Follow Viruspadu

Tuesday, November 30, 2010

Princess Party dan Tayangan Rapunzel Bersama AmBank

“Majlis ini dilakukan untuk menghargai pemegang-pemegang akaun Savers’ G.A.N.G. dan keluarga mereka sebagai aspirasi untuk mengeratkan perhubungan dan talian antara keluarga. Namun kami belum pasti lagi sama ada majlis ini akan dilakukan sebagai acara tahunan atau tidak,” ujarnya.

Tambahnya: “Kami juga menawarkan kepada penyimpan individu AmBank dan AmIslamic baru dan sedia ada untuk memenangi percutian keluarga magikal Disney untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak ke Florida, Paris, Tokyo dan Hong Kong.

“Juga terdapat dua hadiah mingguan, iaitu kamera digital Canon EOS DSLR dan Canon IXUS. Pertandingan telah dibuka sehingga 31 Disember ini.” ~mstar



Dah baca?

yeayy... itulah dia. Saya dapat jemputan dari nuffnang. kemain seronok lagi masa tu, tengok2 nama blogger lain ternampak nama iza pink. teruja giler hahaha siap twit dia pegi ke tak. Yelah kalau dia pegi baru la ada geng kan, baru la syiok! tapi dia x dapat join sebab anak dia kecik lagi. Takpe paham. Sebab anak daku kecil jua. hahaha. dah plan dah kalau anak nangis kali ni, saya nak pass kat en.laloque pulak haha balas dendam :p

Oh ye, michelle jugak pesan dekat saya "jemah kena pakaikan anak baju cantik-cantik sebab ada princess party, ada best dress juga" (ayat adalah saya reka sendiri)

eh eh, kena pakai cantik2 ke?

lalu saya terfikir, baju besday nisa yang lepas pun tersidai begitu sahaja. gigih ok beli baju kembang2 nak bg nampak glamer punya pasal. sekali dia taknak pakai sbb dia kata gatal hahaha. yelah sebab kain net kat dalam tu kan. mmg la gatal sikit kalau kena kulit. ya udahhh langsung taknak pakai dah. jadi saya pun fikir mcm mana nak bagi budak nampak senonoh kan. nan adoo. takpelah. meriahkan majlis je lah. maybe kalau budak2 ni dah besar sikit, dah boleh bagi kerjasama sikit. masa tu boleh la join contest gitu kan.

So kitorang datang ala kadar je la.

party start jam 1.30 tengahari kat pavilion dan saya pun sampai 1.15. masa saya sampai mcm tak la ramai sangat ok.

Dengan princess :) Kena bergambar depan pintu dulu. Itu wajib. Alahai teringat pulak zaman kawen dedolu tgk orang pakai baju gini ahak ahak ahak.

baju saya adalah dari http://blackribboncloset.blogspot.com/

The party :)


Antara aktiviti menarik lain termasuklah ‘nail art’, ‘tattoo art’, karikatur, sesi bergambar bersama Disney, pertandingan ‘Prince/ Princess Pose’ Terbaik dan Pakaian Terbaik Putera/ Puteri. ~ mstar

semua budak kena snap gambar tau. jadi turn nisa dengan anoi lah. Dua-dua tak bagi kerjasama huh. nisa takut2, anoi mcm patung ketakutan hahahaha.

last2 mama dia yang over senyum gagagaga


Kopipes blog en.laloque

Tgk la masa sesi bergambar, Nisa buat aksi Edwards Scissor Hand. Puas suruh dia posing, itu gaya paling ayu yg mampu dia buat. hahahahaha... cuba kalo apak dia yg photoshoot kan... macam2 aksi dia buat!!

Anoi lak lagi payah.. nak mak dia teman baru nak posing. Tu pun padang dinding. hahaha


Tetiba saya jadi putih melepak tak boleh blah plak... teknik cahaya yang mengelirukan. eceh.

Tahukan anak saya kalau makan memang sikit punya sepah kan. Ui kat sini saya betul2 jaga, jangan la dorang sepahkan makanan. malu mamaaaaa... hahaha. Saya tengok dalam ramai2 budak, nisa dengan anoi je yang melompat-lompat hahaha. hyperaktif sungguh la.


dah keletihan sebab mengantuk (waktu tidor dia)


kitorang enjoy sangat kat sana, kan aktiviti dia banyak, ada satu tu kitorang siap beratur lama nak lukis gambar muka punya pasal, tetiba lagi 2 orang nak sampai turn tetiba dah time nak kena masuk wayang hahaha giler frust :p

gambar pun tak dapat amik sangat sebab nisa asik nak berdukung, anoi pun sama. Abis tu dah sorang satu dukung anak, sape lak nak pegang kamera.

Jadi kitorang hanya menengok2 ajer la. scan mata sana sini. tak jumpa lak member kenal wuwuwuwuwu.

Yang paling best sekali adalah nisa menang cabutan bertuah wuwuwuwu. walaupun tak menang yang hadiah2 lain, boleh la tu, rejiki kooooooo siapa nak bagi?

Menang hadiah RM100 tapi kena bukak akaun ambank kot. Ntah la tak pasti, sebab en.laloque yang bagi nama.

TAHNIAH NISA :)

Dan lepas tu kitorang pun dibawa utk tengok wayang. Yes, wayang tu adalah kali kedua saya tengok tapi tetap gelak hahaha. Cerita best kan tengok seploh kali pun aci :)

sebelum melangkah ke tingkat atas bergambar dulu dengan akak ambank :), baik sangat akak ni, prihatin sangat dengan semua tetamu. I like. Diwaktu dia nampak kita macam hilang arah, mesti dia bantu. :)


dalam wayang anoi tido. jadi dpt la kitorang tengok dengan aman :)

otw balik


Terima kasih ambank, terima kasih nuffnang :)

Kitorang happy sangat... quality time with family!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

~ SRI BRIDAL ~ HOUSE BOUTIQUE, KAJANG , SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

ape yang ala kadarnye baju tu vp...

ok sgt tu.

cantik budak2 tu...maknye pon.

hehe.

~ fiza said... [Reply to Comments]

comeiiinyer gmba anoi senyum tu hehe suke!

[Miss Eriqa] said... [Reply to Comments]

ala.. kenapa la function nie time saya tak keje??? kalau tidak mesti dapat jumpa kak vp kat sana.. hehehe.. dulu saya keje situ.. anoi dengan nisa comel sangat la..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya vp....nmpak cmm emriah utk budak2 yer...

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

comel btol si anoi btoncet...

lily lotus said... [Reply to Comments]

bestnya sis. memang berbaloi 2 anak dara u pergi :)

Faizaharis2 said... [Reply to Comments]

cantekk bajuu anoii...hehehe...

Sumijelly said... [Reply to Comments]

wah dah update..... ni part sumi punya yek

Ambank & Movie screening

Sumijelly.com







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^