Follow Viruspadu

Tuesday, September 07, 2010

Berbuka Puasa session exclusively for DiGi Angels

Disebabkan saya tengah feeling angel, jadi saya pakai baju putih ala-ala angel gitu. Ha macam ni baru la angelic Jemah. cececece. Ceera pulak pakai baju tema digi kan. ala-ala kuning-kuning gitu. jadi sila bayangkan digi angel yang jelita bersama dengan orang digi "iwillfollowyou" itu bergambar HAHAHA. :p

iwillfollowyou dan Digi angel :p

ok ok hahaha itu saje sakat ceera je wei HAHAHA

Saya dapat invitation daripada nuffnang minggu lepas rasanya. Saya dengan ceera lah dengan siapa lagi. Jadi kitorang pun pakat-pakat la nak jumpa kat mana pukul berapa, apa plan dan apa kebenda semua lah. Kebetulan saya memang dah start cuti isnin ni kan. so cantek sangat la tu.

kitorang jenjalan klcc dulu wok. sambil usha kasut dengan hanbag. giler cantik-cantik. menggoncang iman sungguh kata ko. seb baik saya duk somban. kalau tak. asal gaji je licin kalau mcm tu la ghoman eh hahaha.

tepat kul 6.45 petang kitorang pun terus la menuju ke The Apartment, KLCC.

memula kitorang blur je tau kat luar. nak masuk tapi tak nampak macam ada sign digi ke apa. betul ke tidak kan. so tanya2. rupanya kat tingkat atas. kelasss tau digi terus tempah tingkat atas khas untuk Buka Puasa session exclusively for DiGi Angels

Blur. pandang kiri pandang kanan. takde sape yang kitorang kenal. Rupanya dalam dunia blogging ni ramai yang saya tak kenal lagi. Walaupun terasa macam dah lama berblog hahaha. so sudahnya cari meja, duduk. sembang-sembang dengan ceera la apa lg. kendian datang la blogger-blogger lain duduk sekali sembang-sembang. baru kenal-kenal masa tu la. ada student, ada yang dah kerja. macam-macam bangsa ada. kita kan 1Malaysia.

tak silap saya ada 50 orang blogger yang hadir. yang mana, siapa nak hadir kena hantar emel dekat digi. rugilah korang tak hantar emel. kalau tak kira boleh jumpa-jumpa cemolot gitu kan. eceh.

so Buka Puasa session dimulakan

kata-kata aluan oleh Robb Nuffnang

suka dengar Robb berbahasa Malaysia. cute.

Lepas pengenalan digi, kitorang disajikan dengan game. game berkenalan dengan bloggers. kitorang diberi satu nama blogger. dan cari siapakah blogger itu. siapa cepat dapat hadiah Limited Edition Prepaid Internet + Reload RM100. giler untung. tapi kakjemah kan berjalan cari blogger pun terkedek2 bajet ayu punya pasal. macam mana nak menang kan HAHA. so dah tahu dah kalah sebelum bermula. orang lain dah kenal awal2 dah. kita baru nak carik.

masa ni semua kecoh tengah cari blogger.

fun jugak la masa tu haha.

lepas tu kitorang diperkenalkan dengan barisan digi crew. :) dan sedikit kata aluan lah


dan waktu yang ditunggu-tunggu. waktu berbuka puasa. lauk dia yammy yammy. sodappp. saya makan 2 kali round dan berniat nak 3 kali round. tp apakandaya perut sudah ketat lol. kesudahannya nicholas nuffnang yang memahami jiwaku telah menolong mencari bekas tapau HAHAHA. terbaik la you nic. love u lah




lauk ku. lauk ku juga. bukan lauk mu. :)

kambing adalah terbaik. ni kalau lalok ikut ni. memang kambing ajer la dia dok ulang :p

Sementara makan-makan. kami diberi taklimat pasal digi angels :)


tu dia bloggers... MERIAH :)





best woooo Digi Mifi ni. Tapi kakjemah takde luck la nak test power benda tu. blogger lain yang bertuah. padahal memang kepingin benar nak menerai. takpe. mungkin rezeki lain kali :)

Digi Mifi ni adalah wireless mobile router. so boleh dibawa ke mana aje. tak ke TERBAIK tu uols. nak jugakkkkkkkkkkkkkk

lepas abis cabutan tak berapa bertuah dan sebagainya. makan pun dah kenyang. tapau pun sudah haha. sekarang adalah sesi bergambar lah. Maafkan saya kalau saya ketandusan link korang. harap maafkan. korang tinggal komen ye. kang saya update.

