Follow Viruspadu

Wednesday, October 06, 2010

Testimonial Ads :)

Maaf, Ini entry testimonial kepada mereka yang berminat meletakkan iklan di viruspadu.com. Mungkin maklumat ni berguna bagi sesetengah orang kan. So saya letak la ye. :)

Testimonial dari We Create You Decide :)

Masa mula-mula nak mula perniagaan, saya tercari-cari blog mana yang sesuai untuk buat iklan. Tapi saya adalah follower blog VP. Selalu baca blog dia dan rasanya blog dia paling sesuai untuk dibuat iklan sebab VP mempunyai reader yang ramai, hitz blog pun banyak. Kiranya sesuailah untuk iklan dalam blog VP. Saya pun terus email VP. VP terus layan je. Senang deal ngan VP ni sebab PR dia pun bagus. Vp tau apa yang kita nak dalam iklan. Senang tak payah cakap banyak terus iklan vp buat pastu bagi saya cek lepas sekali baca terus setuju. Senang kan deal ngan VP ni. Sebab dia mmg tau apa yg kita nak dalam iklan. Kerja ngan VP pun cepat dan pantas. Hari ni kasi iklan mlm dah siap terus email kat saya untuk tengok. Esok pagi terus iklan kat blog VP.


Iklan keluar je blog saya terus mendapat lawatan beramai-ramai dari reader VP. Ramai yang bagi email bertanyakan produk yang saya jual. Rasa berbaloi-baloi. Sekali iklan terus dapat pelanggan. Itu lah yang saya inginkan kalu nak beriklan. VP pun bagi sokongan selalu tanya ada customer tak. Dia selalu cakap mungkin ari ni tak dak lg maybe 2 atau 3 bulan produk saya akan dikenali. Itu kata-kata VP yang saya masih ingat sampai sekarang. Sebab apa yang dia cakap adalah betul.Ari ni kita perkenalkan produk kita untuk dikenali maybe next time pengunjung akan datang lagi untuk beli produk kita. Thanks VP atas kata-kata hikmat ni..Hahaha..Berbaloi-baloi iklan di blog VP. Cuba lah pasti puas hati.

Untuk lihat lebih banyak testimonial. Klik sini.

Terima kasih semua yang telah memberi kepercayaan kepada viruspadu.com untuk mengiklankan produk anda. Tahniah yang dah berjaya membuka butik dan sebagainya. Saya harap setelah meletakkan iklan disini keuntungan anda berganda-ganda. Amin.

Jika berminat, emel ke viruspadu@yahoo.com atau terus ke michelle.teh@nuffnang.com

Terima kasih.


3 komen[s]:

nasaoji said... [Reply to Comments]

tahniah tuk kakak juge..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sy pun kalu ada blogshp pun akan iklan kan kat vp..VP bukak kan rezeki jgk utk dorang, yelah kira menolong jgk tu..teruskan vp..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

VP mmg sesuai jd 'papan iklan'... kalo ade ape2 biz iklan kan aje kat cnie.... kompom ramai yg nak beli..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^