Follow Viruspadu

Tuesday, September 07, 2010

Matta Fair 2010

Tahun ni dua kali saya terjah matta fair kot. sekali masa depa buat kat seremban ni. tapi ko tahu je la kalau matta fair kat seremban. apa ada? HAHAHA takat hotel suh langgan pakej dia yang ngarut punya mahal kena bayar adalah. Ish tak koser la pulak kan. Jadi saya memang ternanti-nanti nak nunggu matta fair kat pwtc ni.

saya sampai pwtc jam 11 pagi kalau tak silap. jalan sungguh cantik sekali. parking pun sangat mudah sekali. hati pun berbunga-bunga sekali

pipi saya yang makin bertelur kan. alfelikun (pelik) kan. padahal berat saya dah turun ke 55 kg daripada sebelum puasa 58kg ok. tp muka makin tembam. ni osah lemak naik ke muka ni kan. saje je taknak bagi I feeling2 kurus la ni. benci tau. dush dush dush!

baru ku tahu masuk matta fair kena bayar tiket HAHAHA. nampak sangat jakun! sorang dewasa kena bayar RM3. bawah doblas tahun FREE (kalau tak silap)


so, saya memang dah target dah dari rumah. kitorang plan nak bercuti samada Korea atau Jepun. Cina pun ok juga.

Jadi senang la nak bajet booth mana yang kitorang nak parking.

bawak anak-anak yang "baik" ni memang memerlukan kesabaran yang maha tinggi ok. (mcm biasalah kan haha) bayangkan tolak stroler dengan air milo tumpah tsk tsk tsk. nisa meragam taknak jalan sendiri, nak dukung je. senget bahu beb. lari alignment acik.

Matta Fair ni punya la besar, sampai ada 3 hall kalau tak silap la. hall yang pertama semuanya pakej "dalam negeri" punya. lagi dua hall tu semuanya oversea la kot. disebabkan eksen nak pegi obersi la konon terus jalan menuju ke hall nun di hujung dunia eceh.

muslim pakej :)


fikir fikir fikir


so saya tanya-tanya. saya share dengan korang. so kalau korang nak bajet bercuti tahun depan senang la ye :). tp saya tak berapa igt detail betul la sebab kertas tu hilang haha.

bajet utk 6 hari 5 malam

kalau nak pegi cina: dewasa dalam RM2k++, kanak2 RM1k++, bayi RM800 so anggaran satu family 2 dewasa, 1 kanak2, 1 bayi dalam RM6k lah termasuk flite

kalau korea tu mahal sikit, total semua adalah RM8k

jadi kalau korang nak honeymoon berdua je ke apa. boleh bajet la. sorang RM3000 macam tu. memang berlebih la tu kan. lebih takpe jangan tak cukup sudah :p

orang matta fair tu (apa ntah nama company dia, dah lupa) cakap, kalau bawak budak-budak elok bawak pegi cina la sebab banyak tempat budak boleh main dan dorang tak bosan la. saya pulak asik tanya soalan. selamat ke tidak pegi sana HAHA. yelah risau jugak kan

kitorang dah sebulat suara dah nak pegi ni. so nak booking satu kepala kena bayar RM300. tengah nak negotiate tu. anoi meraung punya la kuattttttttttt. saya pujuk2 pun tak diam. makin pujuk makin kuat nangis dia. nisa meragam tak hengat jugak. bisinggggggggggg sangat tau. kalau korang ada kat situ. memang korang akan dengar suara anak2 jemah yo melalak haha

"takpelah dik. jap lg akak datang balik"

terus dukung anoi dengan nisa jalan-jalan sampai anoi tertido di bahu saya. nisa pun tertido di bahu lalok.

budak-budak sudah tido. kakjemah sudah fenat. muka tatak tenyummm

"papa, macam mana tadi"
"papa ok je"
"terasa rugi lak duit hahaha"
"haahaha"
"kita jalan-jalan dalam je la pa, kita cari pakej sabah nak?"
"ok gak tu, jom!"

terus jalan balik. kali ni tenang sikit sebab anak2 dah tido

pusing punya pusing. suka la dengan pakej2. harga rezenebel semua tp semua without flite lah. maknanya ko kena cari tiket sendiri. ah taknak la mcm tu. menyusahkan orang ok. takleh ke buat pakej sekali flite. ngada tau!

duduk nyangkung balik. diskas balik.

