Follow Viruspadu

Tuesday, September 21, 2010

Tutorial Live Activity Feed Part 1

Atas permintaan tutorial macam biasa, (kalau nak tutorial hantar emel ke viruspadu@yahoo.com) jadi saya buatlah tutorial ni. Tapi tutorial ni saya namakan dia sebagai tutorial tak habis umpama lepas makan tak cuci tangan. Harap maklum.

Boleh nampak kah itu? Live Activity Feed ni di sidebar saya. Macam sejuk (cool) giler benda ni ada dekat belog lepas tu dia bergerak-gerak kan.

"oooo entry ni yang korang baca ye" hahaha terus tahu ko tengah baca entry yang mana satu kan haha

*selingan: suka baca entry cres ek. ala walaupun 30 komen untuk dpt free facial dah habis, tp cuba la masuk website dia, mana tahu ada peluang dapat free lagi :p

1) ok mula-mula klik grab this.

2) lepas tu muncul la paparan ini :p



3) Klik "build your widget"

4) kendian keluar paparan ni

5) nampak tak dia suh hantar emel tu. jadi sila lah hantar emel dulu ye.

saya akan cuba hantar emel pakai nama lalok. sebab dulu benda ni takyah emel2 bagai. sebab ramai nau pakai kot, tu sebab dia jadi gitu :p

ok so seperti yang dijangkakan entry ni terhenti di sini sampai saya dapat balasan emel dari mereka ye. nanti kita sambung lagi

p/s: kalau ada feed yang lagi senang mohon dikongsi bersama saya, boleh saya study dan kasik tutorial untuk yang lain. Sharing is Caring kan. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

butterflyana said... [Reply to Comments]

kak jemah..
sy dah dpt call dari cres wellness n dpt buat appointment.
betul2 free kan? sbb ade auntie sy ckp kena bayar jugak.neves lah sayee macam ni..hehe :p

~~Ciklinn~~ said... [Reply to Comments]

ciklinn datang sambil menggodek tutorial.. tq byk2 yer

viruspadu said... [Reply to Comments]

butterflyana
FREE :) jangan risau. Mungkin lepas tu dia akan ajak awak join pakej dia. Kalau berminat teruskan. Kalau tak pun takpe je. :)

ciklinn,
ha godek2 hiks

ken said... [Reply to Comments]

tak pernah guna widget ini.. =)

soclose2213 said... [Reply to Comments]

tq2...=.-

miss mumun said... [Reply to Comments]

kak vp, sy rasa dah 2 kali sy anta mesej dulu.. tp xdapat2 pun invitation tu..

vanilla ice said... [Reply to Comments]

salam kak jemah...

cba try this link...
terus apply dlm blog...xyah tggu reply dr dorg..pasal sy dh byk kali buat...n xpenah di reply pun..last2 br terjumpa kaedah ni td..

sumber from: http://blog-ayie.com/

link: http://www.wowzio.com/widgets/builderinvitation

harap membantu...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^