Follow Viruspadu

Thursday, October 28, 2010

Pendengar yang baik

Saje terfikir lalu nak share dengan korang :).

Kategori Pendengar 1:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Itu takpe lagiiiiiiiiii... aku lagi teruk kena ok... bla bla bla bla

kalau kategori macam ni, takyah cerita dah dengan dia hahaha. Sebab bukan dia jadi pendengar masalah kita, kita yang kena dangar masalah dia. Ni siapa yang jiwa kacau sebenarnya ni???

Kategori Pendengar 2:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Tu la kau, patutnya kau kena macam ni macam ni macam ni macam ni

Ni pun sama, lagi ko sakit hati ok. HAHAHAHA. Tetiba2 kita plak yang kena marah. Kalau nak cerita kat dia pastu kita kena marah baik takyah... pehhhhhhhh hindarkan orang mcm ni kalau nak luahkan perasaan ok :p

Kategori Pendengar 3:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Sabarlah... Sabarlah... Sabarlah... terimalah... terimalah... terimalah... dugaan... dugaan... dugaan...

HAHAHAHA selalu dapat tak pendengar macam ni. Tengah sabar la ni. Kalau tak sabar memang dah amukan dah. takyah stori kat kau pun takpe. Sengal ok!

Kategori Pendengar 4:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Eh jap lagi nak makan apa?

ni lagi sengal. nampak sangat dia tak amik perhatian kat kita. hahaha. lutut betul.


Kategori Pendengar 5:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Dia tu memang gitu. sengal nak mamp. aku benci giler ngan dia

ini batu api hahaha, daripada takde pape terus gaduh2 kang


Kategori Pendengar 6:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Kenapa? Dia buat macam mana?
Jiwa Kacau: bla bla bla
Pendengar: Kau mcm mana sekarang?
Jiwa kacau: bla bla bla


Yessss kategori ni yang kita cari. Carilah pendengar macam ni. Dia hanya mendengar. Sebab memang tu je biasanya yang kita cari. Kita bukan ceritakan masalah untuk orang selesaikan masalah kita. Cuma untuk ringankan beban di dada.


Jadi, korang pendengar kategori mana satu????


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

stormz said... [Reply to Comments]

sy yg no6 kot..hehe

cik hani said... [Reply to Comments]

kak, kite ade semua sekali...camne?kira teruk kan?hehehehe.

Zureen said... [Reply to Comments]

kita yang no .6...
nak ringankan beban orang kita kena la tanggung beban dia sikit kan kak....

nasaoji said... [Reply to Comments]

hoho..dgr je..kalu dia tny pndpat, kt jwp le..kalu tak dgr je, peh tu tny dia dah ok ke lum..tenang jiwa si jiwa kacau itu.. ;)

lilacfla said... [Reply to Comments]

waa i like ! selalunya saya macam no 1 ja. haha alamak. nak kena tukar ni!

lilacfla said... [Reply to Comments]

waa i like ! selalunya saya macam no 1 ja. haha alamak. nak kena tukar ni!

sya_zazoo said... [Reply to Comments]

yg no 6 tu payah nak dapat, lagi2 bila sipendengar tu sejantina. tapi kalau pendengar tu blainan jantina senanglah nak dpt yg camtu. contoh paling mudah isteri jiwa kacau, suami jd pendengar.
tapi kalau yg no. 4 ngan no.5 tu ramai ya amat! :)

princess_eryna said... [Reply to Comments]

daku x tau daku dlm kategori mane...hahahaaa... daku la plak yg split identity...huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^