Follow Viruspadu

Tuesday, September 07, 2010

Bangun Pagi-Pagi Sungguh Senang

Hari Ahad.

Oh ye sepatutnya entry ni muncul semalam daaa. tapi sudah kelupaan. Semalam ada hal jadi keluar rumah awal. jadi entry ni tak sempat siap. eceh!

Janji dengan sepet nak wat fotoshoot beg-beg dia pagi ok. kul 8.30 pagi katanya. Over kan nak kuar pagi-pagi. Saya dengan anoi tido dalam bilik sepet. Lalok dengan nisa tido kat ruang tamu ramai-ramai. Bilik sepet ada ekon wuwuwuwu syiok! tiba-tiba sepet tanya

"andak jadi tak ni?"
"jadi, dah kul berapa"
"9 dah"
"laaa apsal ko tak gerak"
"td hujan lebat, 9.30 la, jap kita sms q"

saya plan angkut barisan askar saya tu semua. maksudnya bawak anak-anak la. kalau pegi taman tu dapat jugak dorang main-main kan. tp masalahnya mesti susah nak kejut bangunkan si nisa tu. malam tadi kul berapa dia tido. lewat sangat. anoi ok la. dia asal saya bangun je. otometik mata dia segar.

"nisa bangun nisa, kita nak pegi taman ni"

dia buat dek je.

erm nak buat macam mana ni ek masa suntuk ni *tinggggggggggg* idea mari! terus saya nyanyi ok. harap2 vocal saya ni bisa memikat hati nisa HAHA

"sungguh senang, sangat senang, bangun pagi-pagi sungguh senang" ~lagu kanak-kanak endon kat youtube. lagu ni nisa suka sangat nyanyi

mcm megik ok. saya nyanyi dua kali je. terus dia berdiri hahaha. punya dia nak buktikan "bangun pagi-pagi sungguh senang" tu HAHA, korang search la kat youtube lagu ni suh anak korang dengar. adoila. kelakar betul nisa ni.

kat taman tasik permaisuri

anoi dan nisa yang mood masih kelaut lagi, banyak sangat gambar kat sini saya snap. tp masing-masing mukaaaaaaaaaa. masam mencuka.

suka lorong ni. lawa kan.


en.laloque bawak anak-anak pegi main. saya dengan pasangan ni memulakan acara menembak

kelakar giler snap gambar dorang ni. tp senang la. senang sebab dorang ada banyak aksi spontan. so keje saya adalah tonggang terbalik snap gambar je. jadi tak jadi belakang citer. janji kita snap banyak-banyak. nanti senang cari sekeping dua yang terbaik kan.

hoi orang nak snap gambar beg la woi. begggggggg. bukan muka ko haha

sepet nampak malu-malu sikit saya rasa. siQ tu dia nampak biasa kot. sebab dia dah biasa.

nisaaaaaaaaaaaaa mama kat sini :)


nisa ni sebenarnya nak posing. tp dia malu dengan Q tu.




kejap je kitorang fotoshoot. rasanya tak sampai sejam. lepas tu saya terus menuju ke matta fair :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

1 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

pics photographer y tunggang tbalek tu x de ke..?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^