Thursday, September 02, 2010

Episode 24: You Pink My Heart

mak aih, makan tahun nak sambung episode percintaan yang ala-ala basi ni. anak dah 3 dah kan. mungkin akan bersambung lagi bila anak dah 4. wahhhhhhhhh ada hati. takpe isu tu kita biarlah rahsia dulu ok. sembang-sembang kendian.

ok episode 23 hari tu saya cerita pasal saya praktikel di TTDI tu kan. pagi abang saya (ude) hantar pergi kerja. petang en.laloque jemput. memang tak berdikari langsung. praktikel yang ko kena bawak komputer monitor aquarium sendiri dekat opis sebab komputer tak dibekalkan kepada student praktikal HAHA.

terlalu banyak kenangan praktikel kalau cerita satu-satu boleh bikin limablas slot drama swasta. jadi tak payah la cerita banyak2 part tu. yang penting kakak-kakak dan abang-abang kat sana tetap saya ingat. chewah

Sehabis praktikel. siapkan laporan. hantar laporan. dan mendapat keputusan. dan lepas tu dapat la tarikh untuk menjulang ijazah sarjana muda

hureyyyyyyyyyyyy... mana tak seronoknya. berhempas pulas nak mendapatkan segulung ijazah ni kan. saya pulak dapat tarikh keramat pulak tu. 16 september 2002. birthday I lagik ok. jadi ingat sampai bila-bila.

Saya pernah blogkan dulu masa saya graduate dulu kan. kena godek balik entry2 lama la. tapi kali ni sebab episode u pink my heart jadi saya akan lebihkan kisah2 perasaan dan kisah saya dan en.laloque sahaja lah.

Masa tu saya cuma terfikir yang saya nak pegi UUM bersama-sama dengan en.laloque. HAHA giler gatal. kebetulan memang saya kena pegi awal untuk uruskan pasal jubah uruskan segala maknenek apakebenda tu semua kan. memang kena awal la. so adalah lah alasan saya boleh pegi dulu takyah makabah teman hahaha.

mak saya siap tanya

"ko gi ngan sape"
"gi sendiri je mak, banyak benda nak kena setelkan"
"yela tu"

HAHAHA mak saya tahu saya tipu, mana mungkin saya pergi sendiri kan haha.

so saya dengan en.laloque gerak dulu. datang awal beberapa hari. ehem. so parent saya boleh la gerak lewat. datang hari saya naik pentas je la. so takyah tempah hotel ke apa. lagipun ceera kan ada. boleh tumpang bilik ceera :)

masa tu en.laloque takde kereta lagi. tp disebabkan awek kesayangan punya pasal. sanggup pinjam kereta adik hahaha. kereta iswara tak silap saya. banyak jasa kereta adik en.laloque tu :)

eh sebelum hari graduation saya ni, maknanya selepas saya praktikel di TTDI tu. saya bekerja jd PA seorang kontraktor. Kerja PA tapi saya duduk rumah je. takde opis2 pun. bos saya akan call untuk buat kerja-kerja macam siapkan proposal apakebanda semua. tp gaji dia kasik 1k tuuuuuu. lumayan lah saya rasa sebab kerja sikit je haha. jadi berbekalkan wang 1k tu lah saya bawak ke UUM ni untuk belanja. Saya tak minta duit ibu bapa ok. HEBAT betul perasaan masa tu. mcm dah boleh berdikari sendiri :)

tak silap saya, saya pegi UUM dua hari awal kot. mula-mula setelkan hal pendaftaran maknenek semua. tu hari pertamalah. hari kedua kitorang dah plan macam-macam nak photoshoot bagai.

saya tumpang bilik ceera kat UUM. kebetulan ceera tak habis belajar lagi kan. so senang la. en.laloque lepak kat bilik kelab kenu je nak tido. dia lg senang. asal terletak je terus melayang zzzzzzzzzz.

muka letih en.laloque

saya pinjam jubah member (yada), en.laloque pakai jubah saya

sebelum mak abah sampai ke UUM. kitorang ambil peluang ni lah nak bergambar berdua-duaan. kang dah ada kang tak dapat la. ko nak kena lesing ke apa haha

gambar dekat studio wah kelas kan.

semua ni dilakukan secara rahsia lah. takotttttt

hari-hari yang penuh maknalah orang kata. sebab kitorang siap pegi sungai apa ntah nama dia. (tunggu en.laloque komen kang saya update) konon photoshoot kat sana la pakai jubah ni kan. tp fotoshoot pakai kamera cokia la. apa ada kisah. janji bergambar. janji bersama insan tersayang kan.

tak tahu macam mana nak describe sayang saya pada en.laloque masa tu (sampai sekarang dan bila2 pun). sampaikan kalau ko nak tukar dengan jutawan hartawan pun saya boleh tolak sebelah mata je. apalah ilmu en.laloque ni pakai ek haha

kitorang enjoy sangat masa tu. masa ni lah kitorang jalan-jalan pusing UUM tu. Jalan kaki dari PKP ke DK (dewan kuliah), saje mengimbas kenangan lama gitu. paling rindu nak makan keuwteow kerang special kat canglun. siap pesan 2 pinggan sorang. pehhhhhh terbaiklah masa tu. muka ayu je order. sekali mentekedarah tak hengat HAHA.

dan pada hari yang ditunggu-tunggu. ibu bapa saya dah sampai.

awal pagi saya dah siap-siap dah. siap kat bilik ceera lah. saya siap pesan kat en.laloque tunggu kat luar. tahu tak dapat jumpa. tapi kalau boleh saya nak dia ada berdekatan dengan saya. jadi en.laloque tunggu je dalam kereta.

masa semua orang tengah leka bersiap. saya ambil peluang lari keluar kejap. nak jugak jumpa en.laloque. RINDU! semata-mata nak mintak dia pinkan jubah saya. masa tu saya rasa sayuuuuuu je tengok muka dia. tak sampai 2 minit pun. saya terus lari masuk bilik balik. takut ada yang perasan saya hilang.

