Follow Viruspadu

Monday, November 01, 2010

Tart Resipi Ibunda

Ini bukan pertama kali, ini kali kedua saya sampai ke rumah kak ogy. Fauziah Ahmad Daudlah sape tak kenal? Memang ah dia. Pengalaman pertama adalah mengujakan. Gugup toksah cakap lah, tapi kaverline gagaga.

Pertama kali emel saya di balas oleh kak ogy, masa tu saya kat cheras. Melompat2 seronok saya dalam rumah, habis saya canang kat semua adik beradik yang kak ogy balas emel saya hahaha giler eksaited kooo. Keesokkan pagi terus saya dan kak ogy berkolingan buat janji nak jumpa kat mana apa semua. Pehhhhhhhhhhhh ini kenangan terindah dalam hidup. Bayangkan orang yang kita tengok wajahnya dalam tv je, tetiba dapat jumpa depan mata, dapat sembang. Pehhhhhhh... speechless kot.

Nisa ngan Anoi yang tak tahu dia kat rumah artis terkenal. hahaha.

kat belakang tu anak kak ogy yang cute banget, sebaya dengan nisa :)

Pengalaman saya berurusan dengan kak ogy ni, walaupun dia artis terkenal, artis disegani. Dia baik sangat ok. Rendah diri orangnya. Yang penting kelakar. hahaha. Sebijik macam tengok kat melodi tv3 dulu. Saya yang mula2 malu2 tapi kak ogy pandai layan orang 'diam' macam saya ni. hehehehe.

cantik tak tudung tu? saya tak amik lagi stok tu, kalau ada yang minat emel saya viruspadu@yahoo.com.



Kak ogy sajikan saya dengan kuih tart ni. See. Rupa dia cute kan. Percayalah rasa dia sedappppppppppp giler. Saya sorang makan separuh daripada pinggan hahahaha. seb baik kak ogy tak nampak hahaha



Kak ogy cakap, ini resepi daripada ibu kak ogy sendiri (Seniwati Saadiah).




Siapkan bekalkan saya satu balang kuih tart. :)
Saya dah bagi tahu tadikan kak ogy ni baik. Siyes baik.



Bila saya bawak balik rumah. letak aje atas meja. Semorang eksaited nak mengetest rasa dia. Memang sedap terbaik ok.



sepet makan terus tutup mata hahaha


angah makan senyum2 malu. kamera tutup je dia ngap semua masuk mulut

akak pulak, dalam mulut dah sumbat sebijik. tak habis telan amik lg sebijik haha

along, kontrol ayu ekkkkkkk


uteh makan tersembur2 :p

darwish saya tak sempat snap gambar dia pegang tart. terus hilang dari pandangan


Nisa ni ntah kali keberapa dia makan ntah

emak saya pun setuju. sedapppppppppppp


abang saya lagi lah, tak payah pelawa pun dia ngap dah haha.


percayalah memang sedap. :)

RM50 satu balang, satu balang ada 50 pcs.

kak ogy bukak untuk tempahan sekali. sape nak boleh emel saya viruspadu@yahoo.com nanti saya fwdkan kat kak ogy.


p/s: sekarang pun dah terbayang2kan kuih tart kak ogy. Alahaiiiii sodap ehhh

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

marinahunny said... [Reply to Comments]

sedaaaapnye tgk korang makan. ai plak pose ari nih, mmg cari nahas le..hahaha kalu saya duk kat trg blh pos ke..?

ceera said... [Reply to Comments]

cis atam tak dapat rasa pun..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

nmpk rupa tart tu pon menarik kak..

Suliana said... [Reply to Comments]

bestnye dapat bermesra2 ngan kak ogy. camana kak vp leh berbisnes dgn dia ek??

terliur tgk kuih tat tu..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

tart itu nampak sedap laaa..... tp, daku lg jeles memandang gambar2 mak mah bersama kak ogy itu...huhu

Iyiana said... [Reply to Comments]

wa.. best yer..
1. dapat jumpa kak ogy
2. dapat makan kuih tart..

jeles.. jeles.. ahahaha..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^