Follow Viruspadu

Thursday, November 04, 2010

Kenapa berubah bila terasa diri berilmu

Tetiba saya teringat satu cerita yang diceritakan kepada saya masa team building itu hari. Cerita masa team building banyak yang terkesan dalam hati saya. Ini antara salah satunya lah.

cerita dia mcm ni. tapi saya tukar2 nama watak (bukan nama sebenar) bagi nampak cerita ni korang paham la.

Ada sorang lelaki ni (jefri, cipta), jawatan dia biasa-biasa aje. tapi dia ada kelebihan daripada segi pandai bercakap apa semua.

So bos dia ni (aflin, cipta jugak), bukan la bos yang jawatan tinggi sangat, kiranya bos atas dia lah. nampak la kelebihan jefri ni. satu hari dia tanya jefri apsal tak sambung belajar apa semua. rupa2nya jefri ni datang dari family yang tak sempurna la. takde abah mcm tu. so takde sape guide dia.

Aflin rasa rugi lah dengan kepandaian jefri ni kalau di biarkan. so dia sanggup tanggung jefri belajar apa semua. tak bg jefri keje banyak2 sbb nakkan jefri tumpukan perhatian dalam pelajaran. sanggup pinjamkan bilik pejabat dia bagi jefri belajar. yelakan kat rumah jefri takde tempat yang selesa untuk belajar.

dan akhirnya jefri lulus.

dapat degree apa semua la.

bila jefri dah berjaya. tiba2 hilang macam tu je.

nak dijadikan cerita, satu hari aflin ada hal di satu Universiti tempatan. (eceh ayat haha). tetiba terlanggar la bahu seseorang sebab tak perasan jalan laju. tetiba tertoleh satu muka yang macam dia kenal. orang tu jalan tanpa menoleh pun ke arah aflin.

Aflin terdetik. "itu jefri"

tertera nama kat baju dia. "Dr.Jefri".

Aflin menahan air mata dia dari mengalir

"dah berjaya dah jefri sekarang"




tamat....






saya yang dengar cerita ni, bertakung air mata saya. siyes sedih ok. orang yang dia tolong daripada kosong. sikitpun dia x mintak balasan. macam tu orang tu layan dia. kenapa sampai betul hati dia ye. kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sekarang pun terasa mcm sedih.

sebab itu kisah benar tau. kisah dia sendiri. mcm mana saya tak sedih. masa dia cerita tu pun mata dia dah bertakung dah tertahan2 daripada terkeluar.

terus terbayang, kalau saya jumpa la jefri tu (bukan nama sebenar), saya lempang2 dia ok. siyes rasa nak lempang. tak layak kau dapat gelaran tu kalau tak pandai kenang budi orang.



dan ada beberapa orang yang saya kenal dan perasan bila dia terasa berilmu dia jadi makin "ek"

saya cuma harap mereka sedar dan berubah. termasuk la jefri tu.

kenapa kena berubah, tak boleh ke sentiasa merendah diri? Jangan lupa yang hidup ni macam roda.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

tolong lempang kan untuk saya jugak! bladihel!

emy/mamasuri said... [Reply to Comments]

itu lah manusia kan...
sabor je lah..

luvmum said... [Reply to Comments]

tu la dia manusia..kadang ada yg berilmu ok kadang tu ek..sabo je la..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

cerita ini mcm pernah daku dengar....laaaa.. patut laaa mcm pernah dengar... penceramah yg same...

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

melayu mudah lupa...eceh...betul apa kak..biasa la tu..dan selalu berlaku dalam golongan orang melayu kita kan...dah tolong..bila dah berjaya...lupa segala..

Ietams said... [Reply to Comments]

memang biase orang macam tu kan..
jarang jumpa org bijak pandai/kaya yg merendah diri

zie said... [Reply to Comments]

melayu...again melayu....kan?

melayu, nie la masalahnyer....sebab melayu mudah lupa. Sedangkan ibu bapa pun boleh lupa, manakan lagik orang lain.

ye dak.

Oh ya, saya pun akan lempang orang macam jefri nie, bladihel...

mekchu said... [Reply to Comments]

kenapa nama dia jefry? hahahaha.. mcm ada gerammmm ngan seseorang.. teettttt

Lenny said... [Reply to Comments]

oh so true...

walaupon tak sepatutnyer la bongkak bila diri dah berjaya .. tapi.. lg buruk lg perangai yg bukan dier yg berjaya. tapi org terdekat cam bini dier ke.. laki dier ke.. tapi dier pulak yg ek lebih dari org yg berjaya tuh...

ada tak perasaan nak melempang org tersebut 2x ganda?

:P

i totally feel u jemah!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^