Follow Viruspadu

Thursday, October 07, 2010

Vaseline Party At Luna Bar

Salam,

Akhirnya saya sempat jugak nak storithemori pasal event Vaseline :) padahal dah janji semalam kan nak update. Semalam malam saya adalah tidak sihat. Jadi otak jem sikit wakakakaka. (tetiba gelak! nampak sangat otak jem)

Ini first time kot kan saya hadir event kena pakai cantik-cantik (dan perasan cantik). Sebelum ni saya hadir biasa-biasa ajer kot. Pakai jeans, pakai top. Bla bla bla. Mekap kalau teringat. Calet mekap ala kadar :p

Tapi bila event yang saya tengok siap ada artis bagai. Terus mengelupur hahaha.

Dapat je emel jemputan dari nuffnang kepala terus pening nak pakai baju apa. Pening je la tapi cari bajunya tidak muahaha. Bizi cari baju kat online yang lebih :p. Cantik oooo dress2 online. Meletop-letop lawa dia. Terima kasih julia, lenny dan beberapa lagi rakan yang sama-sama susah payah bagi link blogshop online kasi saya tengok. Korang memang best la. Sahabat macam ni susah nak jumpa tau. SYUKUR.

Baiklah.

Majlis kalau ikut dalam emel yang saya dapat. Start kul 5 petang, habis jam 9 malam. Jadi selesai make-up jam 4.15 petang kitorang terus la ke luna bar KL. Setelah sesat beberapa kali. Apakenentah asik garmin recalculating dan menyuruh kita melanggar dinding bangunan hahaha. Pusing-pusing tak jumpa jalan masuk bangunan kemain tinggi lagi, pintu masuk hilang dari pandangan eceh. Tu pasal 5.15 kot mcm tu baru sampai.

Sampai2. Parking. Tengok-tengok dekat lobby penuh orang. Rupanya luna bar tu bukak 5.30 daaaaaaaaaa. So takpe la. Biar sampai awal jangan lewat :)

Luna Bar


Penuh umat tau kat sini. Sampai rasa macam nak potong barisan je hahaha. Tak tahu barisan dia melengkau ke mana ntah. Tak tahu mana hujung mana pangkal. :) Tapi berjaya la register dengan success.


orang yang pertama saya jumpa. nuffies :) michelle :p


lalok n rizman


Korang tahu-tahu je la. Ini jugak first time saya hadir event tanpa ceera kot. Sedih lak rasa. Terus rasa macam sunyi je tau. Walaupun ceera tak follow tapi kitorang tetap bersms bgtau update. Siap MMS bagai. Poyos kan haha.

So bila nak cari geng duduk sama-sama lah yang susah sikit. Nasib baik la nampak ciklilyputih, kakinakl, fara ada. terus join dorang.

Model Vaseline lantik sendiri.


Masa register kitorang diberikan satu beg yang penuh dengan losen vaseline tau. So saya datang dengan enciklalok. Maka saya dapat dua beg sudah. Wuwuwuwuw. Ini stok untuk 5 tahun ni hahaha. (tipu)

Kitorang lepak-lepak borak-borak. Dalam jam 6 lebih kot. Bermulalah Event ni. Hostnya adalah si ayu Jojo. Dia memang lembut dan manja dan ayu kan. Suka tengok dia cakap. Macam stylo giler.

cantik kan view. Belakang siap nampak kl tower :)

Game yang pertama. Mencari pasangan. Masa kitorang register. Kitorang diberi satu namecard la. Saya dapat nama era fazira. Jadi kena la cari pasangan era. engku emran. Saya blur ok lepas nampak nama era. Siyes blur. Boleh tak saya memula terbayang awie hahaha. Jem betul. Lepas tu terbayang yusri. Lagi blur. Jenuh nak ingat siapa nama engku emran. Asik terbayang suria.fm je. Adoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Orang lain susah payah cari pasangan. saya senang je jumpa. depan mata haha.

lalok pun senang jumpa.


Antara blogger yang saya jumpa, msxeroz. first time jumpa masa event shoeville


Wahahahahahaha gelak dulu sebelum cerita. Sebab!

Saya rasa macam jumpa artis hahahaha.

Jumpa Audrey fourfeetnine :)

Macam tak percaya pun ye oi. Yelah sebab selama ni saya baca blog dia je. Comelllllllllll sangat saya rasa dia ni. pastu blog very funny wan. Siap neves-neves. Poyo kan.

