Follow Viruspadu

Monday, November 15, 2010

STOP Child Abuse

Semalam dari cheras nak balik ke seremban, kitorang singgah la jasko maluri. Nak beli baju kemeja keja en.laloque plannya sebab dah janji nak belanje dia baju. En.laloque suka kemeja satu brand tu je, sebab cutting dia lawa. So ko paksa la dia beli brand lain, takde maknanya. En.laloque ni jerewet class pertama ok hahaha

En.laloque baru sempat telek butang lengan anak dia dah mengelupur dah wei. So tensen terus bawak masuk mainan budak tu. Saya round kejap nak cari sarung tangan, tak jumpa. Perjalanan patah balik cari anak-anak. Sekali saya distopkan oleh seorang lengcai. Saya dah bajet nak geleng kepala dah hahahaha. well biasa lah kan. Belum dengar penerangan lagi terus kata taknak kan hahahaha

Rupanya2 dia suh saya daftar nama nak kumpulkan berapa orang ntah untuk kempen RAISE YOUR HAND. STOP CHILD ABUSE NOW!

Oh ye dia nak kumpulkan 100,000 orang yang support unicef utk hentikan child abuse ni.


oleh itu meh la saya share dengan korang sekali, sebab makluman ni mcm sangat berguna je kan

HERE's NOW YOU CAN TAKE ACTION:

1. Learn More.
Attend awareness events such as talks, seminars or workshops to understand and respond child abuse better.

2. Safe List.
List safe places / phone numbers / trusted people a child can turn to when the need arises.

3. Report.
Make it your business to report any abuse that has taken place by calling 15999

www.uniteagainstabuse.my


Kalau dengar anak-anak jiran menangis tak tentu pasal, terlampau kerap, lain macam punya tangisan dan meragukan. INGAT TERUS CALL 15999. Siapa tahu, panggilan kita dapat menyelamatkan nyawa.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

1 komen[s]:

Emmy said... [Reply to Comments]

ntah lah...ms duk apmt yg sewa dulu penah la dgr satu budak ni duk nangis tiap2 maghrib n leh dgr mak dia marh2...nangis mcm kena pukul ke kena sawan ke gitu... takut dgr...tp tatau nak ngadu cemana...pekaba la budak tu...tp sekrg anak jantanku nangis di tgh magrib sebab kena tegur jgn main air pun dah bunyik mcm kena dera okeh...menjerit2 melolong2....padahal kena teguq jer...jgn main air ke apa ke...hahaha...adoi la....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^