Follow Viruspadu

Thursday, September 16, 2010

Genap 30 Hari Ini. Tahun Depan Saya Jadi Wanita Paling Cantik. Wah Tetiba HAHA

Salam semua.

Hari ni hari yang terpaling happy bagi diri saya dalam 365 hari setahun ni. Pehhhhhhhh. Tidor senyum kata ko kan!

Hari ni Hari Lahir Saya. Sekarang macam senang dah nak ingat sebab besday saya cotiii. Kalau dulu hari ni adalah hari pahlawan kan. Tapi kini dah jadi Hari Malaysia. Fiwittttttttttt! Sape jangka saya lahir hari Malaysia kan.

Semalam. Balik Kerja.

"ma nak makan apa?"
"ntah"
"saypool nak?"
"susah la anak lasak"

...
...
...

"ma nak makan apa cepat lah"

...
...
...

"cepat la nak makan apa?"

...
...
...

saya dah landing baik atas katil sambil layan pororo dah malas lah nak fikir pasal makan. Jenuh dalam hati fikir nak makan apa. Tiap kali terfikir nak makan apa je. Lepas tu mesti terbayang anak-anak melasak. Terus puppp bayangan hilang (chehhh sila bayangkan ada awan atas kepala lepas tu hilang mcm awan dengan sound efek bunyik pupp hahaha) ~pengaruh cerita kartun

"cepat laaa, papa beli tapau je lah, ma takyah ikut"
"yelah"
"nak makan apa?"
"ntah"
"laaaa takpelah papehal kang mesej"
"ok"

macam biasa nisa pasti follow papa dia. saya dengan anoi tinggal rumah

"heiii lamanya papa kau beli makanan anoiiii" ~ceh mcm anoi paham.

memang lama betul. biasanya sejam kot siap lah sampai rumah segala. tapi ni lama kemain lagik. anoi dah meragam2 dah bosan kakak dia takde. ahhh seteressss acik tau.

"mamaaaaaaa kakak dah sampai, kakak beli kek mama"

wahahahaha. daripada hati beku tadi terus berbunga2 haha. sukaaaaaa. baru je tadi ingat nak merajuk sebab dia lambat balik kan haha. terus cancel ok. CANCEL!! rugi merajuk time2 gini

nisa paling gelabah sekali. gelabah nak tiup lilin. nak cari laiter (kena kebas dengan daniel semalam so tak jumpa haha), heiiii siap gaduh2 dengan papa dia. papa dia terjerit sabar sabar sabar. Nisa mana tahu makna sabar papa oiii. Lagi kita kata sabar. lagi lah dia gelabah ooo

"mama, mama kakak nak tiup lilin"
"mama, mama kakak nak nyanyi"

iyoooo sabarrrr

eeee tahun depan mesti lagi kecoh sebab nisa mesti berebut dengan anoi. Tahun ni anoi tak tahu apa cerita lagi. Siap la tahun depan. Bercakar lah kalian.

Dan mereka pun menyanyilah lagu bebeday to you kat mama dia. Anoi tepuk2 tangan je. Dia belum hafal lagi :p

hepi besday to u mama


mama dia ada di sebelah kanan. sebab tu semua pandang kanan. Mama diorang dalam keadaan yang !@#$%^& hahaha. jadi memang tak boleh sangat masuk belog. Nak salin baju tersangat la malasnya okeh.

"eh papa, hahaha cute je kek ni, siap ada cincin atas dia hahahaha"


Poyo kan kakjemah hahaha

siyes saya ingat kek ni memang pakej dengan cincin plastik yang macam gula2 nisa yang saya selalu beli. Memang ada cincin mainan pakej la dengan gula2 tu haha. lagipun kek tu kan meriah, siap ada reben2 bagaikan.

Siap saya cop berebut2 nak amik cincin tu dengan nisa sebab nak gigit cincin tu hahaha. vudus2. Terbayangkan yang cincin tu gula2 hahaha

sekali saya dah masukkan dalam mulut ok cincin tu, en.laloque keluarkan bekas cincin baldu tu. Tersedak saya rasa.

Terkaku seketika.......







terus pegang cincin.

huh cincin betul ke ni? ~cakap dalam hati

HAHAHAHAHAHA terus gelak dengan kuat sekali. Anak2 pelik sebab tak paham.

