Follow Viruspadu

Friday, September 03, 2010

Plan "kelaut"

Plan hari ni semua kelaut

keSIOTan betul.

ok mula-mula macam plan dengan en.laloque mau pegi bank. nak gi tukar duit lah untuk duit raya. anak buah saya tahun ni saja telah berganda-ganda dengan banyak sekali haha. tahun depan harus lagi berganda. bagus itu rezeki nama dia.

tapi disebabkan meeting habis agak sedikit lewat. erm 15 minit lewat sahaja. tapi efek dia sangat besar kepada orangyangplannakpegibank haha. mungkin la. sebab en.laloque cakap. kaunter bank dah tutup untuk tukar duit. walaupun saya macam antara percaya dengan tidak. takpelah tak baik derhaka cakap suami haha. nanti kang kalau tak sempat tukar duit. fadan mukaaaa.

takpe. plan B. kalau tak jadi pegi bank. apa kata kita pegi beli tudung yihaaaaaaa. ya saya nak beli tudung kuning la. nak kasi mecing dengan baju raya. harus la dari atas ke bawah baru kan uhuk uhuk uhuk

"ma tgk la jam ni ma, mana sempat. skrg masuk waktu awal la"
"eh ye keee. alaaaaaaaaaaaaa takpelah. hantar jasko je lah"

shedihhhhhh. sebab kat jasko tudung memang out sikit. kiranya takde la menepati citarasa saya. bukanlah tak cantik ke apa (kaverline). takpelah. cuci2 mata je lah. boleh jugak cari namecard holder yang cute-cute, kalau namecard holder takde. cari beg kecil-kecik yang muat card pun aci jugak.

tetiba telah berjaya mengetest baju :). tetiba sangat ooo. unsengajable!

nicole. ada less 70%. daripada RM8+ turun RM2+ la. suka tangan dia kembang. yang saya test ni saiz M la. memang muat-muat ngam-ngam la. tapi kalau dapat saiz L mungkin lebih selesa nak makan banyak HAHAHA.

sayang. saiz L takde. jadi lega lah hati en.laloque mendengar kabaran ini hahaha.

habis semua kedai saya pusing cari benda yang bekenen. sekali ada TERbekenan dengan satu handbag yang harga dia boleh tahan la berpatutan dia. menepati citarasa warna sebab saya memang nak warna hitam. berapa kali pusing situ tgk. ish santekkkkknyaaaaaaa. terus mengayakan depan cermin dengan tak boleh blahnya. tapi kang bajet lari. duit cukup je nak sambar ni. tapi nanti bajet lari ohhh bajet lari ohhhhhhhh bajet lari ohohohohoh

takpe kuat iman. letak balik.

"papa, ada satu beg tu mama bekenan sangat pa, harga dia RM***"
"jenama apa tu?"
"****"
"ok nanti papa belikan untuk hadiah besday"
"yeyyyyyyyyyyy best nya, baiknya papa"
"iyolah, sapo xsayang bini"

HAHAHA ayat last tak boleh blah! HAHAHA

kalau macam ni, hari-hari plan kelaut pun takpe. shukeeeeeeeeeee -___________-

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

comelnya vp nie...kalu mcm tu berdolaah setiap kali plan..kelaut...he he he

MieZa said... [Reply to Comments]

plan kelaut...syiok! hehe

iCaLoVeZiE said... [Reply to Comments]

suka nengok kakak pimpin adik dia. macam rupa budak 15 tahun dah lagaknya, biasanya kakak memang matured cepat la.. comel :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^