Ini geng saya kat sana. awal-awal kenal terus melekat di hati :)

kefli, aqis, ceera, jemah, farah dan nicholas nuffnang


jemah, farah dan blogger :)


jemah, farah dan ceera

jemah dan tian chad


Jemah dan GTO


Ceera, nicholas dan angelic jemah eceh


sayurikan dan jemah



ambil gambar ramai-ramai hoh!


jemah, ceera, kefli dan aqis. ini dah jadi geng kat sana kan. kata awal perkenalan gitu kan.


bersama robb nuffnang


All of us :)


link-link bloggers akan saya update dari masa ke semasa ye :)

Kesimpulannya. Saya seronok sangat hadir Buka Puasa session exclusively for DiGi Angels ni. Suka dapat kenal ramai bloggers. Suka dapat kenal digi crew. Suka dapat kenal nuffies.

Best sangat!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

17 komen[s]:

rohairy said... [Reply to Comments]

Mcm best jerrr..... kalo laa aku salah sorng dr DiGi Evang....huh...

akmal said... [Reply to Comments]

gambar last tu,ganas oh k.jemah..rrooooccckkkk!!haha

farah said... [Reply to Comments]

akk comel link yang akk letak tu,husband kita punya..hamid yang dapat try mifi tu...kita punya link adalah...http://malarang-kak.blogspot.com/

Liza said... [Reply to Comments]

baru lepas buka puasa kat apartment klcc smalam, not bad...

Eyriqazz said... [Reply to Comments]

event yang best..hopefully can see u adik beradik di event2 nuffnang yang lain in the future..ramai bloggers tanyakan saya,bila sepet nak join event nuffnang?hik2...tak dpt saya menjawabnya...

nice meeting u n ceera ...

akiss ferrero. said... [Reply to Comments]

hi kak jemah, nice meeting you smlm!
mmg trus melekat di hati, lenkali leh jumpa makan-makan lg ;)

hamzah ian said... [Reply to Comments]

jeles2.. aku dpt tp da balik kmpung.. cissss.. kalo tak dpt jumpe kak jemah ni..

hahahaa

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

ado gak gambo kite ek... nice meeting u tau.

Aizat Shafiq said... [Reply to Comments]

waa...
seronoknye...
mesti happening kan...
=)


Kiriman dari Sarawak

Che Armster said... [Reply to Comments]

alaa.. tak dapat amik gambar :(

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

dapat jugak invitation tapi nak ke klcc tu hurmm..payah!

MieZa said... [Reply to Comments]

sayurikan kawan kelas saya masa sekolah...patut macam kenal..hehe

ArELeEz said... [Reply to Comments]

best2..!

err.. nak bagitau that u've been awarded! free2, buleh amik award kat blog leez, ek! ;)

Amir Hamzah Alias said... [Reply to Comments]

hallu virus padu... sayurikan disini...nak gambar x?byk gambar virus padu...hahahaha....x sempat nk update berbuka Nuffnang n Digi...byk plak keje nak dekat raya nie...malam nie kot update... jom follow http://sayurikan.blogspot.com/

Wawa_Nadwa said... [Reply to Comments]

kak, pipi akk naik oh!
opss!
selamat hari raya!
=)

Tn.Punya said... [Reply to Comments]

MiFi ditangan aku ...hehehe.. memang yang terbaik.. syukur alhamdulilah...

Amir Hamzah Alias said... [Reply to Comments]

entry berbuka dgn Digi & Nuffnang telah upload... http://sayurikan.blogspot.com/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^