"nanti kita jumpa kat dewan tau! janji tau! abang ada tau!"

Mak abah ceera dan sepet. Adik beradik lain tak datang. Walaupun saya sangat mengharapkan kedatangan diorang di hari bahagia saya ni. tapi takpelah. masing-masing ada hal kan. masa ni saya dengan en.laloque dah terpisah dah. kalau ada pun kitorang main mata dari jauh je sambil senyum-senyum hahaha. almaklumla dulu parent saya tak suka kannnn.


pada hari lahir saya :)

saya ingat lagi. kawan2 nyanyi lagu besday kuat-kuat tengah2 padang ni untuk saya. terharu giler ok.

Selesai acara naik pentas, salam-salam. gelak2 dengan kawan. mak abah saya terus bawak saya naik van untuk pegi ambil-ambil gambar dan makan-makan. Saya tak sempat nak bagi signal mata kat en.laloque yang saya kena pegi dulu. SEDIH.

dalam perjalanan mata saya melilau menjadi bayangan orang tersayang. tertoleh-toleh mancari. tapi terpaksa akur berjalan. kaki tetap melangkah.

"mana abang?......" :(

saya, mak dan sepet. giler muslimah si sepet tu. haha. comel je. ceera tukang snap gambar

terpaksa tunduk untuk kasi efek sama tinggi

saat ni saya serba salah sangat

bila ibu, bapa, sepet dah ada. saya mestilah layan family dulu kan. yes family first lah. keutamaan mesti kepada ibu bapa kan. tp dalam masa yang sama saya sangat rindukan en.laloque. apalah yang en.laloque buat ye sementara saya bersama keluarga saya. yelah dia datang dengan saya berdua je. bila saya ada aktiviti. apa dia buat seorang diri?

bersalahnyaaaaaa.

apakan daya masa tu!

kalau la masa tu mak abah dah boleh terima dia. maybe senang boleh together2 bersama. mesti lagi best. tapi nak buat macam mana. masa tu semua perasaan saya pendam dalam hati. yang penting mulut harus mengukir senyuman.

"abang, abang kat mana, abang buat apa?" kata hati kecil ku

~bersambung



Episode lama You Pink My Heart, baca di sini:-


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

19 komen[s]:

norliza_osman said... [Reply to Comments]

akak cepat la sambung.. macam tak sabar je.. nak tahu bile akak betunang n kawin.. cepat la akak sambung.. heheh akak kan baik.. ala comeie-comei gitu.. boley la..hehhe..

Weeda said... [Reply to Comments]

alahai..bila weeda ley konvo nih..nanti konvo pkai jubah sama ngen akak..lining kaler silver...

air pancut depan library tempat wajib amek gambar konvo..haha

MieZa said... [Reply to Comments]

yes!ada juga sambungan =)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

alahai sedihlah plak vp kali nie..dahlah masa tu hp xde kan...xsabar nk tau smbungannya

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

cutenye kakjemah ngn en lalok jaman dulu2 hihi

sweet je memory korang!

princess_eryna said... [Reply to Comments]

next episode kuar bile??...

sweetsweetcute said... [Reply to Comments]

x sabar ni...

Suliana said... [Reply to Comments]

nak lagi!! nape en laloque tak diterima parents kak vp?

laloque said... [Reply to Comments]

oooo... sungai tu kat Bukit Wang... hahahaha

jgn ghisau sayang ku... masa time xtvt berjalan2 ngan bakal mak mertua (bakal la kan masa tu)... kanda mu itu sedang sibuk menolong meniaga Yong Tau Foo & air minum di gerai kelab kenu... hahahaha

rohairy said... [Reply to Comments]

gambar 2nd tu 2-2 nampak cun...

nasaoji said... [Reply to Comments]

hehehe..tak keruan r time tu even duk ngn family tersayang, kann..

makk aiii...cik adik sepet itu... ;)

croft said... [Reply to Comments]

tahun bila grad uum ni? saya pun, tahun 2000.

isyhhh, nostalgia betul la bila tgk gambo2 tu. teringat zaman muda mudi. Tapi yg pasti, teringat makanan yg sedap2 sekitar UUM tu.

lily lotus said... [Reply to Comments]

auwww..touchingnya

eiela said... [Reply to Comments]

wah,,refresh memories lama nih,,update2,,

b.O.n.d.a said... [Reply to Comments]

sesungguhnya saya sangat sedih baca episOd kalini sebab ianya mengingatkan saya tentang perpisahan saya dgn my 1st lOve masa hari kOnvO kitOrang..sOb sOb sOb..

Tahniah pada Mah & lalOque yang berjaya kekal hingga ke akhir hayat..

nokia said... [Reply to Comments]

kenapa parents tak suka? & camna diorg leh suka lak.....sooo sweet la kisah chenta korang

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

yes...finally bsambung jg..xpe kak..lieza ttp jd peminat setia akk..ehehehe

Kimora said... [Reply to Comments]

Cerita kita ni lebih kurang jer, berjanji2 dengan kekasih hati nak bergambar sekali, lepas ja konvo tercari2 dia tp as you said family first so sedih sangat masa tu but lastly got the chance jugak lah hehehehe better than never kan...

mamavogue05 said... [Reply to Comments]

gambar Laloque dgn Vp kat studio tu macam best sebab masa tu nampak Laloque handsome sikit...ada special effect ker...hua..hua..hua...

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^