Follow Viruspadu

Thursday, September 02, 2010

Jaga Mata Mu Mata Ku

Ni bukan kes menjaga mata di bulan puasa ke apa ek. Ni memang kisah mata betul2 punya

Korang pun memang dah tahu sangat la al-kisah mata saya yang kejap elok kejap bengkak kejap elok pastu bengkak balik. dan tiba-tiba kakjemah dpt mc seminggu sebab mata bengkak muahahaha. part mc je lah syiok sikit tapi part mata bengkak hancusss. so asik keje MC je kan boleh pulak berangan nak dapat khidmat cemerlang kah kah kah. itu angan-angan minahjenin nama dia hahaha.

saya dah operate kelopak mata kiri dan kanan saya.

1)Minor Surgery - Right Eye
2)Minor Surgery - Left Eye

so lepas operate saya pun bergumbira lah. lepas ni takyah dah mc-mc sakit mata lagi kan. dan takyah lah mendapat perlian pasal mata lagi. menghiris jiwa ok dapat perlian sebegitu rupa. hush!

tapi rupanya taklah. takde maknanya tu. walau macam mana saya berhati-hati dengan jarang mekap di bahagian mata pun. tetap sakit jugak. cuma kali ni saya dapat kawal la.

kelopak mata saya suka pedih secara tiba-tiba macam nak bagitahu bahawa. esok dia akan bengkak. bersedialah. cisssss! tak shukeeeeeeeee.

ada member yang mengalami nasib yang sama ajar saya. tiap kali mata pedih. tuam mata tu. macam amik kain, panaskan kat iron dan tuam2 kat mata. pakai telur panas pun aci. janji tuam kat mata.

memang berkesan ah kat saya. tiap kali saya tuam je. memang esoknya dia tak jadi nak bengkak.

tapi lately rasa mcm menjadi-jadi pulak dia asik pedih je. dah tiap2 malam lak saya kena tuam. malam dan pagi saya tuam. takut juga kalau ada rizen2 lain ke apa. tak boleh jadi ni. terus la ke klinik mata raj

kat klinik mata lah ni. paksa chenta hati teman. bukan apa. khuatir kena macam hari tu. tiba2 nakkan keputusan jam2 tu jugak. jadi papehal angkutlah laki bersama. sonang cito!


cis saje buat mata gitu. dush dush dush

eh tu tudung ariani ke 2 saya. tudung hitam ke 3 milik ku :)

seb baik tak ramai orang. so kejap ajer la tunggu

masuk bilik doktor, saya tanya la macam-macam soalan yang saya dah siapkan dialog awal-awal kat rumah haha. kena ok buat dialog. kang lupa. eceh

jadi kesimpulannya doktor cakap

~kulit mata saya terlalu sensitif, mmg ada bijik2 kecik dia kata, saya tak nampaklah. laki saya nampak dia tunjuk kat tv mata saya tu.

"doktor kepala saya ni sakit sangat la bila pandang komputer" mungkin kesan sakit mata tu kot, jadi doktor terus check power mata saya

~penglihatan saya terbaik. takyah pakai spek
~tp doktor pesan suh pakai spek takde power untuk halang habuk masuk mata

jadi kalau nampak tiba2 kakjemah ala2 pancasitara tu paham-paham je la. I jaga mata la you! awwwww


3 jenis ubat titik mata. dua untuk siang dan 1 untuk malam.



bila dah selesai, doktor offer saya
"u perlu mc hari ni?" sebab dia tahu saya menahan sakit kepala yang berdenyut-denyut
"tak perlu doktor"

wahhhhhhhhh mana nak jumpa staff berkaliber macam ni. menolak MC ko hahaha



sampai opis saya konpius. eh puasa ni boleh pakai ke ubat ni ek. konpius. rasanya boleh. erm tak yakin. jadi kita memekak la dekat fesbuk.

terima kasih zuriati :) thanxs all :)

Jadi jagalah mata mu :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

Weeda said... [Reply to Comments]

k.jemah..weeda kalau sakit mata bengkak2 merah2 kan weeda tuam guna ais...letak ais dlm kain ke apa ke pastu letak kat mata..

~~Ciklinn~~ said... [Reply to Comments]

betul tu kalo lama sgt tgok komputer mata leh rosak... sbb tu ciklinn paki spek hahahha

tulip said... [Reply to Comments]

kak, bab mata kene jaga elok2. jgn pergi klinik sebarangan. kat PJ ada hospital mata tun hussein onn. mmg specialist utk mata. visit http://www.thoneh.com/contactus.html.

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

mak aih..skali 3jnis ubat mate..

nasaoji said... [Reply to Comments]

alalala..ciann...

mak kt pun jenis sakit mata, lg teruk kot..merah je..p dok, dok ckp alergik cuaca..panas je, mata merah..cian.. ;(







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^