Wednesday, October 20, 2010

Episode 26: U pink My Heart

Episode 26: Dugaan mencari pekerjaan.

Habis praktikel dan grad 2002.

Saya praktikel di company swasta (eceh rahsia konon padahal dah bagitahu semorang sebelum ni gagaga, sengal!), Student praktikel adalah ramai. Lebih daripada seploh orang. Termasuk pelajar IT dan Account. Bila dah ramai-ramai tu yang bertuah ajer la di offer terus bekerja kat situ. Tsk. Saya antara yang malang lah. Saya ni student IT tp tak ditempatkan di IT department tapi ditempatkan di procurement department. Jadi macam mana nak tayang skill beb (alasan gagaga).

Habis konvo, saya sempatlah seminggu menjadi penganggur terhormat. Bos saya masa dekat procument department tu bukak company baru, jadi dia offer kerja dengan dia. Pehhhhhh syiok gilerrrrrr... Walaupun begitu tetap kena interview seperti biasa ok. Tapi malangnya jauh sangat. Kat subang 2 nunnn. Saya tinggal cheras. Keje kat subang 2. Tidakkan itu jauh teramat sangat! Phew. Dah la takde bas. siyes takde. kalau nak naik pengangkutan awam rasanya kena lompat2 bas la. Dua bas kot, lepas tu kena amik teksi lagi. Pehhh **pengsan**

En.laloque masa tu keje kat putrajaya.

Saya memang takde pilihan. Saya tak tahu nak mintak tolong sape dah. Kalau perjalanan dengan kereta pun sejam ok nak sampai sana. Kalau naik bas, agak2 kul berapa kena keluar rumah??

Nak mintak makpak sponser duit beli kereta??? Ohh very not me ok.

saya masuk keje sana jam 7 pagi.

En.laloque lah yang berkorban masa ni. Jemput saya jam 6 pagi. Hantar saya ke subang 2. Saya sampai2 opis jam 7 pg. En.laloque patah ke putrajaya masuk opis. Balik pulak saya tumpang opismate saya, tumpang sampai komuter. pastu naik star. Benti kat cempaka. En.laloque jemput kat sana petang. Hantar saya balik rumah. Panjang punya perjalanan kan.

Saya ada jugak plan nak pindah rumah, tp konfem parent saya tak kasik punya.

Bayangkan en.laloque sabar je masa tu. Ulang alik hantar saya ke subang 2. Manalah saya tak sayang giler dengan dia. Banyak betul pengorbanan dia kat saya. Tsk.

Selama seminggu lebih jugak kitorang melalui hidup yang serba kesukaran ni.

Satu hari saya terbaca satu emel dari lecturer saya.

"Research Assistant Diperlukan, Faculty Engineering UPM"

Ada no fon bagai semua. Saya pun gambel terus call berminat nak interview.

Macam biasa jugak, en.laloque jugak yang hantar saya pegi interview :)

Erm faculty engineering... Ermm tingkat 8... Eh ini bahagian Aerospace Engineering ni... Erm...

Masa saya pergi interview memang zero ok. Saya belajar bidang IT tapi interview kat situ lak tu. Keje giler okehhhhhhh.

Masuk bilik lecturer dengan kaki ketaq tak boleh blah

Antara soalan yang saya ingat

"Cuba baca paper ni, paham?"
"tak berapa faham" ~atau dengan kata lainnya tak paham langsung

hahaha jujur tak jawapaan daku hahaha giler kau dia cerita pasal troubleshoot engine aircraft. kalau paham tu mmg tipu sangat la tu kan.

"AI tu apa?"
"AI tu adalah bla bla bla bla"

"mana awak dpt tahu saya cari RA"
"dr emel lecturer saya"
"siapa lecturer awak?"
"en.blablabla"
"erm saya tak kenal"

HAHAHA ini nama dia emel berantai la kot. ntah macam mana boleh sampai kat lecturer saya :p

Setelah sembang baik punya. Tetiba saya diterima. Pehhhhhhhhhhhh

Bukankah ini perkara terindah dalam hidup muahahahaha

paling best sebab UPM ni dengan Putrajaya sejalan dan amatlah dekatnya... ewahhhhhh

Bersambung...











Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

missrivebell mumun said... [Reply to Comments]

wah.. setiap ari berdating yer.. ilike.. hehe

nasaoji said... [Reply to Comments]

alaaa..

kene tunggu lg le nih...

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

saling bkorban demi yg tsayang...

princess_eryna said... [Reply to Comments]

best je kan??... seiring & sejalan...hahaa....

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^