Follow Viruspadu

Monday, September 20, 2010

Takut-takut Bunga Api

Tahun ni saya pecah rekod koooo.

Pecah rekod beraya kot! HAHA Sebab tahun-tahun lepas manada saya beraya sangat (eh ye ke? haha) . Jarang ataupun susah sangat la saya nak pegi beraya rumah sedara mara yang saya tak biasa. Kalau saya pegi pun mungkin rumah member yang saya dah kenal betul. Open house officemate pun jaranggggg saya muncul hehe.

Jadi tahun ni memang pecah rekodlah. Asal mertua saya ajak join dia pegi beraya je, kitorang dengan rela hati join. Best rupanya haha. Walaupun best saya tetap senyap sunyi di sudut-sudut hahaha. Takpe, ini permulaan. Mula-mula memang saya kat sudut-sudut je. Tengoklah nanti dua tiga tahun lagi. Tengok-tengok saya kat dapur nolong hiris bawang. Ha sape tahu! chehhhh

Kali ni saya memfollow mertua saya beraya di rumah anak maklong yang sulung iaitu kaklong en.laloque atau lagi senang sebut, sepupu en.laloque la. Habis-habis kerja terus pegi sebab dia buat makan-makan tu petang :)


cantik sangat rumah kaklong ni, suami dia very the kreatif. Siap tambah rumah sendiri, Deco rumah sendiri, siap pondok kat luar rumah pun dia buat sendiri ooo. Takde upah2 orang punya. Kagums mekkkk menengoknya. Kitorang nak pasang buai sendiri pun mengelupur okeh.

Anak kaklong ramai. Ada 8 orang. Meriah! Seronok pun ye saya tengok. Terkenang zaman kecik dulu. Gini la jugak.

Nisa yang takut main bunga api, Tapi nak main. Terpaksa la pura-pura macam berani padahal takut. Lepas tu paksa atok pegang tangan dia haha. Seb baik lah atok ko melayan nisa oi! Kalau suh mama, takde laaaa. Mama kejam ooo


Muka kejung nisa main bunga api. Langsung tak bergerak dia main. Orang kalau main bunga api siap pusing2kan bunga api tu baru la cantik. Nak lagi cantik siap nyanyi dam dam dum. baru la "pakej". Ini main bunga api tegak macam tu. Apa barang nisaaaaaaa


hahaha kelakar mama tengok ko main bunga api nisa oi


oh ye Nisa sekarang tak panggil papa dia "papa" lagi dah. Dia suka2 tukar nama papa dia jadi "ABAH".

ABAH pun ABAH la nisaaaaaaaaaa.

Jangan lepas ni ko dengar si keisha panggil papa dia "daddy" dan dan tu terus tukar panggil papa jadi "daddy" dahhhhhhhh hahaha

Budak-budak cepat sangat terpengaruh kan!


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

emaduel said... [Reply to Comments]

ye budak2 sangat senang terpengaruh.one of my cousin(4years old)dari kecik sampai skang panggilan untuk mak die berubah2.skang panggil mak die makbu=mak+ibu(akibat dari dengar org lain panggil mak and ibu).agak da berserabut terus combine.panggil makbu.senang cte.hehe

~~Ciklinn~~ said... [Reply to Comments]

hihihihihi kiut jer ha main bunga api... berdiri tegakkk semuaa... hehehe

aSmiDar said... [Reply to Comments]

HEHE..boleh tukar lagu dam dam dum dgn negaraku..rahmat bahgia..ngeee

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said... [Reply to Comments]

waa...syoknyer raya..
berani la depa main bunga api, anak saya .. bunyi pun dh lari sebatu. apatah lg nak main, bunga api pun takut.. huhuhu. tgk lighter pn dh takut. huhuhu, selamat la $$ abah die bab tu.. :P

viruspadu said... [Reply to Comments]

emaduel
makbu, oh kreatip tu hikhik. seb baik sepupu semua panggil mama, sebab tu dia tak ubah. hiks

~~Ciklinn~~
mcm nyanyi lagu patriotik pulak gitu

aSmiDar
haha tu la pasal, kelakar

♥Leily|Ummi Alya Husna♥
sblm ni nisa pun mcm tu. tu dia cuba beranikan diri la tu. pasal tu keras semacam je haha

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

nape dia takut vp?dia ada sejarah kene bunga api ker?

ok lagi abah vp, buatnya dia paggil en laloque, lagi haru...:)

princess_eryna said... [Reply to Comments]

same ngan zahraa.... ajar sebut papa... tp ayah gak yg disebut....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^