Follow Viruspadu

Thursday, November 11, 2010

2 kali satu malam mana larat

Malam tadi adalah tragis. Tragis kenapa?

Sebab ni lah.

hahahaha eh gelak pulak dia. hahaha.

mcm ni. malam tadi kitorang mmg tak masak ke apa. saya balik rumah dulu. en.laloque balik rantau jemput nisa. saya dengan anoi lepak rumah. sementara tu pesan kat en.laloque suh dia singgah beli satey.

so dinner kitorang malam tadi adalah satey dan yong tau fu sop. eh ini memang feveret la wei. memang tiap2 minggu mesti ada satu malam ini la menu kitorang. mmg menu sama. dua sajian ni lah.

nisa nak makan sambil joget2 depan tv. jadi dia gi bawak mangkuk yong tau fu depan tv. ntah macam mana ntah dia nak letak balik atas meja. susah kot dia nak menari mangkuk tu kat lantai. mengganggu step kekdahnya hahaha.

dia angkat je mangkuk tu. tangan dia licin kot. terjatuh. pecah.

keadaan panik.

kitorang panik takut anak kena kaca.
nisa panik takut kena marah.
anoi tak panik langsung hhaahahaha

lalu saya jerit

"kakak, jangan gerak, ikut sana, naik atas katil, cepat" ~ dia ingat saya marah, terus blur
"apa mama, katil mana mama"

hahahaha katil mana lagiiiiiiiiii hahahaha nak gelak betul la. tapi tahan je.

"anoi, ikut kakak naik atas katil"
buat dek jalan menghampiri kaca pecah sikit tak panik dia hahaha

so setel, sapu2 kaca, mop2 lantai.

jadi kitorang dinner satey bersama sup kosong sahaja. jadiklah. itu rezeki malam tadi.



tetiba budak2 nak makan kokokrunch plak. budak, kalau malam biasalah. mintak macam2 saje nak dera makpak la tu hahahaha. makan tu tak sangat. main yang lebihnya.

saya layan la anoi suap2 mulut saya. pastu saya jeling en.laloque mintak dia take over saya ada hal kena setelkan. tiba2 pangggggggggggg pecah lagi

bukti kejadian

"kenapa pa?"
"pecah lagi"
"hahahahahaha"

saya gelak sebab ini mangkuk yang kedua pecah. kelakar tgk muka laki den bengang tu ha. bengang dalam diam. tetiba nisa nyampuk

"takpe papa, jangan risau, mama tak marah tu, nampak tu mama gelak" (muka serius pujuk papa)

hahahahaha bertambah2 saya gelak. tak menahan betul ayat nisa tu. ni sape pecahkan sebenarnya ni. apasal papa kau pulak kena risau ni. padahal anoi yang pecahkan.

"anoi, ni sape pecahkan ni, papa ke anoi?" ~saje tanya anoi
"paaaaa" ~ dia jawab

hahahahaha kelakar kelakar

korang boikot papa korang heh hahahaha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

18 komen[s]:

akmal said... [Reply to Comments]

topic n intro bikin pnas woo..saspen betoii..

zAnNa@mAMaBaTriCE said... [Reply to Comments]

kelakar tak hengat ayat si nisa tu....penuh confident jer dia meyakin papa dia yg mama dia tak marah...anak2...akal nyer kemain panjang lagi...

pinggan baruuuu ler lepas nie....i like!

Sya said... [Reply to Comments]

hehe...comel sangat nisa ngan anoi ni...

cantik tuuuu mangkuk yg pecah tu...tp biasa la kan kak jemah kalau ade anak kecik ni...saya esok xtau la cemana...

Sya said... [Reply to Comments]

hehe...comel sangat nisa ngan anoi ni...

cantik tuuuu mangkuk yg pecah tu...tp biasa la kan kak jemah kalau ade anak kecik ni...saya esok xtau la cemana...

Emmy said... [Reply to Comments]

belum apa2 kena gelak baca tajuk dulu okeh...otak dah ke lain!...papa tu kenapa? risau kena ganti mangkuk vantage baru ek?

viruspadu said... [Reply to Comments]

tajuk kontroversi hahaha

MrS. F!zA said... [Reply to Comments]

hahahahhaha aduila tak tertahan napas nak tergelak.. kalo cam gini 1 mlm 2x harus pitam!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betul tajuk sgt kontrobersi..he he he...kesian papa dia..lepas ni dpt pinggan barulah vp...

~ SRI BRIDAL ~ HOUSE BOUTIQUE, KAJANG , SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

uisshhh..tajuk very the Jamu Mak Dara...

terkujat ai.

haha!

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

hahahahahahahahaha..nak gelak sekali..comel jer anoi jawab paa :p

+ aisyah + said... [Reply to Comments]

anoi maintain choomeeellll!!! hahaha~ suka suka~

missrivebell mumun said... [Reply to Comments]

hahaha adakah petanda nk kene carik yg baru?? hihi

Azrine Razak said... [Reply to Comments]

Adoi ai..tergelak guling2 bila baca entry ni. Kelakar-kelakar..hehe.. Nisa & Anoi sangat bijak! :)

LiErOSe~QiEmi said... [Reply to Comments]

comel laa jawapan anak2 kak jemah hahaahah.. buat saya tersenyum2 dipagi ari ihihih

Sumijelly said... [Reply to Comments]

hahaha,.......sebaik ada anak penyelamat marah + geram.. kehkehkeh..
tak dpt di bayangkan mcm mana la si anoi tu menjawab.. kehkhkekeh

Sumijelly.com

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

hohoho...nk marah trus x jadi...bijak ank akak laa..

lily lotus said... [Reply to Comments]

nisa yang forever bijak :)

aiDieNa said... [Reply to Comments]

Memang kelakar.. hahaha.. baik punya pujuk eak Nisa.. hehehe

Anoi: saya tak bersalah.. papa yang pecahkan..

Lawok.. lawok...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^