAN SIHAT MUKA CANTIK! chewah!

Macam mana KESAN dia best tak?
Ya Ampun, tak tahu nak cakap macam mana. lepas facial muka saya lembut bak sutera ok. Siyes lembut. Tak tipu punya. Rasa muka dah kosong dah daripada jerawat yang tak boleh blah tu. Muka lembut. Pehhhhhhhhh TERBAIK betul lah.

Sampai hari ni, tiap kali tengok muka je. Terbayang CRES WELLNESS hahaha. Macam plan nak pegi tiap-tiap bulan dah. Bulan depan harus terjah lagi. TAK KIRA!




Ini treatment kedua saya. Slimming ur body bebeh!. Rampingkan ur perut Jemah! ceh macam pantun :p

Di bawah selimut hijau itu adalah saya hehehe. Macam saspen tak? Yang bonjol tu kaki lah. (ada bantal bawah lutut supaya kaki tak lenguh). Kepala belah sana. saje crop supaya korang saspen. muahahaha

Disebalik selimut hijau itu terdapat berseliratnya wayar-wayar ok.

Mula-mula dia lekatkan pelekat ni di bahagian yang penuh lemak di bahagian tubuh saya.

Seperti bahagian peha, perut (terutamanya), dan lengan.

Lepas tu dia sambungkan wayar-wayar berikut.

Dan mengesetkan setting mesin seperti dibawah:-

Output 1-2 tu untuk lengan saya
Output 11-12 tu untuk peha saya kalau tak silap
yang selebihnya adalah perut lalalalala

Average adalah di bawah 20 bacaan nya


Sebelum pakai saya tanya-tanya lah

"sakit tak pakai ni"
"tak, u akan rasa macam kena cucuk-cucuk, lepas tu dia akan vibrate"
"ooooooo, tapi I boleh pilih level dia kan"
"boleh, nanti I setkan, kalau sakit, u bagi tahu ok"
"ooo, so biasanya bacaan orang berapa ye?"
"biasanya paling rendah antara 20-30 la, untuk kesan lebih bagus 30 ke atas"
"ooo ok, kalau macam tu, I punya nanti amik yang 20-30 je lah"

HAHAHAHA

Tu sebelum dia start mesin ok. Bila dia start je.

"eh dah dah cukup, slowkan lagi"
"ini ok"
"lagi sikit"
"ok tak"
"turun lagi sikit"

Saya terbayang dah, saya ingatkan saya punya bacaan dah sampai 50 ke apa kan.

Sekali tiba, dia gelak
"hikhikhik, u nampak ke bacaan u ni hikhikihk"
"tak nampak, kenapa"
"semua bawah 20 tau"
"ya ka hahahaha"

Aiyaaaaaa, lembik la I hahahaha

Betul, memang rasa dia menyucuk-nyucuk dan gegar-gegar. Macam letak handfon vibrate atas badan dia punya gegar haha. Contoh je tu. Part vibrate tu memang saya boleh tahan sangat2. tapi part cucuk-cucuk tu je. Mungkin sebab first time try kot. Mungkin lebih kepada rasa takut kot. Padahal takde pape pun haha. Kecoh lebih kakjemah ni tau!

Dan hasil dia lepas tu. Seluar saya memang kena ketatkan tali pinggan setakuk lubang chewahhh.

Treatment tu kojap yo 30 minit yo!. Tapi kesan dia memang berbaloi-baloi. :)

Terus berangan pakai kebaya ko! over kan :p

Dan yang treatment terakhir sekali. (tsk tsk tsk. tak puas lagi lah! ) Body Massage.


Ini pertama kali saya buat body massage, urut seluruh badan lah. Kecuali masa urut dalam pantang tu. Tapi tu urut lain. Ini lain ok. Merasalah saya urut atas katil berlubang HAHA (lubang kat kepala), yelah biasanya tengok dalam cerita SPA Q tu je kan. Kali ni dapat rasa sendiri.

Patutlah orang suka pegi urut badan. Memang betul-betul rilex kan.

:)

Tekanan urutan mengikut citarasa kita sendiri.

Cara dia urut kuat tapi lembut. Ok bayangkan macam mana tu? Terasa sampai ke tulang semua. tp lembut je cara urutan tu membuatkan saya sangat selesa. Saya kalau orang urut kasar-kasar ni kirim salam la saya nak datang lagi. Takde makna ok nak menyiksa diri badan berbirat2 bagai. Kita pegi urut sebab nak sihat bukan nak badan calar balar kan. So urut ni besttt gilakkkkkk

Urutan ni mengambil masa sejam. Tapi siyes rasa tak cukup sejam.


"badan u kurus la"
"hehehehe"

AWW malu I

Wajah seorang yang giler segar bugar ceria. Badan terasa sangat la ringannya

Every Women Deserves The Ultimate Care

Antara perkhidmatan yang disediakan.


Saya yang sangat berpuas hati :)


With them

Good Service, Thumbs up!

Kalau tanya saya, memang saya rekemen sangat-sangat korang try!