"leceh la macam ni, kalau mcm tu takyah la kita gi matta fair, beh baik kita pegi sendiri je kan"
"kita gi terengganu nak. gi pulau"
"sesuai ke bawak budak?"
"macam tak sesuai je"
"abis tu macam mana"
"kita repet melaka je lah"

HAHAHA ko tgk dia punya kesimpulan matta fair macam mana HAHAHA. takpe lah. jadilah

A famosa. dapat bilik satu malam RM8 je koooooooooo. terus amik 2 malam haha. xcited lebih!

Ok kot. rasanya berbaloi kot pegi matta fair dapat bilik RM8. ahaks. sebab itu hari yang saya cuti2 melaka tu. tido sehari je. dah bayar beratus dah kan. so puas hatilah.

so lepas ni kalau ada matta fair lagi. saya nak cari pakej macam ni lah. pakej dalam malaysia yang boleh dapat harga runtuh macam ni. yihaaaaaaaaaaaa untung berganda-ganda.

dan kalau rasa sayang duit. takyah la plan nak pegi korea/cina lagi hahaha. ntahla. maybe terasa susah payah jerih perih menabung selama beberapa tahun ni lepas tu duit melayang supsapsupsap dalam masa 6 hari 5 malam. *nangeh. hahaha. berat tul la hati kan.

eh korang pegi tak matta fair? korang dpt apa? mesti bercuti oberthesea kan. jelesssss nih :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

21 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bg sy mahal lah smpai 8k..tp utk org byk duit xpe kot..yelah mcm vp ckp mcm mmbazir jer..pastu 6 hari duit abis..blum nk soping2 lagi..

kalu sy mcm vp pun sy amik dlm negeri..murahnyer regenya...

marinahunny said... [Reply to Comments]

dlm negara je jemah oii puas hati pun ye..anak2 pun selesa.nk makan xyah susuah2 pikir halal ke haram ke..meh la dtg trg..

KaLiS PeLuRu said... [Reply to Comments]

nk join gk kak..

jd bby sitter pn sggup aslkn dpt ikt...hahaha

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

ke mana pun best kak jemah aslkn ader family yg menemani dcc...

-atiQah- said... [Reply to Comments]

kak..kalau nak pegi pulau pun ok kot..
pegi pulau perhentian..hr tu saya pegi rombongan sekolah umi..
ada cikgu yg bwk anak2 kecik diorg..ok je..
seronok pun seronok..main air..
bdk2 pun sgt seronok, air jernih..xdalam.. :-)

kojah said... [Reply to Comments]

Kalau ganu g redang, xpn perhentian..

Sy g gak matta fair.ngam family.ada la amik package family.hihi

kojah said... [Reply to Comments]

Kalau ganu g redang, xpn perhentian..

Sy g gak matta fair.ngam family.ada la amik package family.hihi

Rina277 said... [Reply to Comments]

bg saya matta fair agak mahal la..xtau la org lain..saya ke bali pn g sndri x guna matta fair jauh btul beza dia..8 hari rm338 flight gi blik siap transit kat jogjkarta lagi..mmg berbaloi-baloi..

MsFigure said... [Reply to Comments]

Kak, pakej memang x boleh include flight sekali sebab harga online kan berubah every now & then, tu pasal kalau pakej inbound, harga flight x kasi include :)

mekchu said... [Reply to Comments]

ala.. x best la ending dia... dah excited ingatkan bleh kirim bj korea ke, china ke kan.. tak pun kimono japang..

x pe.. x pe mungkin sbb puasa.. otak penat nak pikir.. melaka lagik sonang.. jimat berganda..

sabree said... [Reply to Comments]