"terima kasih papa" ~mata berkaca

dan entry ini terhenti disini. eceh! macam saspen :p

(tengok la kalau ada sambungan)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

33 komen[s]:

Aizat Shafiq said... [Reply to Comments]

wah2...
romantik gitu...
happy birthday ye kak...
boleh tiru style ni...hehehe

+ aisyah + said... [Reply to Comments]

tgk pon tau cincin real kak jemah oii...nasib baik tak telan lagi...kalau taak...huhu~

+ aisyah + said... [Reply to Comments]

eh anyway HAPPYBIRTHDAY yg ke-17! hehe~

~ain said... [Reply to Comments]

nasib baik tak tertelan gula-gula cincin tu. kalau tidak ada kena debuk kat belakang dengan en laloque sbb nak kuarkan cincin tu.. aahahhaha lawak laaaa..

a's said... [Reply to Comments]

sgt sweet la!!! macam jaman mula2 nak purpose akak dolu2 je kan?awwww~~ sweet like sugar

Happy Birthday kak jemah

marinahunny said... [Reply to Comments]

hepi besday jemah, semoga dimurahkan rezeki sentiasa dan bahagia selamanya disamping suami dan anak2 tersayang..thn dpn dpt an-nas plak kut.. ;)

ana ayesha said... [Reply to Comments]

Selamat Hari Lahir yg ke .... muda lagi tuh. Semoga sentiasa dilindungi Allah. Dpt kek dpt cincin

cik hani said... [Reply to Comments]

hepi besday kak!semoga panjang umur n murah rezeki!

comel la kek tu..pink!sesuai ngan akak!

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

Bebeday yu yu kak jemah. Patut la smlm terus sepi dr twitter, dpt cencen ghuponyeeeee

mawarbiru said... [Reply to Comments]

so sweet...
hepi besday kak jemah...

miss mumun said... [Reply to Comments]

Sebbaik akak tak telan..
tak pasal2 sambut birthday kat sepital kang.. hehe
Happy 30th Birthday Kak VP..
Semoga Sihat ceria selalu..
xoxo

Watie Abd Rahman said... [Reply to Comments]

romantik nye laloque itew..
ape2 pon.. eppy bday VP!

LizHairi said... [Reply to Comments]

hepi besday yg ke 30 jemah.sooooo sweet la en laloque :-)

LizHairi said... [Reply to Comments]

hepi besday yg ke 30 jemah.sooooo sweet la en laloque :-)

wazy said... [Reply to Comments]

Happy Birthday kak
semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

hepi burfday jemah. welcom to 3series.. semoga hidup lebih ceria dan bermakna kan

oneyani said... [Reply to Comments]

auuw lomantik de amour nye..best!

senang la nak ingat besday akak lepas ni

kojah said... [Reply to Comments]

bestnyerrrr!!

epi besday kak!!

Atiqahtuty said... [Reply to Comments]

selamat hari lahir kak =)

appledia said... [Reply to Comments]

Hepi besday kak jemah.
Da join 3series gitu tp menten vogue hoke!

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

hepy besday kak jemah..romantika de amour gitu...

kumichan said... [Reply to Comments]

hepi besday Jemah..tak dapek ku bayangkan Jemah dah tertlan cincin tu masa En. Lalok kuarkan bekas nya meraung la Lalok

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

nasib ko x telan cam gitu je kalu x mmg ko vudus kak..hahahahhaha...

mask said... [Reply to Comments]

wahh romantik nye..
Happy birthday kak

Daz Dianza said... [Reply to Comments]

Happy Birthday!! :)

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

epy 30th bday kak vp...wh..pndai en laloque wat surprise...

xfatynx said... [Reply to Comments]

waaaa. bestnye kak ! selamat hari jadi kak! :)

no need to reveal said... [Reply to Comments]

happy befday VP, semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya dan dimurahkan rezeki sentiasa :)

bestnya dapat surprise gitu huhu jeles nih !! haha

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

hahha..lawak ar kak ni..tapi seyes, tak perasan plak cincin tu real :p

selamat hari lahir ke 29+1 akak :) hikss

GrEeNLaiCY4mE said... [Reply to Comments]

comel sungguh kuarga jemah nihhh~~~
Selamat Hari Jadi. Moga panjang umur n dikurniakan kesihatan yg baik, dilimpahi rezki dan kebahagiaan yg berkekalan bersama keluarga tersayang~~~amiiiiiiiiiiiin

Puan Seri said... [Reply to Comments]

huhu, romantik lak ai.. kak jemah, epy bufday..

Mya said... [Reply to Comments]

happy birthday VP :)

mekchu said... [Reply to Comments]

happy belated bday.. bleh celebrate bday sama ngan anak botak yg no.2.. teringat cicin ngan gula2 pjg tuh.. bertambah koleksi barangan kemas..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^