"Aud, I minat You, I dah lama baca blog u"
"sejak bila?"
"sudah lama la, tak ingat"

Terus jem otak kakjemah hahahaha. Tengah neves kan lepas tu kena tanya soalan. Terus rasa soalan tu soalan killer lagi susah dari soalan addmath SPM dulu. (tapi saya tak amik paper addmath dulu hahaha)

new fren merrinette


with nicholas nuffnang (country manager at nuffnang ok, giler kagum :p)


Vaseline, sila amik saya jadi duta sekarang jugak. Ini paksa!


dengan ciklilyputih


with jojo

Dia sangat gojes ok. Lawa banget.

banyak aktiviti lain sebenarnya selain makan makan makan yummyyyyyyyy. Ada game cari pasangan tu. Kena naik pentas lah. Hadiah giler lumayan. Tapi takde rezeki saya. Tsk

Lepas tu ada pertandingan teka kulit tangan member. Pun saya tak join. Rugi hadiah lagi :p

Dan paling tak boleh blah dan paling dinanti-nantikan adalah persembahan Yuna. Yeayyyyyyyyyy. Suara dia merdu ok. Merdu gemersik giler. Bayangkan balik ajer terus saya add dia kat twitter. Yuna nanyi beberapa buah lagu je. Antara 5-6 lagu kot kalau tak silap. Saya tahu satu lagu je lah "yang sebenarnya" tu. Yang lain layan hangguk2 kepala je la. hehehe


with jes :)


ehem. Dengan yuna dan kakinakl


with shoulin tiger. Tinggi dia ni kan. Ini kali ketiga kot saya jumpa dia. Tapi tak pernah sembang beria la. Senyum2 simpul je. I kan pemalu. Eceh.


Ceh sembang kencang nampak. Cuba teka kitorang tengah sembang apa?

Dia cakap apa tau kat saya.

Ehem ehem ehem. Malu la nak bagi tahu korang. Nanti korang kata I jobo plak hahaha. Takpe. Ayat-ayat yuna saya simpan dalam hati dan jobo dengan adik beradik sajork haha. Yuna ni ayat manis tauuuuuuuuuuu :)

My very first pict berdua dengan suami tercinta. :) malam tu. Sedondon kan


Sebenarnya saya bajet saya nak menang best skin tu hahaha. Cita-cita tinggi menggunung ok. Over sangat!. Padahal... memang tak layak. Bukan apa korang. Saya terbayangkan handbag coach tu haaaaaaaaaa. Untung la kalau dpt beg tu. Takyah kuar duit susah payah nak beli kan. Tapi takde rezeki saya. So ok lorrrrrrrrrr. No heartfeeling okeh.

Untuk Best Written Blog Posts saya memang tak jangka apa-apa lah. Saya tak rasa pun saya akan menang apa-apa hadiah. Woi yang buat entry tu berapa ratus entry woiiiiiiiiii. Apalah sangat entry saya untuk dipilih. Saya bajet yang speking omputih je menang haha.

So masa announcement pemenang saya rilex buat dek je. Sekali en.laloque cuit saya.
"Ma nama ma"
"haaaaaaaaah"

terkedu :)



Walaupun hanya consolation prize. Takpe la. Janji menang. Hadiah dia boleh la kaver duit baju malam tu hahaha.

Nah ini entry pemenang. Ada masa pegi baca ek :)

1st prize: http://www.bedtimestorie.com/2010/09/moist.html
2nd prize
: http://notadramaqueen.blogspot.com/2010/09/are-you-moist-enough.html
3rd prize: http://theeggyolks.blogspot.com/2010/09/are-you-moist-enough.html
Consolation prize: http://nicolettegold.blogspot.com/2010/08/are-you-moist-enough.html
Consolation prize: http://syidamumue.blogspot.com/2010/09/are-you-moist-enough.html
Consolation prize: http://c-chingz.blogspot.com/2010/09/are-you-moist-enough.html
Consolation prize: http://www.viruspadu.com/2010/09/are-you-moist-enough.html
Consolation prize: http://stephy-lhy.blogspot.com/2010/09/are-you-moisture-enough-are-aree-are.html

dan sebab menang tu saya dpt lagi beg yang dipenuhi dengan losen vaseline. pemurah betul vaseline ni tau. I likeeeeeeee.

