Follow Viruspadu

Monday, October 11, 2010

A Famosa World Safari

Salam, entry percutian kini kembali. ya aw aw. Ok ini last la entry percutian pakej a famosa bilik lapan hengget kita. ahaks.

Kitorang difahamkan yang tiket yang kitorang bayar RM50 masa kat mattafair tu yang boleh masuk tiga2 tempat iaitu waterworld, cowboytown dengan safari ni kena habiskan dalam masa sehari. So sebab semalamnya kitorang sampai pun dah lewat memang tak sempat nak habiskan tiga2 sekali. Jadi hari tu pagi-pagi kitorang gambel je la pegi safari ni. Kalau dapat masuk alhamdulilahlah. Kalau tak dapat kang kita caloh je la takpun bayor jelah. Dah alang-alang sampai kan. Rugilak tak masuk. gituuuuuuuuuuu..

Sampai2 je, terus en.laloque beratur kat kaunter yang takde orang tu. HAHAHA heaven giler wooo. Korang kalau nak bercuti elok la time anak tak sekolah lagi ni. Sonang! Amik cuti. pastu jenjalan. Selesa je masuk mana-mana pun. Macam ditempah khas la pulak. Terus feeling2 jutawan kooooooo hahaha. *petir*

Saya masa tu tunggu dalam kereta je, malas nak keluar. En.laloque patah balik ke kereta muka senyum-senyum. So paham la tu. Boleh la masuk tu. Yihaaaaaaa.

TIket nak masuk dalam safari ni saya lupa lak nak snap harga2 dia kalau tak boleh kasik info kat korang. Yang saya ingat kalau budak tinggi dia 3 kaki free okey. Si nisa ni nama je 3 tahun. Tapi tinggi. Seb baik la dia ngam-ngam je. SELAMATTTTTTTT duit haku muahaha...

Masuk-masuk terus layan persembahan gajah ni. Terer gajah ni melukis. Saya lukis pun tak secantik tu :p





Nisa takut. Jadi saya dengan anoi ajer la yang bergambar.


gigilllllllllllll... ada ke abang tu suh saya duduk atas kaki gajah tu. Nak nampak terer depan nisa punya pasal. terpaksa duduk jugak hahaha.


Lepas habis show. Kitorang pun masuk dlm safari nak tengok binatang2.


BEST! Sebab boleh tengok secara dekat-dekat. Kalau pegi zoo tak dpt tgk dekat kan sbb dorang dalam kandang. Tapi kali ni kitorang yang duk dalam kandang hahahaha. Jadi! siapa tengok siapa sebenarnya nih?



Ha kitorang dalam trak mcm tu lah. Berjaring2 kau. Keselamatan diutamakan. :)




Anoi leka sampai tertido. Saya pun tak perasan bila dia tido.


Sebelum pulang :)



babai A Famosa. Percutian kali ni agak kelamkabut sikit sebab banyak benda last minit kena buat. Kitorang tempah bilik 2 hari tapi terpaksa balik awal. Takpelah seb baik RM8 je :p

Kalau korang tengah survey2 nak bercuti ke melaka. Klik MELAKA ni. Ni semua entry-entry percutian melaka saya. Harap sedikit sebanyak entry ni dapat membantu korang la ek.

Ok tu je. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

IBU KUMBANG said... [Reply to Comments]

ya Allah! ngerinya duduk atas gajah.. hehe! kalau aku, ngintai dari jauh je.. Anoi pun rileks je ye...

Mulan said... [Reply to Comments]

Mah,
he.. he.. walaupun mertuo den org Rembau jarang botul jalan ke Melaka..Ada pergi A Famosa pun tahun lepas rasanya..sekejap jer..

tifa said... [Reply to Comments]

Bila ternampak gajah tu , Tifa nak bawak my baby pi sana sebab farhan suka gajah

princess_eryna said... [Reply to Comments]

g melaka ari tuh sempat g menara taming sari jerr... yg lelain x sempat nak g.... lg pun, c kecik tuh meragam plak da...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

bebaloi ekk kak bli kt mattafair..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^