Follow Viruspadu

Wednesday, September 29, 2010

Mee Kolok Kini di Seremban

Ini Mee kolok yang made in Sarawak. Ini gambar lama masa saya coti-coti 1Malaysia seminggu di sarawak.

Mee Kolok made in Sarawak


Ehem ini pulak Mee Kolok made in Kedai Makan "Ayam Panggang Kenyalang D' Seremban"





Kat mana lokasi dia?

Ok kalau daripada seremban, jalan arah ke ampangan, pastu amik simpang pergi ke jelebu, akan nampak stesyen minyak petronas disebelah kiri. Depan sikit akan nampak la nasi panggang kenyalang ni.

maklumat lanjut klik blog ayam panggang kenyalang diorang

harga mee kolok RM4.00

Komen: Erm bayangkan saya dah makan sepinggan nasi ayam licin. tapi boleh makan lagi mee kolok ni. Rasa dia saya puas hati. Saya rasa sedap. Kombinasi antara ayam panggang dengan mee kolok dengan sup pedas-pedas lada hitam dia tu memang terangkatlah. Mee lembut-lembut serasi. Garam secukup rasa. Rasa secukup rasa jugak :p Seswaiii je lalu tekak saya. Kalau lapar tak hengat ni harus sekelip mata licin. Dan korang pasti tak rugi terai. Yelah nak pegi sana naik belon tak mampu ongkos tak cukup tapi teringin nak makan. boleh la terai pegi sana ye :p


p/s: Kalau ada siapa-siapa yang berminat nak saya buat food review untuk restoran korang boleh la emel kat saya di viruspadu@yahoo.com. Oh dan juga, oleh kerana sekarang saya ada jugak event-event yang kena attent dan baju saya adalah limited, kalau ada siapa-siapa yang nak grab peluang ni nak sponser baju dan secara tak langsung mempromosikan blogshop online korang (saya akan promo tiap kali saya pakai, dan saya memang pakai banyak kali punya hahaha), boleh bincang-bincang di alamat emel yang sama. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

17 komen[s]:

cik panadol said... [Reply to Comments]

wah nmpak sedap...leh try blk kg weekend ni nnt....jom!!

Ceera said... [Reply to Comments]

va va va, kemain lagi.. hehehe

Big Momma said... [Reply to Comments]

he he.... baguslah kalau dah ada kat situ. mee kolok ayam nampaknya. air teh c peng special tak de kah?

miss mumun said... [Reply to Comments]

Aku tergoda, aku tergoda terpesona..
Slurrpp sedapnyer..
huhu..
sabo2.. tengah pose 6 nie kene banyak sabo... dugaan..hihi

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sedapnya..kombinasi ngan ayam tu yg best tu..tp seremban lah vp..jauh sikit ...

mesti ramailah yg nk sponsor vp..gud luck vp..

Ezzah said... [Reply to Comments]

arggghhhhhh terliur dibuat nya kak jemah nih! :)

nursarah said... [Reply to Comments]

wah, berbaloi dah tu 4rggit je. nampak sedap

princess_eryna said... [Reply to Comments]

sedap kan jemah???...hehehee...

lily lotus said... [Reply to Comments]

macam2 mee ada..apalah agaknya asal usul nama mee ekk

KaLiS PeLuRu said... [Reply to Comments]

memang name eh mee kolok eyh kak..??
tak penah dgr pn..

br 1st time dgr ha..
=)

Vee said... [Reply to Comments]

teringat mee kolok yg sedaps kat Satok yg sy makan dulu..huhu

~~Ciklinn~~ said... [Reply to Comments]

jemahh ko telah buat akuu tingin hokeh.. seb baik dah kuar incik umar.. kalu idak meroyan aku mencarik mee ni

ikanbesh said... [Reply to Comments]

waahhh teringin tau nk makan

then seb baik kak jemah ckp..

balik sban ni nk makan la...

salam perkenalan..

Tijah said... [Reply to Comments]

ko tak patut tauuuu. ni dah kol 11 misti kodai dah tutup nih. huwaa...

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

mcm megi ke rupa mee dia tu?

nasaoji said... [Reply to Comments]

aiseh..balik lenggeng, kene terus ke somban nih...telan liuq!!

mymumblingdiary said... [Reply to Comments]

wah! menarik..harus kena terai balik Sban nti nih. tq VP for sharing the info..

~ izza~







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^