Follow Viruspadu

Wednesday, September 29, 2010

Open House Nisa

Bukan open house rumah saya lah! Rumah nisa, ye bukan rumah saya... Abis tu nisa tinggal mana? Bukan anak kau ke jemah hahaha.

Ini nisa lain :)

Ini nisa seorang student praktikel kat opis saya ni. Orangnya baik. Pemalu (tambah sendiri), Bercakap sopan santun (pun sendiri tambah jugak) dan Berbudi pekerti (wahhh over betul puji ni hahaha). Mentang-mentang nama dia sama dengan anak jadi terpaksa puji kaw kaw punya baru terasa macam puji anak sendiri wakakaka. Dush!

Dulu nisa ni cakap (bukan anak saya), dia takut nak tegur saya, dia kata muka saya garang mcm singa (singa tu tambah sendiri lagi hahaha),

Ada ke patut muka suci bersih sesuci embun pagi ni dia kata garang hahaha. tak logik betul la. Kalau adik beradik saya baca statement ni pitam tujuhblas kali dorang :p. Baiklah nisa akak tak garang pun, tapi akak tegas dan comel orangnya (bluekk)

Baiklah, kat mana kita tadi? Nak cerita pasal open house nisa je kan sebenarnya :p

Dipendekkan cerita, semalam saya pegi rumah nisa. dan kitorang makan mee goreng basah. Saya telah tambah 3 kali. Jadi korang boleh bayangkan betapa sedapnya mee goreng itu. Tapi korang jangan bayangkan betapa kakjemah gigih membuat sit up di malam hari nak mengekalkan kelangsingan badan muahahaha.

Kitorang membuat serbuan serentak


Ini je gambar yang ada. Harap maklum.

Laki saya penat tak terkira. Sebab tu dia tak amik gambar beria-ria. Dikala saya update ni dia dah membuta kepenatan ni. Habis satu beban keje dia hari ni. Waktu untuk dia rehat.

Kakjemah bila nak buat open house?
Nampak gaya macam takde, tapi rumah sentiasa terbuka kalau saya ada kat rumahlah kalau takde memang saya terpaksa kunci haha, jadi roger-roger lah sebelum nak datang ye.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

KaLiS PeLuRu said... [Reply to Comments]

sume da btol da kak..
tang 'pemalu' tu susah sket nk caye..
hahaha

nisa sudah! said... [Reply to Comments]

eheks kak,mekaseh dtg...
xsempat nk nyakat ank akk
bz naa..hehehe

sy pemalu k...dan sungguh sopan sntun..wakaka...tp kadang2..

mmg akk muke garang lar...
takut nk tegur..tp da taw skunk..
ari2 tegur pon xpe..haha

cik hani said... [Reply to Comments]

hehe.pemalu eh nisa.. :p

tapi memang best la kak, makanan malam tadi.sodap naaaa...mee goreng basah tu sedap tu.

Puan Nad said... [Reply to Comments]

akak, nak tanye, pic 1 di atas tuh, akak nmpak yang uncle speaky, pakai kemeja petak², n rambut yg sedikit beruban tuh, yang dok btol² dpn tv, pegang pinggan, sapa nama dia? Othman bin Nik Soh kan? btol x?

L@n@ said... [Reply to Comments]

sporting la hb u .. suke layan anak2 ..

viruspadu said... [Reply to Comments]

nad, nanti akak tanya, tu suami opismate akak :p

princess_eryna said... [Reply to Comments]

tunggu raye 2 thn lg laa br dpt g umah mak mah.. coz next year kene beraye naik belon...

Puan Nad said... [Reply to Comments]

muke dia sejibik ngan pak ngah nad. hihi, maybe pelanduk 2 serupa kot. Tanya, jgn xtanye kak. haha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^