Follow Viruspadu

Thursday, September 23, 2010

Bukan Entry Tergantung, Percayalah :p

Baiklah, oleh kerana ramai yang sentap sebab entry macam !@#$% tergantung tak tentu pasal semalam hahaha. Dah la tajuk entry dah mengundang kontroversi, tiba-tiba tergantung. Saya yakin, kalau saya ada depan mata anda konfem saya kena maki hahaha. Maafkanlah, malam masa menaip entry tu saya adalah super mengantuk ok, jadi saje guna alasan nak buat entry pendek saje nak sakat korang je haha. See! kakjemah memang suka sakat orang. cer tanya adik-adik ku berapa teruk diorang kena sakat dengan saya kat rumah hahaha.

Entry lepas sebenarnya takde pape pun, panggilan tu sebenarnya intro entry je, sebab tu la takde siapa paham pun. Saya baca balik patblas kali pun, tujuhblas kali tak paham hahaha

"andak, malam ni ko tido rumah kaklang kan" ~ayat trick
"eh mana de hahaha, jap tanya abgdak"

~sambil kelip2 mata dengan lalok. dia angguk

"ok, malam kang andak gerak"

ye jumaat malam sabtu saya dapat panggilan dari kaklang saya, ajak tido rumah dia. Kitorang ok je sebenarnya. Nisa lagi lah kemain xsaited lagi dengar nak pegi rumah maklang dia. Bayangkan masa dalam kereta saya tanya nisa macam ni

"nisa, nisa ni anak siapa"
"kita anak maklang"

ha sentap tak sentap dengar jawapan tu?

saya pun apa lagi, buat la ayat-ayat sedih kat nisa dengan harapan dia faham walaupun umur dia baru 3 tahun

"sampai hati nisa cakap macam tu, dulu nisa duduk dalam perut mama ni tau, cuba nisa tengok perut mama ni pecah2 sebab nisa tendang dulu. tapi nisa cakap nisa anak maklang"

nisa ni jiwa dia sensitip sikit, dia tengok kita cebik mulut je pun mata dia dah berkaca dah

"dah dah dah, kakak ni anak mama, tadi tu kakak main-main je mama, dah dah dah"

hahaha ayat pujukan terbaik je nisa tu.

jumaat malam sabtu tu jugak kitorang kan ada open house rumah sepupu lalok, mintak izin pulang awal sebab nak bersiap2 ke rumah kaklang pulak. Sampai2 rumah kaklang dalam jam 11 malam kot lebih kurang. Phew penatnyaaa. Anoi tertido dalam kereta. So senang la. Legaa sikit.

so lepak sembang makan bla bla bla. kul 1 pagi mcm tu, mata dah terkulat2 sangat la. memang dah baring tarik selimut. pejam mata. tiba-tiba suara anakanda ku tersayang kedengaran

"eh eh eh eh, waa waaa waaa waaa waaaaa"

anoi bangun dan mengamuk nak tido dalam buai. uwaaa mana nak cari buai ni. rumah kaklang mana ada buaian. nak bawak buai dari rumah agak2 viva tu muat ke? hahaha. dah la acik mengantuk giler ni kan. sabar sabar sabar.

kesudahan dia kitorang berjaga sampai kul 4.30 pagi ok. seteressss je. anoi menangis sepanjang malam tu. :(

bertambah best pagi tu kitorang check tekanan darah pakai mesin kepunyaan abanglang ku, bacaan tekanan darah tinggi en.laloque naik 149/109 kot (lebih kurang sbb ingat2 lupa). Saya punya terus jadi menten sebab sebelum ni kan rendah hahaha.

dan lepas tu tekanan darah ni jadi modal tiap kali nak membebel dekat anak

"heeeiii la anoi/nisa ni, sebab perangai macam ni lah darah papa ko naik tau" hahahaha. tapi sebenarnya bahaya kan bacaan tu. :( sebenarnya saya risau :(

pagi yang kepala pening2 mengantuk tu kaklang masak nasi lemak. sedapppppppppppp.

