Follow Viruspadu

Thursday, October 21, 2010

Mengomel-ngomel

Cerita -1

Lately kamu perasankah saya asik stress???

Well. Biasalah. Ini kitaran hidup. Kebetulan dugaan datang bertalu-talu. Lepas sipolan ni duk jaja-jaja cerita yang tak enak dan dia pulak orang yang terdekat so terkejut dan seperti anvelivebel la kan. Datang pulak cerita ceritut yang lain. Datang lagi cerita begitu begini. Macam benda yang tak sedap didengar datang bertalu-talu membikinkan hati panas terbakar-bakar gagaga. Ia telah menjadikan saya yang saya begitu saya (paham ayat ni?), saya cuma membuat luahan kat fesbuk je lah, kang bagitahu kisah benar dalam fesbuk kang ada lak yang menyampai2. HAHAHA. Hey Hey ini sebenarnya benda biasa dalam kehidupan kan. Walaupun bukan sekali dua kena macam ni. Tapi ambik masa jugak la kan nak tune. So sekarang sudah ok. Syabas kakjemah. Pandai pujuk diri sendiri. Laki den je pujuk hari tu janji nak belikan henbeg hitam tp sekrang buat2 hilang ingatan pulak dia hepppp hahah dush! (akan ku tuntut juaaa)


Cerita 0

Anak-anak saya dah besar. Eceh besar la sangat katanya. Maksud saya "besar" itu adalah dorang dah boleh berjalan dan dengar kata dan faham apa yang saya cakap. Faham dengan buat-buat tak faham bila saya mengamuk

**budak2 ni dok main losen pulekkk**

Makin besar budak ni. Makin saya nampak mcm mana perangai dia. Perangai nisa. Saya ok lagi la. Nisa ni walaupun lasak tapi senang nak handle

anoi pulak Pehhhhhhhhhhhhhhhhh... Memang menduga iman ok. Mungkin dia tahu dia kecik kot. Tu pasal la sgt menggeramkan tu haha. Seb baik comel. Tapi walaupun begitu, tiap kali stress tengok muka anak terus tenang je hati :)

Cerita 1

Masak-masak. Erm puasa hari tu walaupun banyak lauk beli dari masak, tapi tetaplah masak jugak walaupun goreng telur kan. Sejak lepas raya dapur ku jarang berasap balik dah. Sebab banyak open house kan. Dan sekarang en.laloque pun asik ajak makan luar je. Saya susah hati sikit makan luar skrg. Bayangkan kelmarin kitorang makan kat joni (mcm biasa, feveret kata)

Dapat je air thaitea sejuk. Anoi dah rendam tangan dalam gelas nak ceduk ais, nisa dah amik sudu main kaut2 air masuk pinggan. Tiap kali saya jegir mata je dua2 meraung nangis jerit2. Malu pulak semorang pandang. Adoi. Habis banjir ok. Meja banjir, kerusi banjir. lantai banjir. Hatiku jua turut banjir tsk tsk tsk. Makan pun dah tak tenteram. rasa nak telan pinggan dengan periuk steambot tu sekali je. :(

Kesimpulannya, semalam kitorang pun makan kat rumah je hahaha. Kat rumah ni korang nak tergolek2 pun takpe. Silakan.



Cerita 2

Saya dah mula berniaga online. Next week ada lagi stok baru. Tungguuuuuuuuu.

saya rasa lagi mudah buat ads daripada berniaga sendiri :p Lebih mudah jadi pembeli dari penjual gagagaga. Dan sejak saya berniaga, saya mula rasa kagum pada semua peniaga online ni. Ketahuilah ianya bukan mudah. Ketahuilah. :)

Sebab mula2 amik stok, lepas tu nak snap gambar, lepas tu nak edit gambar dengan penuh kesabaran, lepas tu nak upload satu2 gambar dlm blog lg lah dengan penuh kesabaran. Lepas tu mau bikin ayat. Lepas tu nak menjawab emel, lepas tu nak konfem pembayaran, nak konfem alamat penghantaran, lepas tu nak bekejar ke pos opis. Phewwwwwwww.

Lain kalau ada kedai. Beli barang, letak kat kedai. lepas tu tunggu la orang datang beli. see step dia pendek giler. HAHA

Jadi, korang yang dah lama bisnes online mmg saya tabik spring ah.

cerita 3

Hari tu saya dah isi borang tau. Mungkin saya akan ................................ tetttttttttt....... rahasia.

cerita 4

Dah habis dah. Itu je nak mengomel. HAHAHA


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

Etty said... [Reply to Comments]

huhuhuhu...saya pun lama dh x mkn kat luar ngn cuami...kecuali kalau anak2 dok ngn pengasuh.. itu pun ada la 2, 3 bulan sekalli. bukan apo...takut accikk betukar jd kaler hijau ngn kerenah anak2...hehehehe...

akmal said... [Reply to Comments]

alaaaa..separuh fulak~~ciss!haha

princess_eryna said... [Reply to Comments]

daku tertarik ngan cerita 3.... apakah??...

Ninie said... [Reply to Comments]

saya setuju!.. meniaga online mmg susah.. tp susah lg menjadi blogger tegar macm awk jemah...! cyaiyoook!!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

lasak jgk anoi tu yer..yelah vp baiklah mkn kat umah jer..

syabas vp dah meniaga online...

isi borang?borang apa?nk tau nk tau...

semoga vp berjaya dlm apa bidang yg vp ceburi ok...gud luck

nasaoji said... [Reply to Comments]

aisehh...cerita 3 tu tergantung,,tak buley buat ayat tergantung ooo...

adusss..peel anak2...nanti dah besar, crita smula, bikin gelak guling2.. ;)

sWeEtdARLiNG said... [Reply to Comments]

fuuh senapas jer membaca cerita berepisod ini... ehehehhe

www.sw33tdarling.com

Jelly said... [Reply to Comments]

tabahkan hati.. dugaan besar telah ditempuh dgn jayanya.. setakat ckp2 org PHD ni jgn layan mah... penat molot diam la dia.. hahahahaa

Nur Qaseh said... [Reply to Comments]

ala...apa ni rahsia2???x aci...

laloque said... [Reply to Comments]

ado beg itam tu... cumo lom pilih nak boli yg mano yo...

fuadnis said... [Reply to Comments]

ermmm...nis nak teka..bule tak??kak jemah isi borang nak resign kee..??eh...nak resign kene isi borang ke??bukan buat surat?hehehhe....

MieZa said... [Reply to Comments]

akak isi borang ape? nak tahu..=P kepochi betul..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

isi borang resign kerr pencen??...hehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^