Lepas ni siapa datang rumah saya, saya bagi buah tangan losen vaseline hehe :p

Terlalu banyak gambar untuk saya kongsi dengan korang. Kalau ada masa dan ketika saya buat entry yang saya letak gambar2 lagi ok. Tapi tak janji la. Sori banyak gambar saya tak masukkan dalam ni. Nanti saya masukkan dalam fesbuk ek.

Terima kasih Nuffnang, Terima kasih Vaseline :)

Sekian.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

26 komen[s]:

marinahunny said... [Reply to Comments]

cantiknye jemah...siyes saya naaaakkk sgt jumpa. brp kali ntah mimpi jemah satu family...sbb dh minat sgt smpai termimpi2..hakhakhak

z a w a n i b a d r i said... [Reply to Comments]

kak jemah, u look stunning! :)

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

saya tauuuu apa yuna ckp kat awak.. hehehehe mcm CT N kan.. ekekeke... ish3x kagummsss siooottt cam artis mek nie... kombang laie laaa si laloque tuh... ekekeke...:)

atreyu strange said... [Reply to Comments]

tahniah kak jemah. har har har..

appledia said... [Reply to Comments]

Kak Jemah dah jadik ...erra?
Kelassss!^_^

mia said... [Reply to Comments]

bestnye sis....macam seronok je...btw, thniah tau akak..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya........jumpe artis lagi...vp sgt cntik ...mmg sesuai ngan vasseline tu..mmg nmpakmlembut jer...tahniah vp...lepas ni bolehlah buat contest adiahnya lotion2 tu..yelah kata banyak...nak jugak...:)

aSmiDar said... [Reply to Comments]

Besnya kak jemah..
lebih pada artis dah ni..
dah la bnyak adih..huhuh

@yu said... [Reply to Comments]

anda sangatt cantikk.
saya ingat Siti Nuhaliza tadi... heheh Cik Jemah ghupernye...

kak ina kl said... [Reply to Comments]

memang best jumpa kamu..semuga kita jumpa lagi yer..

Teh Tarik Drinker said... [Reply to Comments]

nice pics! next event kena try tegur ni! :D

tehtarikmemoirs.com

Mommy Ling said... [Reply to Comments]

Hello...congrats to ur winning entry! U looks gorgeous in sweet pink even my hub said so.

Ogy said... [Reply to Comments]

erkk tetiba rasa nk pi beraya umah puan jemah..ekeekek...esok last day raya nih... :)

no need to reveal said... [Reply to Comments]

nak satu losyen vaseline ehheeh

Sumijelly said... [Reply to Comments]

yeah.......nak dtg umah VP..nak losyen...hahahaha

bagi alamat..sekarang jugak **paksa nie** hahaha


Sumijelly.com

JAI said... [Reply to Comments]

Adoiyaiiii..rugi tak gi wehhhhh..buleh mandi dalam kolam tu..cehhh

yaTy ♥ said... [Reply to Comments]

ah cunnnnnn nyyyaaaaa..
hehehe..
serius kak.. cun giler..
skali skala mekap kaw2 kan..
nie lar hasilnya..
=)

Mulan said... [Reply to Comments]

Mah , thank u :) nama Julia keluar dalam blog VP !!!!!! giler suka ;)))))

nasaoji said... [Reply to Comments]

buley..buley..layan baca kat hari2 mau, layan gambar kat fesbuk... ;)

Lenny said... [Reply to Comments]

mmg cunnnnnnnnnnnnn! mesti yuna cakap... u sangat cun and sangat sweetlahhh.....

hahhaha.. btw, jd tak jual tudung2 tuh.. don;t worry.. mesti confirm ramai pembeli nyer lah..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

bile laa bleh jumpe jemah nih??... nak tgk skin dekat2...hahaha

che ann said... [Reply to Comments]

vp...

nnti buat kontes lagi..bg hadiah losen yg byk tu..he he

kalau bagi saguhati utk yg tak dapek belkin hari tu pun ok gak:)

lily lotus said... [Reply to Comments]

bestnya :)

linn said... [Reply to Comments]

alaaa...nak tau jugak apa yang yuna cakap.

nisa sudah! said... [Reply to Comments]

kak sy pon nk gak losyen free..hehheeh

SizZLing SuZai said... [Reply to Comments]

salam hi der..

hehe akhirnye sampai ke blog akk juge(cn i cll u that??! ^^)
congrates mng tau..
saguhati pon free2 jer rm200 tau
heheheh JELES!!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^