Baiklah dipendekkan cerita, kul 3 kitorang bergerak ke rumah kakcik. :)


rumah kakcik banyak basikal. Basikal dia lagi banyak dari bilangan tuan dalam rumah dia. Jadi kitorang ni dah jadi macam semut jumpa gulalah. Atau perkataan kejam sikit "JAKUN" hahaha. Wei dah lama tak jumpa basikal weiiiiiiiiiii. Walaupun jumpa basikal hijau nisa hari-hari kat rumah. Hei maksud saya basikal orang dewasalah. Nak kena nih!

Semua pakat main basikal. Laki den paling over hahaha


Anak-anak buah berebut basikal


Sebenarnya kakcik ni ajak kitorang datang raya je kan, bukan lah dia buat open house ke apa.

Tapi tengok la what happen kat lelaki ni. Tadi galak main basikal. Sekarang atas pokok diam dia. HAHAHA laki sapaaaaaaaa la tu?



terbaik ok mangga rumah kakcik ni. memang tengah masak pulak tu. rasa dia sikit punya manisss daaa. kitorang lepak buaian. gigit je kulit dia kat situ hahaha sebab malas nak potong2 pakai pisau. Apa barang pakai pisau tak nikmat weiii. Makan comot2 macam ni baru la nikmat dia lain macam sikit

anoi tu gaya je lebih, padahal sebijik dah langsai


Sodap ko nisa?


Aktiviti-aktiviti lepas makan mangga.



melayan budak2 gedik :)


ayin, merah dan nisa


kitorang lepak-lepak takde tujuan ni sebab tunggukan abangcik balik dari pasar beli barang untuk masak. Yelahkan kakcik ajak raya datang rumah. Kitorang yang pilih hari sabtu. tapi kakcik cakap, dia keje sabtu mana sempat masak2 lagi. Takpelah kaklang cakap, kita masak sama-sama baru best. So abangcik pun lepas keje terus gi pasar beli barang. Kitorang tak kisah pun banyak aktiviti nak bikin.

Dan macam biasa. kalau family kitorang berkumpul. korang agak2 kitorang makan apa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.

bakar ikan lahhhhhhhhhhhhhhh.


selain bakar-bakar, ada ketam masak sambal, ada tumis sayur, ada asam pedas, ada sotong goreng tepung. pehhhhhh. takyah pegi umbai weiii


makan dengan kenyang sampai sendat perut kusssssss semangat

"nak tido sini ke"
"hui adakah rela tido kul 4.30 pagi lagi?"

hahaha

tak dapatttttttttt. tak sanggup daku berjaga selewat itu lagi. malam tu jugak kitorang bergerak pulang ke seremban :)

Terima kasih kakcik, kaklang. Korang memang BESH.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

RieNa said... [Reply to Comments]

haaa..sy dok tgk pic annur gigit pelam tu, tertanya2 mana cerita yg ada gambar annur mkn pelam? puas godek2 tp tak jumpa. rupanya cerita pelam tu tak kuar lg. baru crita hari ni..adeii~!!

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

ha...rumah adik beradik dah terjah..bi lak kak jemah nak buat open haus???umah Lisa kat Taman Tuanku Jaafar..Leh la terjah..hahahah...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

gilerrr comey anoi g nisa mkn mangga...meriahnyerr raya kak vp..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya vp..mcm2 buat..yg best part masak ramai2 n mkn ramai2..

tu sbb sy kalu pg mana2 akan bwk buai atau spring buai tu..budak2 kan xterjangka peel dia...

MieZa said... [Reply to Comments]

mcm best je mkn mangga..dah lme xmkn...

princess_eryna said... [Reply to Comments]

tuh pasal daku x ajar anak tido buai... suda dijangka akan berlaku begitu....

mak mah bygkn kalo naik flight blk sbh nnt camnerr???.... owh!!..tidak...

viruspadu said... [Reply to Comments]

RieNa
hahaha mmg saje kasik awak tertanya2

SURIA AMANDA
insyaAllah nanti kita buat ek

:: p R i n c E s S _ N ::
dia punya comot, huiiii kesabaran ni dada

Softtouch [Hanim]
a ah, saya tak dpt nak bawak la,

MieZa
sedap oo

princess_eryna
yelah, nisa saya tak ajar sbb dia baik, anoi kuat nangis ooo







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^