Follow Viruspadu

Saturday, September 18, 2010

Putus Hatiku Kerna Kamu

Sejak pakai tudung, koleksi rantai-rantai saya macam dah boleh simpan dalam arkib. Kalau pakai pun tak memberi apa-apa makna pun. Tak dapat menikmati keindahan rantai pun. Bikin rimas lagi adalah. Yelah sebab rantai adalah jenis pendek-pendek, memang takde stok panjang2 punya haha. Saya suka pakai rantai. Sekian terima kasih hahaha.

Hari tu, erm lama dah. Kebetulan saya terjumpa satu rantai yang panjang dan hitam dan design dia unik habis. Macam besi bolat-bolat haha. Saya memang suka benda design pelik-pelik. Macam cincin batu gedabak besar, kasut corak dam (qila mesti ingat punya haha), benda yang orang lain tengok sambil berkerut dahi tetiba saya puji "cantiknyaaa" lepas tu semorang diam takut nak kutuk hahaha

Tuuu la satu rantai saya okeh. Tuuuuuuuuuu la satu yang saya boleh pakai melaram tsk tsk tsk

Tengoklah rantai ini memang besi, tapi kalau jual timbang kati memang tak laku :p. Nampak cantik secara luaran, padahal dia dah kojol :p dah PUTUS! (dalam erti kata PATAH)

Ce korang bayangkan rantai besi ni boleh putus!

Saya: habisssssssss rantai mama putus, siapa buat ni?
Nisa: Anoi mama, anoi yang putuskan mama
Saya: Anoi, kenapa putuskan rantai mama nii?
Anoi: takteeeeee takteeeeeeeeeee (takde maksud dia, sambil geleng kepala)

HAHAHA kelakar tengok reaksi anoi sebab macam paham kena marah. Terus tak jadi nak marah.

Disebabkan satu tu je rantai saya jadi rantai tu dah jadi rantai kesayangan saya dan kini ia telah tiada. Memang tak nampak ada can boleh sambung-sambung balik, sebab itu besi ok! tsk tsk tsk

Wahai anak-anak ku, kenapa kamu begitu? Besi pun kamu boleh putuskan kah? Kamu berdua ni memang hebat betul! Papa sila ganti balik hahaha. (tetiba)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

byknya n3 vp sy etrtinggal..jenuh nk komen satu2...he he he

uish..ganasnya anoi smpai boleh putuskan rntai tu...xpe beli baru yer..

pwincess Lov3y dOv3y said... [Reply to Comments]

rantai yang unik untuk dipakai..dan pelik la kak cmne la anak akk leh putus kan??kuat tu anak akk,,hak3,...

aSmiDar said... [Reply to Comments]

haha..kelakar anoi..
betulake die yang putuskan..hehe

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

versi comel betol anoi neh....

mekchu said... [Reply to Comments]

ehh.. itu kan ke rantai sempena pemergian datin kat midV dulu tu??

Rina (◕‿◕)✿ said... [Reply to Comments]

anoi yg tomeyy

makdara TERDIVA said... [Reply to Comments]

sebab cantik tu yg anoi putuskan..haha!

x pe, nnti bole cari yg laaaaaagi cantik.. :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^