Follow Viruspadu

Monday, October 18, 2010

Special Request :)

3 hari tak jumpa nisa. 2 hari tak jumpa anoi dan suami :(

Khamis malam jumaat lepas, malam tu kitorang melawat mak sedara kat spital, mertua saya pun ada. Nisa nampak je atok nenek terus dia macam ada gam daaaaa... Nisa kan terlalu manja dengan nenek atok dia. Sobab tu kalau tak balik rantau seminggu cukup la membuatkan dia gelisah. Asik tersebut-sebut nama nenek dia. Alahai nisaaaaaaa...

Jadi dia ikut nenek balik rantau. Jumaat saya dah bertolak bergerak ke PD. Ahad baru pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Yelah saya kan jarang outstation keluar kursus ke apa. Bukan takde tapi jarangggggg. Kalau kursus balik hari tu tak aci la kira. kalau en.laloque tu biasalah. Jadi jarang-jarang anak-anak saya ni tak jumpa saya selama itu. Jadi bila saya balik rumah semalam.

Ya Allah, syahdu nya tengok anak-anak rindukan sayaaaaa. Siyes syahdu sangat bila nisa nampak je saya di muka pintu terus peluk saya tanpa suara. Anoi pulak dengar je suara saya terus terjaga dari tidor. Lamaaa dia tenung muka saya tanpa dia bersuara. Dua2 berkepit duduk kat peha saya. SUNYI. Dalam limablas minit mcm tu. Lepas tu kembalilah kepada perangai asal gagagagaga... MELASAK budak budakkkkkkkkk

"kakak nak pegi taman, nak main layang-layang"

haaaaaaaa tengok budak ni, dia pandai menggunakan ruang dan peluang bukan!!! HAHAHA sebab time ni ko mintak je la nak apa, konfem dpt punya. Ko mintak nak penampar pun mama boleh kasik gagaga.

Layannnnnnnnnnnn

cubaan menaikkan layang-layang oleh papa


jangan tertipu itu dusta belaka haha. Laki den ni suh lari pun maluuuuuuu... adoi...

"lari la pa, baru la jadi"

egooo tu korang... cakap bini malas layan la tu hahaha

meh tengok heroin ko main layang2, ahkak ni juara layang2 sangkut wayar tiang letrik peringkat cheras baru dulu ni hahaha jangan menmen


kelas siap pakai spek kannnnnnnn. panas mencanak kauuuuu


akhirnyaaaaaaa berjaya!

nisa yang terlampau hepi dpt main layang2





ok dah, tata

lepas tu kitorang pun pegi ke jasko menjalankan tugas sebagai dutalantiksendiri.SEKIAN

Daripada,
Juara layang-layang terputus talinya. Eceh

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said... [Reply to Comments]

if i were in ur kids shoes, i mintak nak MAKAN KFC! muahahahha

yes that time zaman dolu2 makan kfc paling power dah laaaaa...kire makanan paling mahal laaaa ;p
plus sebab ade AIRCOND! muahahahhaha

marinahunny said... [Reply to Comments]

hahahahahahah hihihihi

luvmum said... [Reply to Comments]

huhuh sgt seronok tgkk.. pp anoi tembam gerammmnyee

princess_eryna said... [Reply to Comments]

nasib baik depa nak p main layang2 jerr...

p/s nisa & anoi... lenkali request laaa nak g genting... x pun, sunway lagoon jerr..hehhee

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

tersentuh sy..punya lah rindu anak2 kat vp...sedih...

princess_eryna said... [Reply to Comments]

stakat nih daku x pernah laa berjauhan ngan anak utk jangka masa yg lama... kalo ade pun... time daku warded kat spital... eh!!..lupe... ade skali ari tuh... sminggu ngko!!.... anak plak bf lg...aduyai.... kesian tau mak dia... bengkak...

dianahaznida said... [Reply to Comments]

ala..comelnya sangat...windu kat mama yek...muka anoi mcm sama with my 2nd son - MUHAMMAD DANIAL HALIFI..comel jek muka..pipi tembam...umur anoi 1 YEAR ++ kan?

viruspadu said... [Reply to Comments]

:: LadyVerde + Mr.Doc ::
kehepsi mmg sodap, saya dulu pulak langsung tak berani mintak pape. takuittttttt

marinahunny
nape golak haha

luvmum
pipi anoi tu jatuh

princess_eryna
**pitam** kalau nak gi genting haha

ui bengkak... tershekshoooo

Softtouch [Hanim]
tu la syahdu tau tgk muka dorang

dianahaznida
a ah anoi setahun lebih, :) sebaya anak kitooooo

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

sweet jer tgk akk satu family..ehehehe

princess_eryna said... [Reply to Comments]

haha... x kan pitam kot??.... nasib baik depa x request cam gitu...hahaa

MieZa said... [Reply to Comments]

dah lama tak main layang-layang..rindu lak...hee~

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

omg kak vp..pp si anoi tuh..makin gobus laa....nk geget jekk rs..

zaza said... [Reply to Comments]

hehe kak..nak babab montot anoi leh..hahaha..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^