Follow Viruspadu

Monday, September 06, 2010

Ini Minggu Last.

Ye ini minggu last la kan kita puasa-puasa. Minggu depan dah raya-raya.

Jadi kitorang ambil kesempatan la berbuka di cheras (lagi HAHAHA). Ini pun sebab kesian kat ceera la ni. Saya memang tak pernah berbuka puasa dengan dia lagi puasa kali ni. Sebab tiap kali saya balik cheras mesti dia takde. Minggu lepas dia janji nak balik buka puasa sama hari Ahad. Saya pun nunggu la sampai hari ahad. sekali dia tak muncul-muncul tiba. HAHA keshiannnn. Takpe la tam. dah kawen memang canni. Kena tolak ansur sikit. HAHA eh apsal saya gelak pulak ni HAHAHA. Jadi minggu ni gigih la saya balik cheras jugak.

Terbayang yang saya nak balik cheras. terus sms sepet

"andak balik cheras ni, stanby la nak photoshoot" ~ayat reka semata-mata

memang dah janji-janji dengan sepet. kalau dia nak mintak tolong saya amikkan gambar beg-beg dia tu, saya aci je. takde masalah. lagipun sedih tengok gambar-gambar dalam blogshop dia tu. pakai kamera phone je kan.

Mulanya plan nak amik gambar hari sabtu. lepas sembang-sembang cancel la. banyak hal pulak nak buat. so ahad je la. sabtu tu jugak en.laloque janji-janji nak bawak pegi matta fair kan. So saya ternanti-nanti lah dia menunaikan janji manis dia tu kan. sampai2 cheras jam 2 petang. lepak-lepak rehat-rehat.

"bila nak pegi pa"
"malam kang la"
"dia tutup kul berapa?"
"............."

terus mcm soalan di angin lalu. petang dah kul 6 tu saya tanya lagi

"matta tu malam tup kul berapa pa"
"sepuluh kot"
"gugel la, kang salah kang"

terus on lappy. tengok2 tutup kul 9 malam ko! terus terbayang. buka puasa itu ini itu ini paling busuk habis setel semua kul 8.30 malam. mana sempat.

terus tarik muka hahahahaha merajuk la konon. en.laloque tgk muka bini dah macam raksasa yang berlawan dengan otomen kosmos. terus dia bagi cadangan macam nak berbuka puasa dengan seliper

"kita gi matta sekarang la, nanti kang kita berbuka puasa kat luar"

hok oloh. terus diam. *tanda protes

tensen tu bukan apa. sebab dari jumaat asik plan tak jadi kan. tu yang dia punya bengang menjadi-jadi tu. padahal bukannya ada apa2 hal pun HAHAHA.takpe sok ahad ado layi. apa kecoh na. saje je kan kakjemah ni :p

buka puasa rumah mak saya macam biasalah. kecoh. nisa kan sangat rajin nak menolong orang berhidang. so dia xcited kemain. sampai jalan tak tgk bawah. dia terpijak pinggan sayur ok. habis terlangkup sayur2 tu. uwaaaaaaaaaaaaaaaa. bukan nisa panik lebih. tapi mama dia HAHAHA. matilah matilah kena marahlah anak aku ni karang hahaha.

nisa dengan kakak merahnya


the lauk pauk


sayur togeh (tp bukan ni la yang terlangkup tu)



tahu sumbat yang dah masam, gerammmmmmmm



mak masak favvy saya. telur peria. :)


uteh buatkan air favvy saya, honeydew


uteh buatkan air permintaan saya jugak. tembikai blended. HAHAHA banyak tul permintaan I kan


sup tulang


sambal sotong



merah: tite taknak pote la. tite nak makan sekrang
saya: kejap je lagi la merah. kejapppppppp je

lg beberapa minit nak berbuka dia rekues taknak puasa haha. ish budak ni :p

lepas berbuka. kemas-kemas pinggan mangkuk. adik beradik rikues saya basuh pinggan. (sebab saya tak penah basuh pinggan) saya ok je. tp penat la. kaki saya punya tulang macam ngilu-ngilu. dah lama tak kena macam tu. sekali kena lak kan. dulu masa anak dara selalu kena kalau nak bendera merah hahaha. selalu marah ceera kalu dia goyang2 katil.

"papa kaki mama ni ha ngilu2 la, tolong la mama basuh pinggan jap, kita basuh sama-sama boleh"

en.laloque pandang je muka saya. beria2 masa tu saya buat muka terpaling kesian ok haha

"mama ni manja sangat tahu tak?"

terus dia tinggalkan laptop dan turun ke dapur tolong cuci pinggan ahahaha. saya sabun dia basuh. banyak tu pinggan. so basuh berdua sambil borak2. kejap je habis. hehe. terima kasih papa :)

ok tu je

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

buka rmaai2 mmg syok kan..

alahi sweetnya en laloque...tolong vp basuh pinggan...

marinahunny said... [Reply to Comments]

sib baik la laloque melayan..hahahaha sayang bini kena tolong la kan..

Ceera said... [Reply to Comments]

aku ada gambar basuh tame2 tu, hahaha

MieZa said... [Reply to Comments]

sweet nya en.laloque...hehe

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

alololo..so kiutla akk laki bini...

makdara TERDIVA said... [Reply to Comments]

alahai..so comel la encik laloque layan bini basuh pinggan :)

slmt berhari raya VP

kak moon said... [Reply to Comments]

romantik gitew kak VP.. mcm mase jmpa ari tu... mcm kekasih je.. ekeke..

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

hok aloh pinggan pon kongsi cuci...dengki latuh laki ngadap lappy

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

xpe..manaj2 pon bini papa gaks...hihihiihi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^