Follow Viruspadu

Saturday, November 27, 2010

Arnab dan Kucing

Perbualan nisa dengan papa dalam kereta semalam

Nisa: Papa, kita nak arnab la papa
Papa: Susah nak jaga kakak, kakak tu pandai ke
Nisa: kakak pandai la papa
Papa: OK kalau pandai, Arnab makan apa?
Nisa: Apa la papa ni, Arnab tak boleh makan makanan kucing (tetiba kan :p)
Papa: hahaha kenapa pulak?
Nisa: Sebab, kalau ia makan makanan kucing, nanti kucing marah ia, sebab arnab makan makanan arnab la papa. (putar belit la nisa ni hahaha)

.....

Nisa: Papa, Arnab makan apa?
Papa: Arnab makan makanan arnab la
Nisa: Eh papa ni mana boleh jawab mcm tu (hahaha bila kena sendiri marah pulak tu hahaha)
Papa: HAHAHAHA
Nisa: apa la papa ni, itu pun tak tahu, Arnab makan kacang tau. Arnab suka kan kacang, ia yang bagi tahu kakak sendiri! (haaa!!)




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

IxoR@ said... [Reply to Comments]

Pandainyer....

Ada je jawapan si nisa ni....

hehehehe....

Fariq said... [Reply to Comments]

hahaha,,,
pandai btul si nisa,,
lwk2,,,

aZLiNa aZiZ said... [Reply to Comments]

So sweet ;p

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

amboi pandai putar belit fakta...bayang besar nanti

papa: nape balik lambat?
nisa: bus tebalik tayar ke atas...

kahhhhhhh cammano tuhh... tecik2 dah pandai putar belik...

mannira said... [Reply to Comments]

so cute la ni nisa ni...

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Cerdik anak comel ni..apa lagi VP belikan dia arnab..

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

carrot la nisa...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^