Follow Viruspadu

Thursday, November 11, 2010

2 minit

Semalam tengah meleka-leka mencari maklumat proxy bypass bla bla bla gugel gugel gugel tetiba ismy daniel (wah nama glamer tau nok) masuk bilik nak pinjam penimbang (patutnya kena letak tabung sebelah penimbang tu, 20sen sekali timbang. terus kaya hahaha) sambil tu mulut dia membebel2 plan nak masak megi. saya dengar je terus nyampuk.

"ha nak masak megi, kalau betul cakap dengan akak, biar akak sponser" ~mcm biasa ayat tokok tambah

wah kelas kan, sebab cakap "megi" terus nak sponser. cuba kalau dia cakap nak makan kek secret resepi terus buat2 kusyuk berkerja bagaikan tidak mendengar apa-apa hahaha.

so waktu lunch pun kecoh-kecoh riuh rendah la, yang mana potong ayam, yang mana potong hotdog ntah apa benda lagi diorang buat. saya ada diskusi dalam bilik meeting. Habis2 meeting je tahu2 dah siap dah. yahoooooooooo I gumbira kerana berjaya mengelat tak tolong masak hahaha tolong makan tu harus.

tu diaaaaaaa... giler meriah dengan bahan-bahan. sedap tak boleh blah. sampai sekarang teringat2 okeh

ayooook sedap seperti halilintar memecah bumi.

"alamak nak tambah lagi boleh ke?" ~kata puan su (ceh nama formal)
"boleh, tambah je la" ~ kata puan zai (yekkk zai)
"jap nak tambahlah"
"tgk kalau banyak lg, saya nak tambah jugak"

hahahah itu tujuan kak jemah menyokong kata2 mekchu rupanya hahahaha. dia pun nak tambah jugak hahaha

layan megi sambil layan cite endon kan. mana tak syiok berganda wallawehhhhhhhh

lagi syiok makan takyah masak, megi orang hidangkan. pinggan takyah basuh. memang TERBAIK.

terima kasih la korang yang masak2 megi ni. terima kasih ismy denial, senah sirap erm sape lagi masak ek saya tak tengok plak... saya ni sponser je tapi tenaga korang lebih bermakna daripada duit saya yang tak seberapa tu tau.

lenkali nak masak megi lagi kasik tahu lagi. tp megi je lah hahahaha... eh eh gurau :p

mana nak carik opismate macam ni uolsssssssss... kelas opismate kau nokkk

pict ehsan puan su. kopipes tanpa keijinan pulak tu.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

cik hani said... [Reply to Comments]

huhu.sian saye...xdpt rase yang banyak isi dpt megi kosong je..hehehe.

Tn.Punya said... [Reply to Comments]

sedapnya makan.. bawak mai sini sikit.. lapar ni..hehehe

eT said... [Reply to Comments]

sedap plak tgk megi tuh...
ye ker 2 minit...
macam2 ado tuh..huhu

CLICK LA KALO RAJIN :) TQ


CLICK LA KALO RAJIN :) TQ


this Saturday at Laundry Bar! :) TQ

shiela said... [Reply to Comments]

megi tu mmg nmpak sodap..hee..

lily lotus said... [Reply to Comments]

sungguh sedap melihatnya. apatah lagi merasanya. huhuhu...

Sumijelly said... [Reply to Comments]

aiyok.....sedap tu..hehehe

Sumijelly.com

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

perghhhh...tgk pon kecur nih...ni balek nk wat megi mlm kang..

mekchu said... [Reply to Comments]

pn zai, hahahaha... geli mat mat mat la pulak.. thanks belanja megi yg sodap sgt.. kalo wat acara mngguan mmg setuju sgt..

pn.sue mmg baik hati.. dia nak restoren berputer je sbg pengganti.. hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^