Follow Viruspadu

Saturday, September 04, 2010

Tak Jadi Tak Jadi Tak Jadi

Semalam mulanya en.laloque bagitahu dia ada janji dengan member nak berbuka puasa sama-sama. Member itu adalah bestfren forever dia. Oleh itu kita layankan ajer la. Sebab sekarang saya macam agak sukar untuk menerima jemputan berbuka puasa kat luar ni. Jemputan berbuka ramai-ramai ke bayar sendiri ke, berbuka kat hotel ke. Oh tidakkkkkkkk.

Anak-anak saya adalah sekarang difasa yang agak melasak dan tidak boleh duduk seminit pun ok. Duduk kejap ajer pun diaorang dah kefenasan vuntut dah. Lepas tu menghempas-hempas badan.

Berbuka kat rumah senang. Tonggang terbalik la korang. Kejap2 kang sorang atas meja. Sorang menangis hahaha. INDAH betul waktu berbuka HAHAHA *nanges

Tapi tulah. disebabkan rakan baik yang tersangat baik dengan en.laloque dan dah janji-janji. kita tawakal je lah :)

so petang semalam saya sms la en.laloque. mana taknya. kalau berbuka kat rumah saya dah siap2 beli lauk kat kantin dah

"pa jadi tak"
"tak kot"

lorrrrrrrrr (dalam hati seb baikkkkkk HAHAHA)

jadi plan berbuka puasa luar GAGAL

"abis tu canne, petang kang kita makan simple2 nak tak? ma nak makan nasi lemak"
"okeh"

simple la konon sebab tu niat murni

jimat la sangat konon kan hahaha

Sebelum pegi PARAM, saya mintak en.laloque singgah kedai tudung dulu. nak jugak beli tudung kuning kan. sampai2 sana telek belek telek belek. tudung kuning takde. tsk tsk tsk. jadi saya terbelilah tudung lain HAHAHA.

jadi beli tudung kuning GAGAL

lepas tu terus pegi PARAM, paham-paham je la bila dah sampai PARAM tu macam mana kan. nampak tu sedap. nampak ni sedap. almaklumlah orang tengah lapar

nisa ni terlalu menjaga adiknya


kesudahan dia. juadah berbuka tak jadi simple-simple. tapi jadi !@#$%^ hahahaha. ni bukan jimat ni. ni kayap nama dia HAHAHA




tu la saya rasa kalau saya terus beli kat kantin lagi selamat kot. paling habis tu RM16 je. tu maksimum tu. ni kalau pegi param. busuk2 RM50 melayang ooooo. paling tidak mesti nak beli air dua tiga jenis. adoila. pembaziran betul!

jadinya apa? plan nak simple dan jimat. GAGAL!


"papa, kakak nak pegi jasko lah"
"kita kan nak buka puasa, kita kena la balik rumah"
"sian anoi tu, dia suka pegi jasko"

HAHAHA poyo je nisa, pakai alasan adik dia pulak. padahal dia yang menggedik tau!

"yelah nanti lepas buka kang, kita pegi ok"

Sambil dia berjanji dengan bini dia nak belikan hanbag yang diidamkannya itu lalalala

jasko malam tadi memang dotdotdot. maksud saya parking dia la. ada ke patut parking bumbung dia tutup. dah padat giler berlapis2 parking. kitorang pusing-pusing cari parking pun setengah jam ok. hangen je. perjalanan dari rumah ke jasko pun tak selama itu hahaha.




"mana handbag yang mama bekenan tu?"
"ni la papa, cantik tak?"
"ermmmmmmmmm tak cantik pun"
"alaaa ye keee"

*DOWN*

"yang ni lawa tak"
"ini ke ma minat"
"ala tak ok jugak ek?"

*DOWNDOWN*

"yang ni pun best. mama tak pernah ada design macam ni"
"ok la, kalau ma minat" ~konfem dia tak suka jugak
"erm"
"takpelah kalau minat, amik je la yang ni"
"boleh la, nak yang ni jelah"
"ok, papa tanya yang baru"

sekali baru punya takde. display tu je la yang tinggal. display dorang tak kasik extra diskaun pun. dah la berjuta orang dah pegang dah duk bawak ketiak dorang. kedekut pahit lak tu. taknaklah. CANCEL

*DOWNDOWNDOWN*

hahaha memang down giler la. semua tak jadi ni. ohhh tidakkkkk

jadi. beli hanbag GAGAL.

malam.

"papa, esok kita sahur roti canai nak tak?, kat maulana tu"
"ok"

jam 4 pagi
"papa jadi tak nak pegi sahur roti canai ni"
"esokla ma, kita sahur kat steven"
"yelah yelah"

jadi, Plan nak sahur roti canai GAGAL

jadi itu la kisah semalam.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

15 komen[s]:

MieZa said... [Reply to Comments]

hehe lawak lah...sume down!

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

alololo..kak jemah jgn la cedih2 ea..

joijoi80 said... [Reply to Comments]

hehehe..itu ler org lelaki..banyak benor omelan bile kiter pilih itu ini. xder yg menarik.. tanya anak ..yg buruk pun habis cantik katanya

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

aisey naper sumer x jadik...anoi n nisa berpegang tangan kek depan...jemah n en laloq berkepit kat blakang cam gitu....

Ismahani said... [Reply to Comments]

lawak la anak2 kan.. setiap kali baca kisah pasal anak mesti kejadiannya tingkah lakunya sama dgn anak2 saya..hehehe..yg naik atas meja, yg guling2 lg...stakat ni mmg tak berani nak bwk diorg makan kat luar..

tapi bab yg belikan beg tu mmg sadiss..sebab kejadian tersebut jugak berlaku pada saya baru2 ni..huhuhu...tp tak kira..sebab dah agenda beli beg..maka kena beli jugak..hahaha

Nur -al- Ain said... [Reply to Comments]

fuhhh.. ni kes sudah jatuh ditimpa tangga.. mmg sodihhh

nasaoji said... [Reply to Comments]

oowwhh..banyaknya misi gagal!..

misi nak p pwtc kak?..

misi kita pun macam gagal gak nak crik baju raya ri ni..bangun jam 2!!! tido jam 4 td..huarhhgg... ;(

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

plan sume gagal! hihi kesian kak jemah.. tak pelah sabar2 yer

Erni said... [Reply to Comments]

mmg lawak! tapi takpe..nnt dpt jugak kan?

aSmiDar said... [Reply to Comments]

teringat plak anak2 sedara akak jemah duk nanyi down..down..down kat blog ceera tu..huhuh

Daz Dianza said... [Reply to Comments]

nisa ngan anoi comel je jalan pegang2 tangan.kakak mithali.

soclose2213 said... [Reply to Comments]

hehehehe lawak2..

ada awardsss utk vp

CikPuanMiera said... [Reply to Comments]

hahaha sungguh kesian..
segala2 gagal..
sabar eh kak jemah =p

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

hahahhaha..lawak tol la.. down bape kali dah tuh...

hope lpas ni up up up je balik kayyy..hikhikhik

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

sob...sob..ni nk cite byknyerr plan gagal ekk kak vp..xpe..arini tuntut yerr..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^