Follow Viruspadu

Saturday, November 13, 2010

Pakcik itu pengacau atau penyelamat

Semalam hari jumaat.

Hari jumaat adalah hari yang kita terpaksa pura-pura terkejut "eh esok cuti" gagagaga sengal! Padahal hari-hari mengimpikan hari jumaat supaya dapat terkejut lagi. Lagi best hari jumaat kita punya rehat yang panjangggggggggg... memang kebarangkalian keterjebakan kepada keshopingan itu tinggiiiiiiiii... ditambah pula dengan kedapatan baruan gajian lagi. Phewwwwwww....

"rumet boring ah, lunch pegi mana2"
"tak kot"

alaaa boringgggg... kalau tak, boleh follow

sekali adik praktikel ajak pegi paksen. yaribaaaaaaa... memang I shuke. Nak beli kasut hitam lagi satu kekdahnya. Sebab kasut hitam ada satu asik lenjan yang itu. Kesian dia. hahaha (alasan)

dalam kereta

"kita sebenarnya nak pegi mana ni, paksen ke mana?, akak nak buat report ni"
"jasko la"

(ayat tokok tambah, hahaha tiap kali buat dialog mesti kena declare benda ni hahaha)
well... mesti membuat laporan dengan en.laloque punya. dia kan suami saya. eceh :p




pusing pusing pusing

atas bawah atas bawah (ok tipu mcm melampau sangat pulak kan)

saya berpecah. "akak dekat *****" hahaha kang senang nak carik. maklumlah bila dah tgk kasut jiwa tak tenteram sikit hahaha... semua kasut dah masuk list dalam hati. Duit dalam hati je tak bagi :p

Saya belek-belek kasut.

Satu dah bekenan. test punya test.
Sekali ternampak kasut pink. Memang pilihan hati punya. Rasa hati melonjak2 nak sambar. Tengah test-test. Ada pakcik tiba-tiba berlagak macam sugar daddy sebelah I.

"ha ini cantik, amik la ni"

dalam hati saya "siapa lak ni"

"ha ini cantik betul ni, amik yang ni"
"hurmmmm"

lepas tu dia pun lepak dalam kedai, duduk tepi. sebijik macam sugar daddy I hahahaha. tetiba dia sembang2 dengan SA2 kat situ. Apakah pakcik ini. Pelik betul.

Alaaa...... baru plan nak amik dua2 kasut. tapi kang kalau amik yang pink ni, pakcik tu ingat saya dengar cakap dia pulak hahahahaha. nanakkkk ahhh... mencik ok hahaha

"dik yang ni je dik" beli satu je.

cisssssssssdotcom betul la pakcik ni. kacau daun tau.

hurm... adakah dia pengacau saya membeli kasut atau dia penyelamat dompetku gagaga.





EH terbeli kasut pulak :p (ceh kan hari terkejut, jadi terpaksa terkejut diakhir entry jugak haha)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

1 komen[s]:

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

pokcik tuh nak ngorat la tuh. heheheh







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^