Wednesday, September 22, 2010

U PINK MY HEART Episode 25

Salam.

Bersambung lagi. Nampaknya kali ni agak konsisten sikit, mulanya plan tahun depan pulak baru nak sambung episode ni hahaha (dush dush dush lempang kakjemah sekarang)

**dari Episode lepas

apakan daya masa tu!

kalau la masa tu mak abah dah boleh terima dia. maybe senang boleh together2 bersama. mesti lagi best. tapi nak buat macam mana. masa tu semua perasaan saya pendam dalam hati. yang penting mulut harus mengukir senyuman.

"abang, abang kat mana, abang buat apa?" kata hati kecil ku

~bersambung

*** end

Beberapa keping gambar yang saya tak sempat kepilkan bersama masa entry lepas

Saya dan ceera keluar makan-makan laksa tepi pantai kuala perlis. Yes masa ni adalah hari sebelum konvo :)

saya order 2 mangkuk laksa :)

kat area ni la gerai kelabkenu UUM. So saya lepak-lepak sini sementara kitorang nak kuar photoshoot gambar dalam studio.


sebelum pegi studio ambik gambar, harus la bergambar kat sini dulu.

eceh bergambar pegang gitu adalah benda terwajib kena buat. Part baling2 tu mcm tak sampai hati takut jatuh lalu kotor :p

di pentas


dengan kawan-kawan

nak suh korang tgk ceera dengan sepet je. baju kemain gedoboh (besar) lagi hahaha

perjalanan cerita gambar-gambar tu semua sila baca balik episode 24 ye. sebab saya letak gambarnya je. Cerita dia kat sanalah. :p (malas nak ulang)

Lepas semuanya selesai. En.laloque telah hilang kemana membawa diri. Saya pulak meneman keluarga yang datang meraikan hari konvo saya.

Hati benar-benar resah. Resah dan gelisah. Hanya fizikal disitu. Hati telah terbang bersama angin mencari kekasih hati.

"ma balik dengan siapa?" tanya en.laloque petang itu melalui phone nokia 3310 kepunyaan saya (henset paling canggih tika itu siap gantung dekat leher. kelasss gitu)
"dengan abang lah"
"nanti mak dengan abah ma marah pulak nanti, takpelah, abang boleh balik sendiri"
"abang sorang?"
"a ah"
"taknak lah, risau"
"takpe, abang tahu jaga diri, ma jangan risau ok"

air mata bergenang

"yelah sayang, ma balik dengan abang"

Hati risau biarkan en.laloque drive sorang-sorang dari kedah ke KL. Tapi tak tahu macam mana nak cakap dengan parent yang saya tak balik KL dengan mereka. Padahal kalau saya balik dengan en.laloque pun saya tido je dalam kereta bukannya teman sembang ke apa . Bukan membantu pun hahaha.

Parent saya plan nak balik KL petang tu jugak. Ya Allah nak cakap macam mana ni. Takkan nak cakap:-

"makabah, andak nak balik dengan pakwe andak" ~ sah lepas tu saya masuk ICU sebulan sebab makan penampar hahaha

"makabah, takpelah, andak balik naik bas, duit andak berlebihan ni" ~ hahaha ini nescaya kena pijak dengan haji noh

"mak abah baliklah dulu, andak nak temankan atam, sian dia sorang2 kat sini, esok andak balik sendiri" ~ kalau ayat ni konfem ceera campak beg saya keluar bilik. Nyah kauuuuuuuuuuu

Akhirnya setelah lama termenung, ermmm...

"Mak abah, andak tak dapat balik sekarang la, Mak abah balik dulu, andak kena pulangkan jubah ni dulu, lepas tu ada hal sikit kena setelkan"

ha terer tak? terer tak? (mintak2 mak abah tak baca ayat ni, atau pun adik beradik tak pecahkan rahsia hahaha) ~terbayang nisa punya skill tipu saya bila dah besar nanti mcm mana kan. saya pun dah mcm ni hahaha adehhhhhhhh. insaf terus


ye tapi memang betul. Jubah tak pulangkan lagi okeh. So selamat. I tak al-tifu lah kannn

sesudah melampai-lambai makabahsepet balik ke KL. saya terus la dapatkan lelaki kesayangan hamba itu. Janji2 malam ni nak makan kat mana. Sok apa plan sebelum balik KL. Masa ni la saya tanya en.laloque macam-macam.

"abang nampak malu2 nape?"
"malu apa?"
"apsal tak tegur pak mertua tu, salam, cium tangan. takut eh?"
"abang buat kang, ma yang takut"
"hahaha tak takuttttttttttt"
"eleh abang datang raya rumah ma pun ma takut sampai buat air oren masam"
"hahaha abang nihhhhhhhhhhhhhhhhh"

baru nak sakat dia, tp saya kena balik

"abang buat apa petang tu"
"lepak gerai kelab lah"
"ooo ok la, boring tak ma takde"
"takdelah, ramai kan member kat gerai tu"

sentappppppppp ooo dengan jawapan macam tu. cakap je la boring kan haha. jaga hati I sikit. lurus sangat budak itu.

hahaha.

Ok habis untuk episode ini. Happy Ending. Bergembira bergurau senda (dalam batasan hubungan lah)

Next episode adalah Dugaan Mencari Pekerjaan.


Baca episode sebelum:



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

11 komen[s]:

princess_eryna said... [Reply to Comments]

heheheee.... percentage nak blajo temberang kompom menurun kat nisa nnt...

RiEz said... [Reply to Comments]

best2...

marinahunny said... [Reply to Comments]

pandai nye jemah buat citer..masih ingaty lagi ye memori manis tu.. kalu buat drama bersiri best jugak ni..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

so sweet...biasalah vp masa bercnta kan, tipu2 sikit mak abah..teringat plak kisah cinta i..he he he

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

bile teringat temberang2 dlu...bile preggy ni t'pk laks...cane t ank kite temberang kite laks...

miss mumun said... [Reply to Comments]

Hahaha.. xtakntoi la pulak kan.. sy bygkan kalau sy lah, maka taubat siang2 dah.. hahaha..
xpandai sgt temberang2 nie, sendiri yg gelabah ayam hihi

norliza_osman said... [Reply to Comments]

ala kak jemah sambung 26 la pulak.. best tau..

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

siap main tipu2 lagi..hehehehe..

eliss dulu seb baik mak abah tak marah ada bf..siap pergi konvo satu bas lagi dengan pakwe ngan mak abah :p last2 balik dr konvo, mak suh pakwe masuk meminang..huhuhuhu

nasaoji said... [Reply to Comments]

kt pun riso, nnt anak baca belog mak dia, tau ayat2 nipu n peel2 mak dia nih.. ;)

oneyani said... [Reply to Comments]

tp betool gak kene pulangkan jubah dan setel kan sume tu kan..hihi

princess_eryna said... [Reply to Comments]

bile nak sambng episod seterusnye erk??.... x sabo nak tunggu...heheh

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^