Follow Viruspadu

Monday, November 15, 2010

Cepat sembuh ye akim :)

Minggu lepas kitorang satu family diterperanjatkan dengan berita yang anak buah saya yakni anak abang saya sakit lalu kena masuk spital. Mulanya saya ingat demam panas sebab hari tu memang dia ada demam-demam, kot la tak kebah-kebah tu yang masuk spital tu kan. Yelah nisa dengan anoi kan selalu macam tu.

Sehari lepas tu, tengahari mak saya call, bagi tahu yang akim masuk spital, mak saya jaga akim tengahari kat hospital ampang nun. Abang saya ude jaga dari 6.30 petang sampai 2.00 petang esoknya. Mak saya pulak amik syif tengahari 2.00 petang sampai 6.30 petang. Supaya abang saya dapat rehat la sikit mandi2 tido apa semua.

Mak saya cerita dalam fon sedih sangat. Akim kalau nangis sampai mulut terkoyak berdarah. leher bengkak, kaki bengkak, taknak makan minum. Sedihhhhhh.

Petang tu abah saya pulak call, bagitahu perkara yang sama. Rasa macam masa tu jugak nak balik cheras nak tengok akim.

Lepas tu abang sulung saya pulak call. alahaiiiiiiii...

Alahai dugaannya ude saya sekarang. Sudahlah ida baru je melahirkan, baby mia baru keluar NICU dan masih dalam pantang. Akim pulak sakit. Alahaiiiiiiiiiiiii...

Menanti sabtu. Tak sabar jumpa akim.


Hospital Ampang ni tak boleh bawak budak yang bawah 12 tahun. Jadi anak2 tinggal la kat rumah. Kononnya 1st batch pegi dulu, so nanti kitorang balik, 2nd batch yang jaga anak tadi pulak pegi spital. So 1st batch yang pegi saya, kaklang, kakcik, abanglang dengan ajoi.

Sampai2 je hospital, akim nampak saya terus dia nak peluk saya. Tidakkan itu sangat menyedihkan. Dia mintak saya dukung. Dia taknak orang lain, nak makdak jugak. **TERHARU**

Masa saya dukung akim, jururawat panggil sebab nak amik tekanan darah dia. So sambil saya dukung sambil amik bacaan tekanan darah. tinggi bacaan dia. risau saya.

Saya dukung akim sampai la dia tertido di pangkuan saya.


Sebab tak sampai hati nak letak akim atas katil dan dia taknak orang lain, kalau letak atas katil nanti dia nangis. kalau dia nangis nanti mulut dia berdarah. Jadi tak dapat nak balik awal. Maka 2nd batch kat rumah tak dapat pegi spital sebab takde sape lak nak jaga anak-anak kat rumah.

Saya dah tahu penyakit akim, tapi takpe biarlah rahsia. Harap akim cepat sihat dan dapat balik rumah ye akim. Ibu akim rindukan akim kat rumah. Nanti makdak balik rumah opah kita main sepak bola sama-sama ye.

Love u akim.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

14 komen[s]:

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

kalau di benarkan, share la di sini penyakitnye. boleh jadikan panduan.

saya pling xthn tgk budak kecik sakit. kasihan betol. rasa nak menitik je air mata.

cepat sembuh ye akim

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

alahai siannyer dia..kecik2 dah amsuk spital..mesti mak dia sedih dahlah tgh pntang..sabar yer kak ida...

semoga akim terus sihat sperti biasa..

My Life My World said... [Reply to Comments]

Semoga AKIM cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. AMIN

maz said... [Reply to Comments]

salam vp..

semoga akim cepat sembuh.. amin

S!eZaN said... [Reply to Comments]

Cian Akim,semoga cepat sembuh..

deasa said... [Reply to Comments]

vp
saya yang baca dah rasa sedih
lelagi part bila nangis mulut dia darah tu :(

harap akim cepat sembuh
amin...

~ fiza said... [Reply to Comments]

sedihla bila tgk budak2 ni sakit, dyorg bkn tahu ape.... *sayu..

smg akim cpt sembuh ye..

danishahumaira said... [Reply to Comments]

ala siannya, hope akim cepat sembuh, buat ibu dan bapa akim smg anda berdua tabah dgn dugaan ini

lily lotus said... [Reply to Comments]

siannya dia. cepat sembuh yer...

Mohd Sufian said... [Reply to Comments]

VP kalu boleh nak tahu penyakit akim..semoga akim cepat sembuh

nizza-abira said... [Reply to Comments]

salam kak vp...
sy mcm dpt agak je bila kak vp kata mulut akim berdarah.
apapun harap akim cepat2 sembuh dan kembali sihat spt biasa.

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

smoga akim cpt sembuh..sedih tgk muka die...

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

alahai...siannyer akim...memang rase sedih sangat bile tengok budak kecik sakit..saye pernah lalui dulu:(

saye doakan akim cepat sembuh yea...aaminn..

edrina said... [Reply to Comments]

alahai siannya akim.. sedih tgk akim..tentu dia rindukan mak dia tu.. sedihnyaaa... huhu.. Akim cepat sembuh yer nak..amin







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^