Follow Viruspadu

Saturday, September 11, 2010

Tema Hijau Kuning

Salam semua.

Walaupun hari ni macam takde orang pun nak online. Tapi takpe. Sebab viruspadu.com memang beroperasi macam biasa je. Update tetap update kan. Jadi buat yang bekerja di hari raya boleh la layan baca-baca dikala bosan. Ada jugak benda yang nak dibaca kan. :) Daku memahami ok.

Baiklah kita terus ajer Hari Raya Pertama di Cheras :)

Raya kali ni best sebab anak-anak saya dua-dua boleh berjalan dah. Yelah tahun lepas anoi masih berdukung2 lagi kan. So tahun ni mudah sikit la. Anoi dah boleh jalan. Nisa dah boleh bawak diri sikit. Tahun depan mungkin lebihhhhhhh senang sikit kot kan. dua2 lagi dah besar. Yahoooooooo. Kalau tahun depan anoi dah tak pakai pampes lagi bestttttttt. lagi la terbaik wokkk.

Cerita pasal pagi saya terkocoh kacah nisa buat perangai lepas tu kena kemas ruang tamu bersepah lepas tu panaskan lauk apa kebagai semua malas la pulak nak cerita detail. tunggu kot2 si sepet nak cerita. sebab bila nak start cerita je dah terbayang2 dah kepenatan dia. HAHAHA

dipendekkan cerita lagi. ni semua gambar-gambar kitorang pagi raya. gambar ada dalam 397 keping ok. ajegiler nak kopipes semua. semua gambar bajet comel je pun. biasalah raya. semua nak vogue2 je kan. :)

saya kopipes 15 gambar daripada 397 tu la ye. tu pun saya pilih yang ada wajah tuan punya belog je. gambar2 yang super banyak sila klik facebook. saya upload sana je nanti. tp bukan hari ni lah. maybe esoklusatulattonggeng. banyak tu nak pilih2 dulu. nak resize dulu. watermark tak kuasa la nak letak. banyak nau.

antara gambar-gambar awal nak test-test kamera pakai remote :)


ayahanda dan bonda :)


menanti family ode yang belum kunjung tiba



raya kali ni, ceera tak balik, turn kampung ciput lah
kakcik pun tak balik sebab turn mertua

oh sedihnya. terasa tau kurang. kurang sangat. sedih je bila family tak cukup.

makan dulu sementara menunggu semua ada :)


4 orang je perempuan, 2 orang perempuan turn kampung suami, 1 lagi perempuan belum tiba lagi :)


itu abang sulung saya. dia tu super manja dengan saya tu. nak beli baju pun ajak saya teman tau. kalau saya nak pegi mana-mana dia mesti sibuk nak follow. HAHA. hei patutnya andak la manja dengan abang. ini terbalik sudah.

saya tengah makan pun dia nak bermanja-manja HAHAHA. dush dush dush

seb baik tak mintak makan suap. kalau tak jam2 tu saya karatekan dia :)


gedikness :)


dorang tu sebenarnya jeles saya tengah makan. konon nak kumpul buktilah. orang bizi bergambar saya sorang je buruk lantak hahaha

anoi, jemah, ayin :) (ayin baru rebonding woooo)


me n mak


dengan abah


muka saya banyak muka mak ke abah?

sesi bersalam-salaman dan mengutip duit raya


family foto yang tak cukup korum :p

mata bersepah nak pandang kamera mana pun tak tahu :)

lepas sembahyang jumaat kitorang pun balik ke rantau lah, nak beraya kat rantau pulak

"sedihkan atam dengan kakcik takde tahun ni"
"kat rantau lagi sedih, tahun ni semua raya belah sana, kat rumah tu, makabah berdua je"

nak menitik air mata saya dengar. alahai sedihnyaaaaaaaaa. rasa macam nak suh en.laloque drive kereta laju2 nak sampai rantau cepat-cepat. rasa sayuuuuuuuuuuu sangat pulak. terbayang kalau saya kat situasi tu. syahduu.

Mak Abah tunggu Menantu (hantu) Mu :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

saya nk apdet takut takde org bace kak..hikkhik..lagipun line internet slow sangat... nanti2 lah..hehe..

anyway..canteklak saya tgk tema hijau kuning ni..

hamzah ian said... [Reply to Comments]

lol kek jemah.. chill.. cantik baju.. huahahaha

oneyani said... [Reply to Comments]

yani bace je blog akak..dan jugak blog sepet..tu la xcukup 2 beradik dah terase..ni kan lagi xde sorang pon..lagi la sayu..seb baik akak balik gak t.hari tu..huhu

-Misztake- said... [Reply to Comments]

kak jemah..
saya baca post ni wpun raya..
**Saja gedik nak memberitahu**

Apepon, selamat hari raya..

peej said... [Reply to Comments]

selamat hari raya kak.
maaf kalau ada salah silap.

wah sangat meriah raya.
bestnya

rohairy said... [Reply to Comments]

hijau kuning???.... mcm bendera kedah lerr plak...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^