Follow Viruspadu

Friday, September 24, 2010

Wahai Roti Jala

Percaya atau tidak, daripada bulan puasa itu hari saya teringin nak makan roti jala yang sedap. Maksud saya adalah roti jala yang sebenar-benarnya roti jala yang kuah dia senonoh rasa dan roti jala dia nipis2 dah sedap. Ya itu la maksud saya. Tak percaya sudah. haha tetiba marah orang tak percaya cakap dia haha.

Masa dekat PARAM tu adalah lah saya beli jugak roti jala dua tiga kali jugak lah.

Percubaan pertama: roti tebal + kuah cair
Percubaan kedua: roti tebal + kuah cair
Percubaan ketiga: roti tebal + kuah cair

demit!

hahahaha

bila tiga kali gagal dengan kegagalan yang sama. Sudahlah tu. Tak payah la beli lagi. Dah tahu dah result dia kali ke empat macam mana. Sedih. Sebab ketiga-tiga gerai adalah gerai yang berlainan malah PARAM juga yang berlainan. Tapi macam mana diorang punya peel sama. Felik! Ni jenis nak untung agaknya tapi kualiti out.

Berniaga la betul-betul baru la orang beratur nak beli roti jala kau. Ni jenis berniaga tak fikir panjang ni tau. Fikir lah long term punya bisnes wei. Adoiiiiiiii. Masak sedap orang pun suka kau jugak yang untung. Ni masak macam tu, ko dapat maki je ada, sok jangan harap orang nak repet lagi gerai ko. Kirim salam babai gudbai nehinehi

Baiklah dah panjang dah saya membebel pasal roti jala kat param bulan puasa haha padahal sebenarnya nak cerita pasal roti jala yang saya berjaya sebat masa open house opis jiran sebelah menyebelah. Sekarang ni untung, semua opis/department pakat buat open house, kitorang syiok lol pakat simpan wallet dalam peti berkunci lah. ewah

roti jala kuah kambing. nampak rupa cantik dah menang dah. tapi saya tak suka dia berkuahkan kari kambing. macam tak in dekat tekak. tp takpe sebab sedap jugak (kot). cuma kombinasi dia je saya tak biasa


Antara apa lagi yang saya sebat dekat open house opis jiran ;)

satay.


mee rebus


cendol


kek apantah

semuanya sedap.

Best join opis terbuka ni, best la kat perut kau kan hahaha. lepas tu mengelupurlah kau disana sit up tiap-tiap malam sebab perut dah buncit kan haha.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

14 komen[s]:

Sumijelly said... [Reply to Comments]

sumi dulu pernah buat roti jala......
rasanya adalah percubaan yg ke10 baru menjadi...
tp tak der la rupa roti jala.. entah apa2 rupa... janjji leh gak cicah ngan kuah kari..hahahaha

nak merasa yg sedap, kene cr org yg memang pakar roti jala...


Sumijelly.com

elyse said... [Reply to Comments]

pasni jgn bising ye kak kalau berat naek
hihihi

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

saya tliur dgn cendol itu.....sluurrppp!!

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

makkk aihhh....tu kira dh ternak lemaks dh tu... NO NO NO! cewahhhh ahaksss....waaaa nanges tgkk...sodapp!!

cik hani said... [Reply to Comments]

akak!!!
roti jala tu nampak menarik dan meliurkan..telan air liur dah ni...huhuhu.sodappppp!

princess_eryna said... [Reply to Comments]

sgt2 terliur ngan sate itu...huhu..

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

me pulak suka roti jalan ngan kuah durian..kari2 ni kurang sesuai sket dengan anak tekak aku ni :p

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

roti jala sedap bedal dgn kari daging. superb ooo

Pnut said... [Reply to Comments]

mai sini meh...akak buatkan jemah roti jala..
kari piaaooowww utagha punya....

meh la..meh la..

Mrs. Hakim said... [Reply to Comments]

kak jemah, kat opis now tgh jamuan raya. ada roti jala yg sedap n kuah yg sedap jugak.. saya makankan utk akak ye.. hehehehe~ :)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sy pun suka mkn roti jala...smalam br dpt mkn yg terbaik punya...tp masa pose ade beli jgk vp, tp alhamdulillah menepati piawaian sy...

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply to Comments]

sy pun same kak,ngidam nk makan roti jala dr bulan pose hr tu.tp esok br dpt mkn sbb esk umh sy wat opeh hs..yeyeh..jemput la dtg,kalo nk mkn roti jala.. =)

miss mumun said... [Reply to Comments]

oh tidak..
berkeriuk perut mumun dibuatnyer tetibe tgk entri nie..
terliur abes..
-->my fevret gak!

princess_eryna said... [Reply to Comments]

lupe nak habaq kat jemah.. smlm daku telah memakan 3 keping roti jala dlm sebuah rumah yg sdg terbuka kpd tetamu nyerr... hehe... sedap!!!...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^