Follow Viruspadu

Wednesday, September 15, 2010

Raya yang takde Plan

Cerita raya agak tunggang terbalik sikit. Raya ke tiga tak habis cerita lagi tetiba raya ke 4 kan. Pedulikkkkk!!!

Raya ke 4 memang saya adalah tidak ada plan lanshungggg. Kebosanan tahap cipan. (cipan bizi ke ha?) Takde lak orang kata nak datang raya ke apa. Lagi la blur kan. Lalu secara megik telah mengajak en.laloque pegi jasko atas alasan nak beli balang kuih raya. hahaha. Ntah hape2 je kan. Lepas raya baru kecoh nak cari balang. Ajegiler punya keje. Laki pulak jenis melayan je haha.

Saya nak cari balang raya jenis bunga-bunga la. Baru la mecing dengan langsir rumah. See! ngengada giler. Perlukah balang raya kena mecing dengan langsir kan. Seb baik tak mintak balang raya mecing dengan karpit jiran sebelah haha.

Bukan apa korang, almaklumlah pagi tu kan semangat menyental rumah. Lepas tu tukar susunan kerusi meja semua. Tu pasal la aura mecing memecing menebal dalam jiwa tu. Kalau tak! takde maknanyaaaaaaaaaa.

Nisa tengok saya bersiap pakai-pakai tudung dia pun rikues nak pakai tudung jugak.


Comel je saya tengok. Tapi disebabkan dia tak biasa. Tak sampai 5 minit dia dah tanggal dah :)


Papehal sapedek dulu! Lapar tuuu mengemas dari pagi kan. Tangan dah bermasel2 angkat tolak kerusi meja bagai. Berkeringat kata ko!

Ok korang tengok nisa yang over bergambar sekarang :p



HAHAHA over sangat kan. Kelakar!

Pencarian balang kuih raya gagal dengan jayanya. Semua design out!

Muka dah tensen jeeeee. Yelah saya dah la tengah semangat nak mecingkan balang dengan langsir katanyakan HAHA. Dah tu tak jumpak lak. Muka ketat je kuar jasko.

"pa jom kita gi nilai 3 jom"
"kita balik rumah la dulu, petang2 sikit kang kita gi"
"alaaaaaaaaaaaaaaaa"

Bertambah sentap!

Sudahnya en.laloque drive terus menuju ke nilai 3 :) YEAYYYYY

wuiiii, KK Home ada less wooo untuk membercard. Dapat less 30% lagik! Kelassss gitu!

Kakjemah, mana balang raya? Nak tengok!!!
HAHA nak tengok datang rumah yeee :)

TATA!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^