Follow Viruspadu

Thursday, September 09, 2010

Mantai Perdana 2010 Stadium Paroi

Sejak saya duk Negeri Sembilan dari tahun 2006 sampai sekarang tapi tak penah pegi pun mantai perdana ni.

Dulu lagi la tak paham. Mantai tu apa. Hari mantai tu apa?

Kat Negeri Sembilan yang biasanya guna perkataan mantai ni. Negeri lain tak pasti macam mana. Biasanya Hari Mantai ni berlangsung sehari sebelum puasa dan sehari sebelum raya. Biasanyalah. Tapi sekarang dia dah buat awal sikit kot. Kalau sehari sebelum tu macam tak sempat la pulak kan.

"Hari mantai adalah salah satu tradisi di Negeri Sembilan, di mana orang menjual daging segar pada hari melihat melihat anak Bulan. Pada hari itu, orang sibuk menjual dan membeli daging lembu segar, daging kerbau dan ayam. Pada masa yang sama, perempuan juga sibuk memasak ketupat, dodol, lemang dan rendang"

Biasanya kalau kat rantau, banyaklah gerai2 tepi jalan yang jual daging-daging.

Tapi sekarang dah up sikit. sekarang dah ada mantai perdana yang semua penjual daging, ayam dan sebagainya berkumpul di satu tempat. so senang lah kita nak membeli. kan kan kan




Kitorang sampai stadium paroi dah jam 11 pagi. Nampak lengang je. Ingatkan takde orang ke apa. Rupanya2 banyak yang dah habis daaa. Banyak booth dah katup habis dah wei. HAHAHA. Jadi gambar2 yang kitorang sempat snap tu. tu je lah yang tinggal. tu pun penuh orang.

Ha ayam banyak lagiiiii. Daging memang byk sold out!

Dah round-round pusing pusing. Tetiba en.laloque cakap tak jadi beli daging. Cisssssss!!!

Kesudahannya saya sambar kuih raya je lah. Sebab kuih raya saya baru sejenis je saya beli hiks


3 jenis RM50. Satu balang 50 bijik. Ok la tuuuuuuuuuuu. Belasahhh!

Kang kalau kuih raya tak cukup lagi kang kita cari kat jasko je lah berlambak haha

Satu pengalaman baru saya. Hari Mantai :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

appledia said... [Reply to Comments]

Ooowh "mantai" ka nama dia?
Barutau.Kena belajaqkawin ngan orang N9 pun tatau2 menda alah ni!)^_^

Faisya said... [Reply to Comments]

kono dtg seawal jam 8..klu blh 730 nak ado situ..biaso eh time hari mantai ni le ramai dah mulo cuti, byk kojo nak dibuek ea...siang itu siang ini, komeh bagai lagi...taun dopen kono g awal la kak jemah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^