Lagipun, bila lagi korang nak memanjakan diri?, bila lagi nak "pasang" badan? Bila lagi nak hilangkan stress kan kan kan. Waktu puasa dah la bangun awal pagi masak sahur bagai, tido lewat lagi. Raya pulak badan bertambah-tambah penat dengan perjalanan dalam kereta yang jauh jem pulak tu balik kampung kan. Melayan tetamu apa segala bagai, Jalan beraya rumah sedaya mara sambil senget2 bahu dukung anak kan kan kan. I know lah!






Baiklah! Sebelum kita bersurai. Ini adalah satu berita GEMBIRA sebagai ganjaran kepada anda. eceh ayat. Maksud saya macam ni. Sekarang CRES WELLNESS kan ada free mini wellness program for limited pax tau. Jadinya korang nak tak????

nak kan nak kan FREE ok FREE.

macam mana nak dapat. senang je. ada 3 special steps (dah macam agent OSO HAHA)

Step 1: Klik Fan Page CRES WELLNESS dan klik LIKE dulu hehe. (ok sekarang pegi tekan LIKE dulu)

Step 2: Kemudian korang nantikan update dari saya di Fan Page CRES WELLNESS tu. Maksudnya Zaimah Noh Viruspadu punya status di Fan Page CRES WELLNESS .

Step 3: So nampak je Zaimah Noh Viruspadu update je. korang cepat-cepat komen tau. Sebab 30 komen pertama akan mendapat free mini wellness program yang kita gembar gemburkan tadi. 30 Komen pertama dalam masa 2 minggu sahaja daripada tarikh status sahaja yang akan diambil kira. Kalau lebih dari dua minggu nasib lah. Takde maknanya. Jadi sila cepat-cepat komen ok :p

Selain itu. Ada syarat-syarat lain yang mesti korang patuhi, saya ulang semula semua la ye:
1. Mestilah berumur 21 tahun dan keatas
2. Mestilah "New Customer" dan tak pernah jejak kaki kat Cres Wellness
3. Appoinment hanya boleh dilakukan pada hari biasa sahaja (weekdays only)
4. 30 komen di Fan Page CRES WELLNESS within 2 weeks sahaja yang layak

ok faham tak. saya ulang ek.

Korang stanby je. bila saya update je kat Fan Page CRES WELLNESS korang terus komen tau. Sebab kita nak 30 orang BERTUAH je.

Ala kak jemah, tak sempatlah... saya bukak2 je saya orang yang ke 31. saya pun nak jugak :( Habis tu saya macam mana?

Korang memang manja dengan kakjemah kan. Takpe. Akak tahu. Benda best macam ni siapa taknak kan. Kalau kat Fan Page CRES WELLNESS punya komen dah terlebih sudah. Korang klik sini (www.creswellness.com/microsite) , korang boleh submit borang dan berpeluang mendapat free trial tapi kena tunggu giliran lah untuk appointment ek.

Punya la baik CRES WELLNESS ni. Mana nak carikkkkkk.


Bayangkan korang dapat FREE MINI WELLNESS PROGRAM tu. Pehhhhh. Cuba bayangkan berapa untungnya korang. Peluang TERBAIK macam ni tak datang selalu. Bayangkan korang menikmati pengalaman saya (seperti di atas) tu secara PERCUMA. GRATIS!

Siapa cepat dia untung. Siapa lambat nasibla dia.

Tungguuuuuuuu. Lihat dan Komen.



CRES WELLNESS terdapat di Sunway, USJ, Metro Prima Kepong, Jusco Cheras Selatan, The Gardens, Jusco Bandaraya Melaka, Jusco Seremban II, Jusco Tebrau City. Atau alamat penuh dia boleh di dapati di laman web cres wellness

JOM PAKAT-PAKAT PASANG BADAN! BADAN SIHAT, MUKA CANTIK, PASANGAN PUN BERTAMBAH SAYANG
gitu! :)





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

Eyriqazz said... [Reply to Comments]

utk wanita je ke?

viruspadu said... [Reply to Comments]

a ah utk wanita, boleh dptkan utk isteri kot

Ogy said... [Reply to Comments]

wahhh mcm seronok..tp mmg seronok le kan? tak pasan plak kalo puan jemah ade tulis harga pakej tu? berapa latuss ye? ke riban?

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

dah like dah. so bile lagi nak update status? tak sabo nie nak pi buang lemak

viruspadu said... [Reply to Comments]

ogy,
free tau kalau komen sekarang kat fesbuk. so komen cepat2 hehe

lily, dah ada dah status tu :) cepat2 hehe

araaz said... [Reply to Comments]

waaahhh terasa segan lak nk bg award kat virus padu ni, maklum la blog araaz mash baby lagi, baru umur 17hari.huhuu

kojah said... [Reply to Comments]

saya mahuuuuu!mula2 online pkai hp jerk, bila baca entry akak smpi habis, laju2 on lappy!huhu

appledia said... [Reply to Comments]

Macam da fullla kak jemah

hamzah ian said... [Reply to Comments]

fuhyooo... laki nak treatment boleh/??

haha

deasa said... [Reply to Comments]

saya yang 1st komen tu pn vp :)

Nur -al- Ain said... [Reply to Comments]

waaa best ni.. nak nak nak.. lame gile lalu je spa ni.. heheee.. teringin nk try gak ;)

mekchu said... [Reply to Comments]

sape beautician tu? suka fean.. tp dia dah jaga sales skang..

Daria said... [Reply to Comments]

interesting.....how much it cost for your package?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^