Follow Viruspadu

Monday, November 08, 2010

Megamind in my mind

xcited katanya

hari sabtu kot. siapa baca status fesbuk??? siapa?? angkat tangan?? eceh siapa angkat tangan memang manis la dia tu sanggup angkat tangan tau hehehe.

beria-ria tanya berulang kali kat suami, selagi takde jawapan selagi tu haku tanya hahahah

"apa plan hari ni pa?"

ok soalan tu looping sampai dia jawab, den tak kirooo hahaha

sudahnya dia jawab "kita tengok wayang nak"

hoyehhhhhhhhhhhh i like! (terasa nak tekan LIKE kat fesbuk banyak-banyak kali haha). tapi apa cerita best hoh! bawak anak-anak kena la ikut selera anak kan. Takleh la ikut tekak selera mak tetiba nak tengok cerita estate ke apa hahaha


mula2 saya pakai legging, lepas tu rasa tak selesa haha terus tukar jeans hahaha...

so gugel2 tengok yang ada kartun adalah megamind 3d. alahai 3d plak dia. leceh la 3d ni tau. sebab takkan nak suh anoi pakai spek kot. ko giler ke? dia patahkan spek 3d tu tak pasal2 je kang. mahal ok kena ganti kalau patahkan RM120 kot mcm tu. nangesssss.

tapi sebab tu je yang ada, layankan je la.

30minit pertama yang sungguh ceria


selepas itu

"ma pegang anoi ni jap"

anoi dah meragam rupanya, ini bukan suruh pegang sekejap kalau dah macam ni roman eh.

"eh eh eh eh, uwaaa uwaa uwaaaaaaaaaaaaa"

sekali anoi menangis daaaaa...

yang saya ingat saya sempat tengok sampai megamind bomkan megaman ke apa ntah nama dia, yang dia culik wartawan tu. sampai situ je. lepas tu saya keluar wayang dengan anoi pujuk2 dia, kot2 lepas tu dia ok ke kan.

takde maknanya weiiiiiiii... asal bukak je pintu wayang, dia menangis balik. tensen gilerrrrrrr tsk tsk

laju2 pegi kat seat, mintak handbag, chaloh keluar. takpelah. ini benda biasa untuk ibu2 kan. pengalaman ni harus semua ibu yang bawak anak tgk wayang dah rasa hahaha.

erm, busuk2 lagi sejam setengah kena tunggu, paling lama dua jam setengah kot.

pusing sana pusing sini, masuk video game bawak anoi. sudahnya dia meragam. apa la daku nak bikin dua jam niii... sms en.laloque yang masih dalam wayang, call tak dpt sbb dia off henset.

saya dah tak tahan sgt anoi mengeliat2 tertonggeng tonggeng. fikir fikir fikir. baiklah. itu je penyelesaian dia

"bang, taman BK, fasa 2"
"RM8"
"orait"

legaaaaaaaaaaa...

terus balik rumah naik teksi ko hahahahaha...

itu lah dia kisah megamind in my mind, sekian

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

15 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

la...smpai naik teksi balik...xpe vp..pngalaman tu..sok2 dia besar ceritakan kat dia...mcm tulah ade anak kecik...

axelida said... [Reply to Comments]

hahaha mencabar jiwa toiii... awatnyer? anoi nak tido kat umah ke?

cik puan akish said... [Reply to Comments]

alalala...baru aci2 nak try bawak dadif p tgk movie..ayok ni mcm kene pikir 18 kali nehh..:)

ceera said... [Reply to Comments]

dah tau anak supe gitu, lagi ada hati nak tengok wayang, hahaha

[Miss Eriqa] said... [Reply to Comments]

kak vp.. spec 3d tue kan kalau patah rm200 wooo... mahal.. dulu pernah keje kat wayang.. hehe... tapi cian la.. anoi buat ragam...

cik hani said... [Reply to Comments]

hehehe...kene bukak wayang kat rumah ni..hehe.

MieZa said... [Reply to Comments]

akak..hebat lah..hehe

@e_da said... [Reply to Comments]

lorr terus balik.. penangan anoi... comel je 2 beradik duk 1 seat tu.. geram anoi bam bam..

ana said... [Reply to Comments]

peh... kiter x penah lagik bawa cik miera kiter tgk wayang lagik.. kang mesti cam anoi nnti... huuhuu

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said... [Reply to Comments]

hua hua hua
memnag in mind la macam tu

princess_eryna said... [Reply to Comments]

daku teringin nak bwk c kecik tuh g tgk movie.. tp, pas bace entri nih... terpaksa laa daku kansel niat murni tersebut...huhu

strawberi said... [Reply to Comments]

hahha..adui...sy pernah mrasa..anak meragam./..last2 tinggal asben sorg lam wayang...kita berkorban..layan anak kat luar..aduiii

jesnita_ns said... [Reply to Comments]

sy pn ada pengalaman pertama bwk anak tgk wayang...cite histeria...terus histeria bila anak buat hal lari2 dlm panggung...hahahha..kenangan yg sgt manis klau diingatkan

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

lorrr..dugaan btol..tggu anoi besa sket dpt tgk wayang..

ratna said... [Reply to Comments]

geramnya tgk si anoi tu.. nisa dah makin besar...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^