Follow Viruspadu

Monday, November 01, 2010

Mengujakan

mula2 tunjuk saya pakai tudung ogy gagagaga. Tudung biru ni lama dah saya kenan. memang dah niat kalau takde sape nak memang saya sambar punyaaaaaaaaaa. Suka sangat kombinasi biru lembut dengan hitam kelabu asap tu hiks. Inner dia saya pakai tp bahagian dalam, tak tayang keluar pun :p


minggu lepas, akak saya tetiba PM saya bgtau nak follow tak dinner ada amy search nyanyiiiiiii. yihaaaaaa sape taknak weiiii. Eh sebelum tu akak saya memang dah kasik tahu dah masa kitorang pegi teater tun mahathir tu. So dia PM utk nak konfemkan ajer lol hahahaha.

jadi balik ajer rumah terus saya bagi hint2 dekat en.laloque

"pa, jumaat malam sabtu kalau ikut akak kaklang gi dinner boleh ke?"

.....

rasanya takde jawapan. tapi soalan disambut dengan soalan balik

"hari minggu ni kalau papa gi pameran photog, ma tinggal dengan anak2 ok ke?

wahhhhhhhhh gitu. hahaha. sistem barter ok.

"Mujur aku dengar radio Sinar.FM... Diorg yg warwarkan pasal KLPF ni. Makanya aku wat perjanjian ngan bini aku. Aku benarkan dia layan show Amy Search ngan kakak2 dia... dan dia lak benarkan aku gi Mid Valley layan hobi baru aku tu." ~laloquee

Nak dijadikan cerita, hari jumaat hati berkobar2 nak balik kekdahnya. Sekali ada lak hal kat opis kan. Daripada plan nak balik jam 5 tajam terpaksa suh en.laloque jemput anak kat taska dulu. baju susu beg semua dah kemas2 khamis malam jumaat lagi. Semangat katakan.

So 5.30 baru bergerak ke shah alam. Itu pun lalok tertinggal seliper kat rumah hahaha. Hambek ko pakai la kasut keje weekend kat cheras hahaha.

So sampai2 shah alam jam 6 lebih2, terus tukar baju. tadaaaaaaaaaaa... itu lah dia. kesahnya

me and akak. belt yang akak pakai tu saya plan nak pakai awalnya, tp mcm tak sesuai plak baju putih belt putih. sudahnya akak je pakai. mecing giler lak saya tgk. terus terserlah di pinggang akak. i likeeeeeeeee

ehem. tema dia rock. tp apsal nampak ayu lak ni :p


ini MAS punya dinner sbnrnya :)

LETS ROCK THE NITE wuwuwuwu

eceh wajib amik gambar dengan motor besooo




masa ni belum masuk dewan lagi. lepak2 luar sementara nak tunggu start. tunggu akak la jumpa kawan2 dia. saya ngan kaklang lepak2 je borak dua orang.

sekali kitorang dibagitahu yang seat 3, tp sorang kena berpecah. ohhh tidakkk. makanya kena pilih la kan sape nak terpisah tu. saya diam je. kalau saya terpilih maka saya sorang ontok2 je la nanti. bukan tak biasa sorang2. mula2 saya dengan kaklang dah bincang2 dah, biar kitorang duk berdua, akak sorang2 sebab kawan akak ramai. sekali tak boleh. last2 kaklang offer kata biar dia duk sorang. oh kaklang kuuuu


acara dimulakan oleh... erm mas punya staff punya persembahan lol. layannnn jugak. tp bila tetiba ella muncul pehhhhhhhhhhhhh terangkat habisss.


dan waktu yang kutunggu-tunggu fiwitttttttttttttttttttt. hoyehhhhhhhh akhirnya impian menjadi kenyataan. lalalala

Ingat tak entry lama saya yang saya teringin benor nak tgk amy nyanyi depan mata

Memang best gilak okkkkkkkkk

giler puas hati. sampaikan daripada duduk diam2 kat kerusi makan ontok2, boleh tak saya dengan kaklang bersila depan stage wakakakakaka. tak shupan betullah. pedulikkkkkkkkk gua minat dia ok.

tapi paling tak boleh blah masa dinner ni adalah saya telah disound oleh akak

"oi andak, ko tak malu kan, asik makan je"

HAHAHAHAHAHA

sekian.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

cantek r shawl tu kak vp..

izee said... [Reply to Comments]

salam kenal sis dri izee..jemput la jenguk keketulusan hati ..ngeehee..
minat Ella so much!!
akak cam anak dara rupenyer dh kawen..hehee 1st time here sis.

oli said... [Reply to Comments]

bestnya dapat outing macam tu!!!

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

wow..syoknya..tak pernah lagi tengok amy menyanyi live :p pehwwittt :p

princess_eryna said... [Reply to Comments]

jeles woooo....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^