Follow Viruspadu

Friday, November 26, 2010

Disney: Rapunzel: A Tangled Tale ( Penuh)

Mula-mula cerita dia macam ni, tp bukan la cerita rapunzel tu. Tapi al kisah mcm mana saya boleh pegi tengok cerita Rapunzel lah.

Saya dapat emel dari jacq churp2 jemput saya hadir tengok Rapunzel ni rabu malam kat ecurve. Saya baca emel rasa macam nak cium2 monitor (over hahaha) sebab saya kan ada memekak2 kat fesbuk ngan twit nak tengok wayang, tapi apakan daya, terlalu banyak halangan kan. Kang tak pasal2 je adegan balik naik teksi berulang kembali. hahaha.

Kalau sebab saje-saje memang takde la. Tapi saya anggap ini kerja. Sebab lepas saya tengok saya akan review kat belogkan. gituuu.

Sesudah dapat emel, diskas dengan en.laloque diskas dengan kaklang. Dua-dua setuju. Kaklang setuju nak tolong jagakan anoi dengan nisa. En.laloque pulak ijinkan. Terus balas emel. :) Terima kasih churp2 :) (ehem nak jana pendapatan dengan churp2, sila klik entry lama saya ye)

So seperti yang dirancang, habis kerja terus ke shah alam daripada seremban. Hantar nisa dengan anoi dulu. lepak kejap sembang2 dengan alang, terus ke e-curve.

kat sana jumpa ramai la kawan-kawan dan blogger. Jumpa team nuffnang, sembang2, jumpa blogger senyum2 (malu lebih hahaha),

"eh dari mana?"
"dari seremban"
"so lepas ni balik seremban balik lah"
"tak, balik shah alam dulu"
"oooo... esok cuti ke?"
"takde lah, esok keje mcm biasa"

hohohoh... yelah seremban ke e-curve mcm terasa jauh sangat kan. tp mmg jauh pun :p Tapi saya suka ok. Saya mmg suka, kalau ada wayang2 lain yang churp2 atau nuffnang invite mesti saya pergi punya walaupun dari seremban. walaupun esoknya kerja. walaupunnn... :)

Dah la kakjemah. Cerita Rapunzel tu mcm mana best ke?

bayangkan, en.laloque yang awal2 mengantuk dan dah plan nak tido dalam wayang boleh segar bugar tengok sampai habis. Jadi bayangkan betapa best dan kelakar dan sedihnya cerita Rapunzel ni :p

Hero. ujin :p


Masa ni kelakar, dia bangga muka dia ada kat situ, tp dia tensen hidung dia tak sama hahaha. boleh pulak macam tu


ahli sihir



sesumpah binatang peliharaan :) kelakarrrrrrrrrrrrr sangat benda ni tau hahaha


cerita dia mula2 mcm ni.

Raja ni, permaisuri dia mengandung. masa mengandung tu bini dia sakit. lepas tu dia arahkan rakyat cari ubat. jumpa la penawar dia bunga yang merawat penyakit gitu. ehhhhhhhhh... kang korang tahu lak kisah penuh dia lalallalala tak jadik la cerita hahaha :p gi tengok sendiri ok

tapi memang sedih masa Rapunzel ni kena culik dengan ahli sihir tu, tengok raja ngan permaisuri bersedih. Tersusuk ke hati ku ok. Yelahkan anak hilang, sape tak sedih kan. Makan dalam ok. Sodih.

taknak cerita. nnt pecah rahsia kenapa dia pegang kuali ni hahaha






Kuda ni paling kelakarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


cerita ni kita seronok sbb dia takde la mcm cinderela yang takut2 dengan mak tiri pastu biarkan diri kena buli tu semua. Tapi dia mmg jenis berani melawan. Yeeee itu yang kita mahu hahaha. Letih la kalau tgk yang kena buli2 ni tau.

Ending dia best gilerrrrrrrrrrrrrrrrr...

cerita dia dari awal sampai habis semua best, takde waktu yang boring pun, semua scene best :p

korang kena tengok weiiiiiii... 3D lak tu kan. Terasa nak capai2 je dengan tangan hahaha.

Wayang habis jam 11.30 mlm. dan saya terus pulang ke shah alam dan terus ke seremban dalam jam 1 pagi.

walaupun lewat esok keje. Eh, sikit tak merungut. sebab ini minat saya :)

korang mesti tgk Rapunzel ok. erm berapa bintang mau kasik. kalau rate dia 10 bintang, saya nak kasik 11 hahaha. well biasalah. over :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

bes ekk kak vp...nk tgk laa weekend ni..

mama nurins said... [Reply to Comments]

nak tengok...tp handbag saya dua orang tu mana nk letak eh??diaorg xmau org len. nak mama papa jek...kene mtk cuti nih

cik gObu said... [Reply to Comments]

hehehe
mmg best
satu panggung gelak

but serius
first jumpa VP in person

aduhh
terus ckp
cantik nyerrrrr

dan baik sgt
juga sangat manja :p

jgn lupa insiden salah seat tao

:D

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

wah..sgt excited nak nengok..kalu tak esok.minggu depan..and harap Ian pun suka ..semalam dia dah negok preview kat tv...suka2...

JAI said... [Reply to Comments]

Laa..ngko pegi ker jemah dari seromban laie..adeyy..rajinnyerr..jalan cerita nampak menarik..bawak budak2 mesti suka..

appledia said... [Reply to Comments]

Memang best!Wajib tuntun,bawak anak2 lagi syiook!

Faizaharis2 said... [Reply to Comments]

wahhhh nk tgk jugakkkkkk laaaa...tak kiree nak jugak...haha

IxoR@ said... [Reply to Comments]

Mmg nk tengok!

Selalu mesti terpengaruh dgn VP ni tau.... Apa yg best, itu la yg kite nk try!

Hehehehe....

MieZa said... [Reply to Comments]

saya mesti tengok...hehe

shila said... [Reply to Comments]

best kan kak cite ni...masa bnda yg mcm tanglung tu kuar rasa mcm nk capai2 je...sbb rsa mcm ad depan mata je...hahahha klu panggung x penuh semalam konpem sy try nk capai2 juga benda tu...

lily lotus said... [Reply to Comments]

mesti terus feeling cute lepas tgk citer ni..hihi

Atiqahtuty said... [Reply to Comments]

na tengok na tengok
eh da keluar ke kat panggung?

zino said... [Reply to Comments]

boleh bawa hazwan tengok ni...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^