Follow Viruspadu

Wednesday, September 01, 2010

Sambutan Kemerdekaan ke 53 Peringkat Negeri Sembilan

Semoga kenikmatan Kemerdekaan ini dapat terus kita nikmati selamanya... ingat la kita telah dijajah selama 446 tahun berbanding nikmat kemerdekaan kita sekarang ini baru 53 tahun! ~laloquee


Semalam saya tak lepaskan peluang untuk hadir sama memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan ke 53 peringkat negeri sembilan. walaupun pada mulanya saya tak berniat nak hadir atas alasan "anak-anak saya macam mana". ah takpelah gambel je bawak anak-anak. kalau agak-agak mcm nak kena halau kita balik sajalah hehehe. tapi mana mungkin kena halau kan. itu imaginasi sahaja lah


ketibaan tetamu bermula jam 9.30 pagi. ketibaan vvip dalam jam 10 pagi.

saya sampai2 di dewan MPS dalam jam 9.45 pagi. dewan penuh! baguskan! semua semangat merdeka nih! tu kat dalam dewan ok. kat luar pun penuh juga. :)


disebabkan kat dalam dewan penuh. saya lepak luar sajalah. dapat jugak layan tengok-tengok VVIP yang hadir. tapi kat luar tu panas la sikit. tak sampai setengah jam anoi dah meragam dah.


kalau bawak nisa sekali tak tahu lah macam mana. lagi fening kot. nisa lg teruk meragam dia dari anoi. nisa macam biasalah kat rantau. asal balik rantau je mesti dia taknak ikut balik. ish budak ni.

tu dia VVIP kita. sedang menanti ketibaan DYMM Yam Tuan Besar.


ini bakal VVIP satu hari nanti. chewah!

dalam dewan yang penuh!




disebabkan tempat duduk pun takde. anoi pulak meragam berak...

bakal punya ini kereta. fuh fuh fuh

...kami pun pulang dan terus menuju ke jasko.

oh ye. itu tudung ariani baru saya. ehem ehem. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

edrina said... [Reply to Comments]

comel kasut anoi! :-)... tudung vp pun cun jugak :-)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

comelnya anoi..
bagusnya vp bwk anak smbut merdeka..mcm nilah patutnya..dr kecik dah tanamkan semangat kemerdekaan..

ArELeEz said... [Reply to Comments]

tudung tu cantik. sesuwai ngan ur face & baju kurung. bkn bodek tp, betul2 ckp punye tau! ;)

~~Ciklinn~~ said... [Reply to Comments]

wahh rajinyyerr chaiyok2...
aduyaii mcm2 ragam anak2 nikan...tu yg kdg buat kita malas nak kuarkan..

hihihih sempat gak tu ke jusko....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^