Follow Viruspadu

Thursday, October 21, 2010

P Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Oooo Sarip Dol yer, Ha kalau kau mau tahu! ini dia Abang Ramli!! Samseng dalam kampung ini. Erm kampung... kampung... kampung apa mah ?

Eh! itu misai ka tanglung?
Yang ni tuan? Misai pun boleh tanglung pun boleh, tuan.

Engkau tumbuklah arang-arang dekat dapur tu belalang. Kemudian engkau bancuh dengan air sejuk. Asal hitam macam kopi jadilah.

Wei Ramlee, siapa kau?
Aku lah KING!
King apa?
KING KONG
King kong kepala hotak kau!!

Ayahanda marah?
Tak!! SERONOK

MAKCIK! PAKMAT TEMPE KENA LANGGAR DENGAN MOTORCAR!!! KESIAN PAKMAT TEMPE DAPAT BINI PON PEKAK!






Hahaha. Jadi macam mana. Konfem korang tersenyum-senyumkan baca dialog kat atas tu hahaha. Dulu masa saya sekolah menengah. Cerita P Ramlee kat tv kul 9 malam setiap rabu tau. Kebetulan setiap rabu ada pasar malam. So kitorang akan pastikan kitorang pegi pasar malam awal (cuci-cuci mata hahaha), beli laksa dengan jagung. Pastu masing2 siapkan laksa dengan jagung tu. Stanby depan tv tengok cerita P Ramlee. Pehhhhhhhhhhh Kenangan giler ah. Tak kisah la cerita P Ramlee ni tayang tujuhblas juta kali pun kitorang tetap tengok ok. Tetap gelak walaupun dah tahu dah lepas tu apa jadi.

Paling tak boleh blah dialog ni:

Butang baju aku mana pah?

HAHAHAHA. Minat betul la saya dengan Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee ni. Macam mana dia boleh jadi begitu hebat dengan menghasilkan filem yang terlalu bermutu dan tak tenggelam dek zaman ni.

Sape jemu tengok cite P.Ramlee. Nan Ado!!!

Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee muda-muda. Hensem ooo. Muka ada sinyiummm


Di Mana kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat


Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian



Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian



Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma



Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

*hayatilah lirik lagu ini*

(Yang ni paling tergoda. Kalau zaman sekarang boleh masuk HERO REMAJA. Ecewah!)



Korang ni tahu tak? Yang Bulan Oktober ni adalah bulan penghargaan buat Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee kita. ‘P Ramlee’ Oct month on Astro, Kempen ‘P Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti’

Siapa P.Ramlee??

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.~ wikipedia

Sempena bulan Oktober, Kempen ‘P Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti’. Kalau korang tak tahu macam mana dan kat mana nak tengok cari maklumat pasal Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee Korang Klik je laman web ASTRO http://www.astro.com.my/pramlee/. MACAM-MACAM ADA!!

Ini la paparan yang bakal menjamu mata anda

Nak tahu apa klik je. Nak tahu pasa info, programs, konsert dan sebagainya. Sila klik ok. Jangan malu-malu. Laju pun laju :p

Korang dah ada ASTRO lum? Siapa belum ada tu cepat2 la pasang ye. Sebab kan kalau ada ASTRO baru ada GAYA. HAHAHA. Mana lah tahu nanti ASTRO buat rancangan Blogger Reality Show, Kakjemah korang ni ada. Ha macam mana korang nak tengok ahkakkkkkkkkk. HAHAHA Verangannnnnnnnn... ADA ASTRO ADA GAYA ADA VIRUSPADU wahh nak jugak tambah sendiri.

Wui. Saya ni kalau rumah takde ASTRO siyes rasa tak lengkap ok. Terbayang masa mula-mula pindah seremban ni. Benda pertama yang saya suruh en.laloque buat adalah, Activate ASTRO dulu. OVER! Sofa meja makan apakebendasemua lambat takpe. ASTRO musti no 1.


Jadi korang. MESTI INGAT FORMULA NI OK:


ceh siap ada (n=Dimana kan ku cari ganti) sebagai pemboleh ubah. Atau lebih senang ingat:

INGAT INGAT INGAT

10 P RAMLEE ASTRO

10 P RAMLEE ASTRO

10 P RAMLEE ASTRO

Baiklah! Sekarang dah ingat kot :p


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

kejora said... [Reply to Comments]

hahahha..x bleh bla teringat masa kursus 6 bulan dulu selalu kengkawan usik :"butang baju abg mana pah?" sebab nama panggilan ai pah!huhu

kejora said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
mummysyafie said... [Reply to Comments]

betul je jemah..takde astro macam tak lengkap.

Etty said... [Reply to Comments]

et pun layan citer p.ramlee.. tahap hapal skrip... dulu kita je dok umh ngn mak ayah..adik & abg dok asrama.. layan sensorang pon jd... gelak sorang2 depan tv... p. ramlee best!!!

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Anak2 saya pun dah suka tengok cite2 P.Ramlee tgk berulang2 kali pun tak jemu..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

umah daku sudah lama tak de astro.... tunggu laaa da pindah umah baru nnt....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^