Follow Viruspadu

Saturday, October 30, 2010

Jom Sertai Dutch Lady Contest

Kalau korang ingat daripada entry sebelum ni, banyak perbualan nisa dan anoi dengan saya yang tak tercapai dek akal :). Berbual dengan anak-anak memang satu perkara yang indah. Tapi tu lah, kadang-kadang masa je pulak takde. Masa nak sembang-sembang la. Biasanya bila balik rumah, kerja-kerja rumah dah melambai-lambai suruh kita setelkan yang tu dulu. Kadang-kadang bila anak merengek perlukan perhatian kita (parent), kita pulak marah "jangan kacau mama, pergi main sana!" haaaaaaaaaa macam biasa sebut tak? HAHAHA.

Ingat tak entry lama saya :)

Hari tu dalam kereta. ontheway dari opis. amik nisa anoi kat taska. balik rumah. sembang-sembang dengan nisa

Mama: kakak, cantik kan awan tu
Nisa: a ah cantik, ada matahari belakang ia
Mama: cantik kan. mama sukakan awan
Nisa: kakak pun sama mama
Mama: kakak rasa awan tu boleh makan tak?
Nisa: mana boleh mama, awan tu kan tinggi. macam mana kakak nak amik awan tu. kena pakai tangga. tapi nanti jatuh. sakit. darah.
Mama: a ah la tinggi. nanti jatuh kan. erm kakak rasa awan tu boleh makan tak?
Nisa: mana boleh. awan kan tinggi. ha tengok ni. macam mana kakak nak amik
Mama: alaaaa. ok. kalau awan tu boleh makan. kakak rasa la. awan tu rasa apa
Nisa: manis kot mama
Mama: oh ye ke
Nisa: tapi, kakak nak awan merah jambu mama
Mama: erk....

Di hari yang lain..

Nisa: mama. kakak nak makan awan tu la
Mama: hahahahaha sedap ke awan tu?
Nisa: a ah rasa dia manis, kakak suka awan merah jambu
Mama: erk...

Di jusco..

Nisa: kakak nak beli awan merah jambu ye mama
Mama: erk...


rupa-rupanya. ini la imiginasi awan merah jambu dia.


Ada sekali tu saya pergi pasaraya. Saya cakap ngan Nisa.

Mama: Kakak nak buah apa? kalau makan banyak buah nanti cepat besar macam kakak Yah ngan macam kakak Ayin.

Pastu Nisa balas balik. Dia kata

Nisa: cikgu kita kata, kita kena banyak minum susu. Minum susu nanti tulang kita kuat. Nanti kakak buleh la besar. Cikgu kita yang kata.

Terus Nisa ambil susu perisa strawberry Dutch Lady yang Nisa panggil Susu "Jambu". Maknanya susu Dutch Lady yang kotak berwarna merah jambu/pink.

Hebatkan kanak-kanak zaman sekarang ni. Cepat belajar dan kadang-kala pilihan mereka pun penuh berkhasiat cuma dalam bentuk yang berbeza yang lari dari pemahaman kita orang dewasa.

Kalau boleh kita tanya soalan sebanyak mana pun takpe dengan anak-anak kita. Biarkan mereka bercakap. Jangan kita je bercakap dan paksa anak-anak dengar. Sebab tu lah anak bosan. Bila kita biarkan anak bercakap, tu sebenarnya salah satu cara untuk membina keyakinan dalam diri anak-anak kita secara tak langsung tau :). Lagipun bila anak-anak bercakap nampak comel sangat. lebih-lebih lagi words yang keluar dari mulut diorang tu, ala-ala pelat gitu kan. So sweet :)


Anoi dah pandai makan sendiri :)

Anoi sekarang dah berusia setahun 4 bulan kan. Perkembangan dia sekarang sungguh menterperanjatkan saya ok. Banyak words yang dia dah boleh cakap. Contohnya

"tatak, adik nak" (kakak, adik pun nak) ~kalau minta makanan dari nisa

Hollohhhhhhh supercomel ok. yelah biasanya budak sebaya tu cuma boleh cakap satu-satu perkataan je, tp anoi dah boleh bikin satu ayat. Pehhh.

Anoi juga suka meniru apa yang kakak dia buat. Dia mengemari apa yang kakak dia gemari. Disebabkan kakak dia suka minum susu "jambu" Dutch Lady. Dia juga mengemari susu "jambu" Dutch Lady. Mungkin Anoi pun dengar cikgu dia (cikgu = pengasuh di Taska) kalau nak besar cepat! kena minum susu hehehe.

Eh, korang tahu tak Dutch Lady ada contest kat sini . Klik sekarang dan LIKE. Lepas tu senang sikit nak sembang :)




Lepas korang dah LIKE. Klik kat "CONTEST" tab tu. Jawab 3 soalan yang senang banget tu. Contoh soalannya berbunyi

1) How tall is mummy?
2) What does mummy work as?
3) What d0es mummy always say to you?
4) Mama cantik tak? haha tipu! ok no 4 ni saya yang sendiri tambah :p

Setiap submission akan dipaparkan, dan lepas tu proses undian bermula. Eceh. Masa ni lah kita feeling2 penyanyi realiti tiwi gitu kan. UNDI lah saya! Saya akan buat yang TERBAIK. Semua adalah pemenang tiada pengalah gagagaga. Baiklah pendek kata pakat suruh semua member, sahabat handai, adik beradik dan siapa2 lah untuk LIKE korang.

Sebab top 3 LIKE terbanyak dapat menang hadiah wokkkkkkkkkk. Korang jangan menmen.

Apa hadiah dia jemah?
Pertama: RM1,000 cash dan Produk Dutch Lady
Kedua: RM800 cash dan Produk Dutch Lady
Ketiga: RM500 cash dan Produk Dutch Lady

Kategori pemenang dipecah kepada dua kumpulan, ada kumpulan 1-6 tahun dengan kumpulan 6-12 tahun.

Nama pemenang akan diwar2kan pada dua minggu selepas tarikh tamat contest iaitu pada 22 November.

Senang kan
Senang kan
Senang kan

Baiklah ini contoh -__-

1) How tall is mummy? : Mama tinggi macam ultramen (pengaruh tivi nampaknya haha)
2) What does mummy work as? : Main komputer (HAHAHA nampak sangattt)

3) What d0es mummy always say to you? : KAKAK, TOLONG MAMA...


Saya pun join contest sekali. Jadi sila vote saya. Ini paksa wakakaka (ok ini contoh untuk mendapatkan LIKE terbanyak hahaha)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

ZiE FAUZi said... [Reply to Comments]

nak join jgk contest dutch lady ni tapi alya tak pandai menjawab lagi bila ditanya,yg pandai hanya mengajuk balik apa kita cakap... huhuhuhu...

DEMAM... DEMAM... DEMAM...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

gud luck vp..nnti sy like ok..

cik hani said... [Reply to Comments]

dah berapa dah vote??hehehe..

hudhud said... [Reply to Comments]

how i wish i have kids. hehe

princess_eryna said... [Reply to Comments]

nak like gak...huhu..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^