Follow Viruspadu

Monday, September 06, 2010

Round-round sekolah Rendah

Kerana kesentapan kakjemah kerana tak dapat pegi matta fair hari sabtu. Maka terpaksa la en.laloque mencari idea untuk bini dia yang asik sentap tak sudap-sudah ni

"ma nak buka apa hari ni, papa nak turun bawah"
"nak ikuttttttttttttt"

kat area rumah saya ni pun ada buat jualan macam param jugak la. layan jugak la kalau setakat nak beli lauk pauk berbuka, kuih muih apa semua. takyah nak gi jauh2. tp limited sikit lah pilihan dia. ceera pesan kuih lintah pun takde lah (selamat duit aku haha)


dah alang-alang meronda 4 beranak tu. saya suh la en.laloque round2 sekolah rendah lama saya ni ha. saje nak tunjuk kat nisa sekolah rendah mama dia ni.

terus terbayang-bayang masa sekolah rendah dulu. korang yang satu sekolah ngan saya mesti ingat kan.

kitorang dulu pagi2. sebelum perhimpunan pagi ada 3 kali bunyi loceng tau.

loceng pertama: kena kutip sampah, pastu buang laju2.
loceng kedua: jadi patung hahaha. maksudnya takleh bergeraklah. part ni paling kelakar sebab semua pakat buat aksi HAHAHA
loceng ketiga: baru la berlari berkejaran masuk barisan perhimpunan

sweet kan memori tu. terbayang2 sampai sekarang.

pastu terbayang bawak bekal nasi pegi sekolah pastu makan ramai2 bawah pokok. kenangannnnnnnnnnnnn

"cica, kat sini lah mama kena kejar dengan anjing masa mama jalan kaki nak pegi sekolah" hehe

saya takde macam korang yang bertukar-tukar sekolah. saya ada dua sekolah je. sekolah rendah ni la dari darjah 1 sampai 6. pastu sekolah menengah pun tu lah dari form 1 sampai form 5. so memang banyak sangat kenangan la.


teringin sangat nak masuk dalam kawasan sekolah. sambil tengok kelas-kelas yang saya penah guna dulu

eh kawan-kawan sekolah. takde ke nak wat reunion kat sekolah rendah ek. mesti best giler kannnnnnnn.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

shaliza said... [Reply to Comments]

kenangan....

Salam Adilfitri...

ArELeEz said... [Reply to Comments]

oo.. meremp-it, ek?! ;)

Nurul chumel said... [Reply to Comments]

ini sekolah saye!
sebab sepet itu adalah kawan satu kelas saye!

BigMouth said... [Reply to Comments]

ni sekolah ajoi/ajai/ayin/k.long/angah zuhairah/nenel gak!! Fuhh!! Dah byk keturunan dah sekolah ni!!

Amy Z! said... [Reply to Comments]

hahaha. ingat lagi part jadik patung tu ropenya.. hahaha. sgt keji je rasa masa tu. hahaha.

eh, dulu masa sekolah rendah, ko pengawas kan? hihihi.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^