RM8 je? biar betul dekat A famosa tu

~aSFaLiZa~ said... [Reply to Comments]

salam kak emah. saya pun dah siap2 tempah hotel kat matta fair ni. nk bercuti nya tahun depan kat langkawi. tak pe. janji murah. berbaloi2

Aleeya said... [Reply to Comments]

ala tak sempat gi matta fair neh..

selamat hari raya zaimah
maaf zahir batin.
hati2 di jalanraya..
jumpa lagi pas raya yea...:))

lily lotus said... [Reply to Comments]

juling mata tgk duit riban2 kena keluar..hohoho

Nora said... [Reply to Comments]

Hi VP,

I've been to China (Beijing)before with only RM1300 per pax include flight, hotel, tour guide,food and sightseeing.. Kitaorang pi selama 5hari but, naik Airasia. Kebetulan dapat tiket yang murah. Tapi agen ni pun ok juga, hotel, tempat makan halal seluruh Beijing dan tempat2 menarik yang diorang bawa pun tidak mengecewakan. Kami sempat shopping dan melawat Tembok Besar China , Summer Palace etc. Tour guide pun boleh berbahasa Indonesia so senang sikit nak faham. Btw, the tour agent no are 40417250 ( Creative Holiday). Trylah tanya kot2 ada pakej yang lebih murah...:D

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

dalam negeri pon dah pening ngan bayar tol...nikan obersee jemah oi....parah kocek abg ngah...

oneyani said... [Reply to Comments]

aloonkak jemah jemput datang trg lor..best pulau2 die..(biar xpenah pegi pon..ahahah)

nanti kalau yani dah kawen bole buat double date..besh besh

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

jemahh mau ke ober c ka?... den baru balik dari beijing 8 hari 6 mlm RM1700 sorang ALL IN... huhuhu murah ke mahal? next year bajet nk p korea RM2k++... kalo mau den roger2 k... :D

linda said... [Reply to Comments]

salam,

pakej nora cam menarik... huhuhu... kene contact nih...

Amir Syafiqah said... [Reply to Comments]

Hi Jemah,
Akak ni silent reader. Dah lama follow tapi tak penah comment. Akak penah ke Beijing 2008, melalui MATTA FAIR, utk 2 dewasa dan 2 kanak2 = 8k (agak mahal) tapi package ni, tak perlu risau nak kemana semua agent dah uruskan. Beijing mmg sesuai utk shopping tapi akak rasa tak sesuai utk bawak budak2 kecik. (Anak2 akak masa tu , 4 dan 6 tahun) Sbb tmpt2 yg kita pegi kebanyakan nya tmpt bersejarah, cth great wall, cuba bayangkan nak panjat anak tangga great wall yg setinggi lutut kita tu dgn budak kecik..dah la curam. Semput rasa...Anak akak pun tak sporting jugak ..siap berguling depan medan tiannanmen lagi mengamok...Tapi mak pak dia nak berjalan jugak terpaksala layankan. May be Hong Kong disneyland sesuai utk budak2. This year kami ke Gold Cost. Masa ni tambah sorang lagi bb 11 bulan. Kami tak ambil package. Kami amik ticket air asia zero fare. so 2.8k utk 5 org pegi balik. Australia sgt 'mesra jalan', Kami sewa keta, dgn peta, berjalan sendiri. Mulanya cuak jugak, tapi banyak blog2 yg ada cerita pasal 'free and easy' ni. Akak rasa cara ni mmg sesuai utk yg ada budak kecik, boleh amik own sweet time. Kalau ikut tour masa kena tepat...Tapi apa pun kena ikut negara jugak.. Mcm Beijing, Korea kalau nak pegi sendiri pertama kali agak susah jugak sbb bahasa. Kalau faham Mandrain tak apa...

yana2605 said... [Reply to Comments]

actually kak bole jer nak dia org arrange flight sekali tp kena fix kan date la..sbb harga flight nie turun naik malah airport tax pun turun naik gak..emmm actually lg ramai gie lagi murah sbnarnya and korea pakej mmg agak mahal sikit klu nak compared dgn china...but klu rasa2 nak info mana2 tmpt percutian bole jer tnya sy ya..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^