Follow Viruspadu

Wednesday, September 01, 2010

Sanggup Naik Motor

Ahad, adalah hari bermalas-malas

tapi bila hal-hal berkaitan shopping secara otometik dia akan jadi hari terrajin-rajin. rajin secara unsengajable dan tak disangka-sangka lah. cuba kalau suruh masuk dapur dan buat kuih melaka tengokkkkkkkk!!! rajin tak rajin! hahaha

pagi tu kitorang pegi shopping. ala shopping cincin nisa tu la, dengan shopping pakaian sikit (sikit ke?). niat di hati nak cari tudung. banyak hari dah cubaan mencari tudung yang asik gagal sebab tak kena dengan bentuk muka bulat pipi makin tembam saya ni. tsk tsk tsk.

pegi dengan anak-anak bukan tak syiok shopping. seronok dengan gelagat diorang. tp nak mengetest tu tak dpt langsung laaaa. jadinya tengahari kitorang dah balik rumah mak dah. terus saya call uteh

"teh, jom teman andak pegi ariani"
"ariani tu apa"
"kedai tudung lah"
"kat mana"
"kat jalan tar"
"susah nak parking tu andak"
"kita gi la naik motor"
"andak tahu ke kat mana?"
"ntah la, tp kat luar2 tu, tak yah masuk dalam-dalam la"

hahahaha giler. padahal saya sendiri tak tahu kat ceruk mana. sebab ternampak malam sabtu tu. kat bahagian luar-luar. so gambel je la pegi

uteh (erieq) pun bawak la saya pegi jalan tar. lepas tu parking

"mana andak"
"ntah, andak rasa dia kat luar2 je teh"
"ni kat luar lah ni"

HAHAHA budus tul la.

kitorang terus call ida, tanya kat mana ceruk ariani tu. jalan punya jalan. jumpa

"tu teh, betul la andak cakap, ariani ni kat luar2, ko tak caya"
"yelah luar bahagian mana, ni bahagian lain ni hahahaha"
"tak kira ooo andak betul jugak"

ini la alkisahnya, orang blindrode cuba ajak orang jalan-jalan. very the bahaya noks. seb baik adik sendiri dah tahu perangai akak dia mcm mana. kalau orang lain la, dah lama saya kena siku dah ni hahaha

kat ariani, banyak tudung yang buy 1 free 1. yang murah gilos gilos gilos banyak yang dah takde saiz dah. kiranya saiz S dengan M banyak yilek lah. tinggal L XL gitu. mana muat wajah ku ini walaupun temvamvamvam ni.

berjaya rembat 2 helai sahaja. jadilahhhhhhhhhh. itu pun sebab beli 1 percuma 1. hiks

promosi ni sampai bila, saya tidak ketahuan. yang penting sepet menjelesi tudungku itu. awwwwww

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

nak tgkkkkkkk tudungnyerrrr...hehehehe bukak3 cepatt beg tu? hehehe

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

nak tgkkkkkkkkkkkkkkkk tudung tuuu

che ann said... [Reply to Comments]

vp...kat bangi pun ada ariani..akak br g semlm..mmg tgh offer beli dpt 1..area hosp pakar an-nur..dekat2 masjid hasanah (masjid hijau)..takyah susah2 nak g jln tar..param pun dekat..he he pakej tu..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

naik motor senang vp..boleh selit2..maklumlah jln jem skrg nie...

nasaoji said... [Reply to Comments]

suker pakai tudung ariani, dah komfem2 padan ngan muka,..;) dezahra juga.. ;)

Angah said... [Reply to Comments]

kempen tu sampai 16/9..beli juga berhelai2 untuk agih2 pada mak n adik2..

Sharinginfoz said... [Reply to Comments]

raya punya le ni ya...
Performance Bulan Ogos

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

kat shah alam pon ada ariani harussssss pegi lani kalo ada diskaun!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^