Follow Viruspadu

Monday, October 25, 2010

Family day at Pantai Padang Kemunting

Ehem. Ini saya kira sebagai cuti-cuti malaysia lah. Tapi percutian yang menjimatkan pokettttttt gitu. Sebab ini hari keluarga office ku :) Bila hari keluarga maka bayaran dia pun kira rate hari keluarga opis lol. I LIKE :)

Saya tak join diskusi awal, daripada pemilihan tempat, pemilihan aktiviti apa segala bagai mak nenek tu semua. Orang lain duk diskas-diskas pun saya buat dek je tak amik port. Sampai ada opismate yang tanya

"ko gerak nanti macam mana?"
"ha?" ~blur

hahaha giler blur. Bukan tak amik tahu, cuma nak amik tahu bila dah final dizishionnnn sajork gagaga. dush! Yelah bila dah nama pun family day kan, so biasalah lah keputusan berubah2 eceh (padahal pemalashh)

Sabtu nak pegi, khamis dapat emel. Baru la paham apa ceritanya. Group pun dah amik undi awal2 kat opis. Kebetulan saya dengan en.laloque satu group. GROUP BLUR hahaha takde lah, group blue lah B.I.R.U :)

Penginapan kitorang. Best sebab depan pantai je.



Janji2 berkumpul jam 10.00 pagi dah start game / sukaneka. So jam 9.45 saya pun sampai la. Berbekalkan bantuan garmin. Tapi garmin tunjuk jalan lama daaaa. Belasahhhhhhh janji sampeeeii

Pipi saya dengan anoi sape lagi temvamm :p

pose apakah yang cuba ditampilkan oleh nisa itu :)

Sementara menunggu semua ahli keluarga dan ahli opis berkumpul. Ceh kakjemah tu, rindu pegang baby balik kah :p cececececece



my personal kameramenggg :)

Jadi entry kali ni saya ceritakan xtvt2 family day saya la ek. mungkin korang nnt nak buat family day boleh buat rujukan nak buat game apa. gituuu... kalau korang nak buat kat ismah ni pun orait. best ok. bilik depan dewan makan je. senang nak tgk orang dah makan ke belum orang dah berkumpul ke belum

ohye. 507 tu no bilik sayalah hikhikhik.

Game kitorang buat tepi pantai je. Ada 8 games. Saya dengan en.laloque kan satu team, oleh itu saya dengan dia kena main gilir2 lah. Time dia main saya jaga anak, time saya melompat2 dia pulak jaga anak. Memang main selang seli.

Blue Team. Ini wajah-wajah juara ni :)



Mula-mula game sepit bola pakai copstik. Ini senang (wah belagak) hahahaha.

Tu pasal la sempat control ayu gitu :p

Lepas saya, en.laloque pulak main game, saya pegang kamera.

laloque's junior sedang bermandikan pasiran pantai. anoi ni senyap je dapat main pasir tau. sikit tak berbunyi mulut dia. bagusss sonang mama papa nak mempersukanekakan diri haha


Balerina angelina. penari ballet. eceh haha.



semorang tegur nisa dah kurus berbanding jumpa dia tahun lepas. tapi memang dia dah kurus amek sekarang ni. bayangkan baju biru tu baju masa nisa 2 tahun tu. muat lagi ok. Nanti tunggu anoi bosar sikit. Kot sama besar ngan anoi kang. Kot nampak macam kembar lak nanti gagagaga

Ni tempat kanak-kanak. Yang lain tu baby sitter :p


En. laloque punya turn. Main apakebenda ntah nama game dia. Kena beratur lepas tu buang dadu, kalau dapat nombor ganjil kena undur belakang. Kalau nombor genap baru langkah ke hadapan. Main ni paling lama nak habis hahaha. kejap langkah kedepan, kejap ke belakang. tak sampai2 hahaha.

tengah2 bahang kepanasan. dah la pasir panas. seb baik guwe tak main mainan ni :p



Next.

Game mabuk2 ke apa nama dia. Lufe fulak. Tapi kena pusing-pusing 5 kali, lepas tu lari sekuat hati. Saya kalau dah main game sedaya upaya la main untuk menang. Game ni saya sorang je perempuan dalam team saya. Gila gagah cuba lari laju2 hahaha


kuda-kuda kena kuat. HAHAHA.

separuh masa pertama (igt bola sepak ke apa? ) Kumpulan biru tempat ke 2

ohye pening lalat nama game mabuk2 pusing tu :p


ada banyak lagi game lain. cuma saya masa tu dah bersara dah, jaga anak kekdahnya. biar lalok je sambung main game.

Tetiba last game. Pasangan suami isteri dalam satu kumpulan kena main game ni. Nama permainan ni "bola sayang" ke "bola kasih sayang" macam tu. Kebetulan saya dengan lalok satu grup, mekchu dengan hasben pun satu grup. yang grup lain takde pasangan suami isteri, jadi wakil la sape2.

game ni sebenarnya menggerunkan saya.

siapa yang tahu lah sebelum ni saya pernah buat entry yang "kenapa saya tak main bola jaring", eh bukan bola jaring je la. apa2 permainan yang melibatkan bola dibaling2. Saya fobia betul. Jadi bila saya kena main belon baling2 ni, saya sikit punya panik ok.

Baling belon, jangan sampai pecah. senang je rule dia. siapa pecah dia kalah. oleh itu baling la dengan lemah lembut gemalai. Jarak dia makin lama makin jauh.

guess what!

Kakjemah Menang okehhhhhh. bravoooooooo. Berkat balingan kasih sayang gitu hahaha


see! last game menjanjikan kemenangan buat team biru. yihaaaaaaaa. Seronok giler dapat menyumbangkan sesuatu yang manis kepada kumpulan.

bersambung...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

eT said... [Reply to Comments]

dpt family day camni mmg sonok...ish..ish...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya vp....mengertakan silaturrahim antara satu sama lain..
pastu anak plak elok je kan..lagilah best join game2 tu semua...

mekchu said... [Reply to Comments]

hahaha.. belon ku sayang tu mmg nebes sgt exp masa turn kena tangkap.. phewwww.. hahaha tp best bangat!!

Atiqah Adnan said... [Reply to Comments]

e'eh padang kemunting.. dekat je dengan uma saya.. hehehe

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

ok..pic last hi5 tu sgtt sweet...sungguh bkasih sayang...uit anoi...nk gomol peha gebus tuh..

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

yeay..kak jemah menang dgn bola kasih sayang...

oren said... [Reply to Comments]

kami guna telur mentah instead of belon..so, kalo tangkap kuat skit, mmg pecah la telur..huwaa..

tahniah la team awak menang :)

princess_eryna said... [Reply to Comments]

lorrrr.... tepat sangkaanku... mmg Ismah Beach Resort.... bleh tgk anak penyu kat blakang tuh aje..... dulu time g sane tgh nak wat swimming pool kate nyerr.. da ade kerr??..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^