Wednesday, November 24, 2010

Episode 27: U pink my heart

Petikan dari episode 26

Setelah sembang baik punya. Tetiba saya diterima. Pehhhhhhhhhhhh

Bukankah ini perkara terindah dalam hidup muahahahaha

paling best sebab UPM ni dengan Putrajaya sejalan dan amatlah dekatnya... ewahhhhhh

...............................................

Inilah perkara terbest yang saya rasa bila saya dapat bekerja di UPM. Walaupun best dia ala-ala best separa sebab kalau terus dapat keje tetap lagi best la kan, ini keje sementara je elaun pun alcipotottt (bukan cipot laki ceera haha) tapi lebih dari cukup la untuk saya tampung hidup masa tu.

Jadi bermulalah rutin diari hidup saya dijemput kekasih di atas bukit seawal jam 7 pagi dan dihantar pulang jam 6 petang. ye tetap di atas bukit. Giler kau nak jemput hantar depan rumah. Nak kena libas pungkok ke apa hahaha.

Saya ditempatkan (dibilikkan, eh ada ke ayat ni hahaha) di dalam makmal ok. apa ke nama makmal. Makmal aerospace lah. Dalam makmal kan ada bilik, jadi dalam bilik tu lah. Masa tu ada 2 orang penghuni bilik tu. Kakwan (tutor) dan sorang lagi student phd, dah doktor dah pun akak tu. Wui kawan saya doktor2 tau. Dunplay2 uols hahaha.

Nak letak gambar, tp zaman tu manade henfon kamera2 ni uols. Masa tu pakai 3310 je kan. jadi gambar kenangan memang yilek.

Saya ingat lagi, masa tu lecturer saya bagi la saya satu set pc, scanner, printer, burner bla bla bla semua kan. Yelah korang, masa belajar kat UUM manalah ada kita belajar pasang pc, sambung printer scanner bagai kan. Kita belajar more to pengurusan IT la bukan teknikal. Tetiba lecturer tu bagi bungkusan pastu cakap dengan saya, suh pasang sekarang.

HAHAHA biru terus muka saya weiiiiiiiiiiii.

takkan nak cakap tak tahu kan. mesti nak tunjuk terer jugak :p

bukak kotak dengan gerak tangan paling slow sekali siap buat-buat baca tulisan kat kotak dulu la apa la dengan harapan lecturer saya boring lalu blah hahaha. Tapi dia boleh rilek tunggu ok. **nanges**

ok gambel lah.

saya pun pasang satu-satu. Yelah memang masa kat UUM saya ada pc sendiri. dan mmg la tahu pasang pc sendiri. Tapi pc yang saya dpt ni versi lain ok. Pastu festime kan. gigilllll.

Saya pasang pasang pasang, tetiba blank.

"eh ni nak cucuk kat mana ni"

hahahaha lama termenung. eh muka masih kekal pucat dan biru sebab panik.

"eh... eh... eh..."

tetiba lecturer menyampuk

"a ah satu kabel takde"

phew legaaaaaaaaa, berpeluh2 siot! betul la jangkaan saya macam tak cukup kabel kan hahahahaha.

Siap semua, on pc. setel.

phewwww lepas satu seksaan. rasa macam masuk fear factor ok hahaha.





ha ada satu lagi pengalaman saya, masa saya baru masuk tu. ada renovation apa ntah. memang betul2 depan toilet wanita la.

so situ sunyi tak boleh blah ok.

Saya kalau masuk toilet mmg akan tgk syiling, siap tengok keliling kalau2 ada cahaya ke bunyik kelip2 ke. hahaha risau je kan. yelah kan pernah dapat emel kan banyak dapat gambar perempuan dalam toilet kan. Jadi mata saya kalau masuk toilet mmg otometik scan toilet tau. takutttttttt.

Ada satu kali tu saya perasan syiling terbukak atas satu toilet tu. jadi toilet tu saya mmg takkan masuk punya lah. Toilet ada 3 je. tetiba saya tgk syiling atas toilet yang saya selalu masuk pulak terbukak yang biasa tu tertutup. wah saspen kan. Sebab saspen siap bgtau lecturer. Macam kes besar sangat hahaha. Padahal salah paham. Maluuuuuuuuuuuuuuuu.

hehehe pengalaman saya pertama kali bekerja :)

Paling best, saya boleh kira betapa langkah saya berjalan satu hari ok. Sangat la sikitnya.

Daripada rumah ke bukit, dari kereta ke bilik (en.laloque hantar saya betul2 sebelah makmal). Nak pegi toilet la kena jalan jauh sikit. Pastu nak balik pun sama. Giler manjaaaaaaaa. Tu pasal badan naik bagai dipam pam :p

Ok itu kesah kerja kan. Macam mana pulak kisah percintaan.

Ehem ehem

Bayangkan deting setiap hari. Berjemput berhantar dan makan sama-sama juga ok. heaven!

Setiap pagi, en.laloque akan belikan saya sarapan dan saya makan dalam bilik saya. Sebab dia tak dpt teman saya, dia biziiiiiiiiii. :p kalau dia tak bizi, dia teman saya makan roti canai banjirrrr satuuuuuuuuuuu... I like roti canai banjir ok

Tengahari dia akan datang jemput saya makan tengahari. Makan kat padang lah.

ha hari tu saya ada gi makan kat padang kan. meh sini saya kopipes gambar saya makan kat sana, tp bukan la masa keje dulu. :p




tembamnya sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :p selambak saya tengok ahahaha





rindu makan kat sanaaaaa...

ada satu gerai feveret kitorang. memang akan makan kat situ je :p

Pastu kalau balik keje, biasanya kitorang akan singgah makan jugak dulu. Jalan-jalan kat the store. Pastu belakon2 macam dah kawen beli barang dapor hahahaha kelakar nak mampos

pict from Entry The Store Penuh Kenangan


Ada beberapa dialog yang saya tak pernah lupa kalau dulu sembang dengan kekasih hati

"bang, apsal semorang pandang kita ni bang, kita ni macam suami isteri ke?"

cheaaaaaaaaaa gatal ok!



bersambung...




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

@}--niEra-- said... [Reply to Comments]

sy dulu pun suka mkn kt situ..=)

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

phewww kak jemah masa nie tembam peknen ker ape?

Lina said... [Reply to Comments]

salam vp...slama ni silent reader jer tp dah follow lama dah...ari ni tergerak lak nak komen

suka baca u pink my heart sbb kisahnya lebih kurang kisah cinta sy dgn hubby

Solly Salihah said... [Reply to Comments]

Agak gatal ayat terakhir itu kakak.
Tapi takpe. Amek berkat kan time itu!

GOOD!

oli said... [Reply to Comments]

salam zaimah...A&W kat the store tu dah tutup!!

atty's said... [Reply to Comments]

skrg dah tade dah a&w ngn store tu dah ..kty ari2 ada kat serdang.time lunch ..huhuhuuhh..

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^