Follow Viruspadu

Wednesday, October 06, 2010

A Famosa Cowboy Town

Ok. Percutian Melaka kini kembali. Eceh!

Amacam pening tak? Cerita A Famosa ni akan ada satu lagi batch ok. Tungguuuuuuuuu.

Bersambung kepada kitorang mandi manda di Waterworld yang ditempah khas untuk kitorang berempat sekeluarga itu (amboi over! hahaha). Terus berdesup pulang ke bilik. Kena mandikan anak-anak sekali lagi. Almaklumlah anoi dah mandi pasir kan !@#$%^

Budak-budak ni asal masuk bilik je mesti meragam menangis. Asal bawak jalan je kemain segar lagi mata masing-masing. Ini osah masa mengandung mama dia kuat jalan ni haha.

Lepas maghrib kitorang cari restoran nak makan nasi. Lapar. Jumpa la satu kedai makan ni. So ok la. Budak memang ada satu masa memang dorang lasak kemain sampai rasa nak cubit tapi tak buat sebab kalau marah nanti dia meraung kat kedai makan nanti mama malu haha. (ayat satu napas). Begitu la terjadi dekat nisa malam tu. Lagi dilarang lagi dibuat.

"Jangan la nisa, bahaya ni"
"kakak pandai la mama"
"Pegang elok-elok air ni"
"iye kakak tahu"

Gedebushhhhhhhhhhh air tumpah.

Lalu habis la seluar jeans dan kaki saya berperisa epal. Tsk. Dan saya diam je malas nak cakap (hati membara-bara). Nisa dah panik. Papa la amik peranan masa ni.

"papa dah cakap, nisa pegi duduk kat kerusi tu elok-elok"
"mana kerusi" (padahal sebelah dia)
"tu sebelah tu"
"manaaaaaa abah"
"cepat duduk situ"
"manaaaaaaaaaaa abah"

Nisa tengah panik dan malu sebenarnya, kaverline konon tak nampak kerusi. Saya sebenarnya tengah bengang pun boleh rasa nak gelak. Tengok muka en.laloque marah pun saya nak gelak hahaha. Yelah, jarang nampak muka laki den marah kan.

I rasa seksi la muka u marah darling hahaha

Baju nisa lencun basah. Nasib ko nisa. Pelajaran untuk mu anak.

Mood untuk kembali cantik :)

Kalau gambar dekat ni lagi cantik. Anoi follow je kitorang posing tau. Kelakar!

Ni kat pintu depan ni. Masuk-masuk dah jumpa pokok terkejut nih.


Best tau kat sini. Terus feeling koboi. Betul-betul macam dalam filem oooo. Yihaaaaaaaaa




Dalam ni tak boleh amik gambar pakai kamera sendiri. En.laloque selemberrrrrrr je snap gambo. Seb baik tak kena sound.


Ini kiranya kemuncak kat cowboytown la. Macam-macam adaaaa. Korang bawak anak memang elok sangat lah. Sebab dapat tengok binatang secara dekat. Dapat tengok orang api secara dekat. Semua dekat-dekat. Bayangkan mata nisa tak berkelip-kelip kagum punya pasal. Bayangkan anoi sampai tertido hahahaha ngantuk punya pasal.

Nak merasa pegang gajah. Haaa silalah





Cekci la anoi tu



Abang api




Terpaling paling kemuncak haha. Bunga api. Fuh. Cun.



Kemudian. Cerita pun Al-Tamat. Sekian.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

aSmiDar said... [Reply to Comments]

gambar ngah wat peace tu macam nak dara kak jemah...:)

Cik Puan iMan said... [Reply to Comments]

masuk brape eh kak?

princess_eryna said... [Reply to Comments]

cam best jerr... nyesal x g matta fair tuh...kalo x.... ish...

mia said... [Reply to Comments]

huwaa....happynye family akak ek..suke tgk...

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

husna pon penah melalak2 kt restoran kak..aduh malu sungguh masa tuh..ahahaha

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

saya nampak bahagian suar yg berperisa epel tuh. hebat =)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^