Follow Viruspadu

Monday, September 13, 2010

Dah jadi Acara Wajib di Kampung

Sejak tahun lepas kot, ntah sape punya idea ntah nak buat bbq kat kampung. so bbq macam dah jadi acara tetap pulak bila raya. Lagipun family saya memang suka buat bbq kan kalau korang perasanlah. sikit2 bbq, open house bakar-bakar ikan, raya pun bakar-bakar ikan, keluarga datang rumah pun bakar-bakar ikan, piknik pun bakar-bakar ikan.

Jadi kesimpulannya kitorang memang suka makan ikan kambing ayam bakar bakar bakar HAHAHA. makan sahajalah yang suka. Part tukang hidupkan api ngan membakar ikannya beberapa orang ajer yang suka secara terpaksa HAHAHA

tugas khas yang terpaksa ditanggung demi keluarga tersayang :) eceh. Abah, erieq, abang dan abangcik :)


kerang yang paling saya suka


kambing, ikan kembung, ikan pari, ayam. terbaik wokkkkkk


disebalik tabir siapa orang kuat yang mencari ikan kambing ayam ni semua saya pun tak ketahuan. sebab saya sampai2 semua dah siap je. siapa yang handle part arang, part peram ayam semua. banyak tol jasa korang. banyak pahala kasik orang makan ni kan. :p

paling tak boleh blah, ayat-ayat macam ni

"alamak, andak datang!! cepat makan berebut!"

HAHAHA siotan betul! nampak sangat la kakjemah korang mentekedarah sampai digeruni ramai HAHA

"oi andak, dah la ko paling awal makan, sampai sekarang ko tak bangun2 lagi"

betullllllllllll... HAHAHA. memang saya kat situ jadi penunggu kambing dengan kerang. orang lain silih berganti. saya je tak berganti2 kat situ. sampai sendat2 perut. hui ni balas dendam betul sebulan menahan makan ni kan. baru dua hari raya dah kaver 30 hari puasa punya makan HAHAHA

*gambar adalah banyak, tp en.laloque snap semua ada wajah kesayangan isteri dia ni yang seksi (pui seksi kohnon) . jadi malas lah acik nak letak gambar ye

waktu untuk rebut port mana nak tidor, tetiba terfikir


"papa macam mana? nak balik bila?"
"tak kisah"
"esok takde plan pun, semua balik lepas subuh, kita balik malam ni pun ok, senang sikit budak tido"
"tul gak tu, papa ok je drive"

seb baik en.laloque ok je dapat drive memalam tu

so kitorang siap2 bertolak dari rumah opah beh kurang jam 9.45 malam kot. sampai seremban hampir2 kul 2 pagi. tenang je lah sebab anak2 tido. hui tak terbayang kalau balik sok pagi lepas subuh dengan anak2 meragam dalam kereta. huiiiiiiiiii mak tak sanggup!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^