Follow Viruspadu

Monday, September 13, 2010

Raya kedua yang mencabar

Hambek kau! tengah2 pagi update belog, ni semua penangan kopi starbak tadi la ni. terus mata ku jadi segar bugar ko! Hadap la lappy ni sampai lebam kekdahnya

Raya Ke-2, Memang dijangka sangat mencabar dari awal :)

"mak balik kampung bila? malam ni ke esok?"
"lepas subuh esok"
"ooo kalau macam tu andak gerak dari semban lah"

erm lepas subuh yeeeee... erm lepas subuh yeeee HAHAHA rasanya macam tak mungkin sangat la kot kitorang nak gerak seawal tu. tapi takpelah eden torai la yo!

so saya dah siap2 pesan la kat en.laloque, kalau nak gerak awal kul 6 tu, kejutkan saya awal sikit, dalam kul 5 macam tu sebab saya nak berkemas apa bagai dulu la kan. Malas lah nak berkemas malam-malam. tak feel wooo. eceh dasar pemalas kan :)

"ma bangun ma"
"ermmmmmmmm"

tetap tidooo

"ma bangun ma, dah kul 6 dah ni"

HAHAHA. nampaknya takde makna semua itu ok kesudahnya saya kul 8.30 pagi jugak baru saya siap2kan beg apa bagai. sukar betul okeh :) so dalam kul 9.30 pagi baru la bertolak dari seremban

Baru bertolak dari rumah, jadi muka masih lagi manis-manis


pagi lagi kan, anak-anak masih belum buat hal lagi. so apa-apa hal kita kena singgah makan sarapan dulu lah. perut lapar okeh

layan bihun sup kat rnr seremban. dia punya bihun sup dengan bihun soto dia memang terbaik lah. kalau singgah memang tu je kitorang tuju, takde benda lain dah :)

sekejapan lepas tu dalam kereta, anak2 saya tido. legaaaaaaaaaa.

perjalanan ke kampung mengambil masa lebih kurang 4-5 jam jugak kan. pada saya tak la lama. tapi pada anak saya tak tak reti duduk diam tu macam 4-5 tahun kot HAHA. diorang boleh tido paling lama pun sampai sejam setengah je kot dalam kereta tu. lepas tu masing2 celik mata. segar bugar. lepas mula la masing2 buat hal. nangis mengeliat tu tak kena ni tak kena. tsk tsk tsk. terasa jauh la sangat perjalanan. dengan jalan sesaknya lagi. OH DUGAAN!

lagi dugaan bila en.laloque nak benti kejap2 nak snap gambar. berbulu je hati bini dia masa tu HAHAHA. yelah saya dah tak tahan anak meragam dia nak snap2 gambo lak dulu kan HAHAHA. adoilaaaaaaaaa stress acik tahu!

tetiba akak call
"andak dah sampai mana"
"gopeng"
"ooo dah dekat dah la"
"akak ada makanan tak kat rumah, kalau takde, andak singgah gi makan dulu"

memula akak cakap takde, ok fine, saya plan bawak anak2 makan dulu lah, pastu akak call balik, bgtau ada makanan, tp semua makanan pedas2 la pulak

"kak, tolong lah masakkan sop2, sop sayur ke, sop kentang ke, anak2 andak lapar lah"

haaaaaaaa mana nak cari akak mcm akak saya ni, terus dia masakkan sayur untuk anak buah dia ni

sampai2 kampung, terus saya capai pinggan suap anak2 saya makan dulu. dorang tu genetik saya kuat sangat. asal lapar je nak mengamuk HAHA. 3 kali tambah kooooooooo. giler punya lapar tu!


lepas anak2 dah kenyang. omak eh pulak lah nak makan :)


kitorang semua datang berperingkat2.

mula2 mak abah sampai dulu. lepas tu team akak, lepas tu team ceera, lepas tu baru saya sampai, lepas tu ode, last sekali kakcik. family kaklang je tak balik kampung, sebab dia memang tiap2 tahun balik melaka :)

so bila semua dah lengkap. semua dah siap2. kitorang mulakan perjalanan raya kitorang lah. mula2 pegi rumah pak tunggal dulu. ini rumah2 wajib kitorang pegi raya tiap2 tahun

semorang tukar baju raya, saya je pakai baju omputih. giler malas nak tukar baju kurung HAHA



memang terbaik sebab saya memang teringin benor nak makan laksa ok. akhirnya dapat! sedap pulak tu woiiiiiii. seb baik la sikit. kalau tak patblas kali saya tambah


rumah ni jugak pertama kali saya dapat duit raya HAHAHA. kelas kan. ada wajah kanak2 ke sebab dapat duit raya ni HAHAHA. suka gilerrrrrrrrrrr. dah lama tak dapat duit raya tau!


Family foto :)


Rumah kedua wajib beraya. Rumah maklong ku yang manis sekali. Tapi memang saje tak letak gambar maklong. Sila terjah fesbuk untuk gambar yang super banyak mcm biasa hiks


sebelum ke destinasi seterusnya, kitorang telah berjaya menghabiskan jambu batu rumah maklong hehehe.

ko tengok si ceera, kemain suka lagi dia dapat jambu. yelah lama tu tak makan


saya punya pulak. jakun gilak!


rumah ke tiga. Rumah Mak dengan Ayah (adik abah saya, tp dari kecik panggil mcm tu)


makyong dan saya

best rumah Ayah pun buat laksa jugak. Saya kan hantu laksa. Kalau tiap2 rumah buat laksa pun saya tetap makan ok. sukeeeeeeeeee

disebabkan makan terlebih2. Jadi daripada rumah ayah. kitorang decide balik rumah opah jalan kaki je la. jarak dia ada antara 1km-2km kot.


terbayang masa kecik2 dulu. kalau balik kampung. kitorang selalu jalan kaki nak pegi rumah opah (mak punya mak) dengan rumah nenek(abah punya mak). kitorang kan adik beradik ramai, so ramai2 la jalan.

suasana kampung ni tak banyak yang berubah. masih sama dengan 20 tahun dulu :)

bersambung...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

Ceera said... [Reply to Comments]

atam sampai dulu ohhhhhhh
lepas abah atam sampai dulu, hahahaha
nak bagitau jugak..

hamzah ian said... [Reply to Comments]

meriah..

oneyani said... [Reply to Comments]

meriahnye raya kat kampung eh..
yani pon suke makan laksa..so same2 lakite ni hantu laksa







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^